Pages

Sunday 27 March 2011

Bagaimana hablumminannas

Bismillah,


"Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku."
[Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmidzi, kitab al-Manaqib, hadis no: 3830]



Biasa saja untuk manusia biasa selalu tidak menghargai apa-apa yang telah dimiliki, termasuk orang-orang sekeliling.

Rasulullah menyebutkan, orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Kenapa isteri? Kerana isteri adalah orang yang paling dekat dan mengenali warna sebenar seseorang. Banyak saja orang yang baik luarannya, manis perlakuannya dengan orang ramai, tapi aib sifat buruknya hanya isterinya yang tahu. Banyak saja lelaki yang di kalangan kawan-kawannya bermegah-megah kisah kehebatan diri, ramah-tamah melayan teman-teman, tetapi isterinya di rumah diperlakukan dengan kasar dan kurang penghormatan. Ini soal harga diri seorang lelaki yang dia tidak takut tercemar di hadapan isteri.

Dalam skop kita, skop perlakuan baik itu adalah kepada semua orang yang terdekat.

Saya senang saja mahu berlapang dada dan melayan orang yang kurang rapat dengan manis. Tetapi sebaliknya, dengan orang-orang yang terakrab selalu pula terguris hati. Orang kata, sebab terlalu sayang maka akan senang terluka =D haha excuse.

Macam mana kita mengambil orang terakrab for granted? Jika dia itu orang yang kurang rapat, kita berhati-hati berbicara dengannya, berhati-hati dalam langkah yang diambil kerana kita kurang memahami dirinya. Tetapi dengan orang yang akrab itu pula kita merasakan,

'Oh, dia sepatutnya faham perasaan saya'.

'Dia tak patut buat saya begini.'

Jika dengan orang yang kurang akrab selalu menjaga kata-kata, dengan orang-orang terakrab tidak segan-segan pula melampiaskan rasa marah, kerana kita tahu walau kita telah memarahinya, nanti kita akan berbaik semula, and get along together. Dia tidak akan tinggalkan kita dan kita juga tidak akan meninggalkannya, sepertimana seorang isteri yang jarang sekali meninggalkan suami walau seburuk mana layanan yang diterimanya.

Tetapi bekasnya tetap ada. Perempuan ini sangat susah untuk melupakan, kan?

Mengingati pesanan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna dalam 10 wasiat beliau. Wasiat ke 6 berbunyi :

'Jangan bergurau kerana ummah yang berjuang tidak kenal kecuali serius.'

Dalam menjelaskan point ini, ustazah menjelaskan - berguraulah sekadarnya dan jangan sampai melukakan hati. Orang Melayu ini tipikalnya suka lawak slapstik yang memanipulasi sesuatu kekurangan untuk menjadi lelucon. Saya sangat tidak boleh blah dengan lawak di tv seperti;

'Sorrylah, aku tak mampu bawak kau.' (Audiens gelak, merujuk kepada berat badan pelawak).

'Kalau kau, mesti nampak gigi je.' (Audiens gelak, merujuk kepada warna kulit pelawak).

'Aku kalau jumpa dia, kena tutp mata. Tak tahan silau.' (Audiens gelak, merujuk kepada kepala pelawak yang botak.

Jika mahu bergurau, manipulasikan kepositifan supaya ia membawa impak positif. Seperti apabila terserempak sahabat berwajah mamai;


'Kau ni, mesti baru bangun tidur. Hebatlah kau, mana-mana pun boleh tidur.'


Jika sahabat itu sedang kepenatan, pasti terguris hatinya. Jadi apa kata tukar kepada;


'Kau ni mesti banyak komitmen hidup, sampai kelihatan begitu tidak bermaya sekali.'


Jika dia itu memang baru bangun tidur, maka dia akan jawab;


'Banyaklah komitmennya, aku baru bangun tidur.'


..dan menjadi ceria. Gurauan yang positif sangat penting dalam perhubungan untuk memboost up orang sekeliling.

Maka jika dengan orang yang kurang rapat kita boleh bermanis kata, sepatutnya dengan orang yang lebih rapat itu lebih-lebih pula manisnya. Lebih-lebih lagi sifat hati-hatinya. Lebih-lebih lagi mahu menggembirakannya. Dia kan orang yang selalu bersama-sama kita, susah dan senang, buruk dan baik kita?

Hanya orang-orang yang paling akrab yang tahu warna sebenar kita. Orang-orang yang lain cuma memandang warna-warna luaran yang dapat kita kawal pancarannya.



Uhibbuki. Semoga kita selalu kuat.




KepadaMu


Bahasa rojak, fikiran rojak

Tuesday 15 March 2011

Si Kacak, belasungkawa

Bismillah,

Si Kacak kembali ke rahmatullah pagi tadi. Sebuah kereta yang dipandu laju melanggarnya di hadapan 63 pada jam 7.50 pagi.

Dulu suka menyorok dalam longkang.

Semasa ia mula-mula singgah di 63, ia seekor kucing yang berpenyakit - ia sangat kurus dan bulunya sangat jarang.

Walaupun begitu, ia adalah kucing paling gentleman pernah saya jumpa. Si Kacak ada dua isteri yang berkawan baik. Padanlah 2 kucing betina sukakannya; ia sangat baik dan gentleman. Apabila diberi makan, Si Kacak tidak akan makan sebelum kedua-dua isterinya berhenti makan.

Si Kacak menunggu Miau habis makan.

Tetap tidak makan walau telah disua dengan bekas makanan yang lain. Selepas Miau habis makan baru Si Kacak makan. Mungkin ini puncanya ia menjadi kurus.

Kasihan Miau dan Si Hitam dan anak-anaknya. Sewaktu sampai ke rumah petang tadi Miau seperti sedang bersiap untuk membawa anak-anak berpindah rumah. Miau pasti akan psiko lagi.


Psiko sewaktu dua anaknya hilang.


"There you go Si Kacak. You have served your life purpose."

Apakah kita pula telah serve Si Kacak dengan baik? Saya mahu mengucapkan 'Rest In Peace', tetapi rasa tidak sesuai kerana kewujudan haiwan terputus dengan kematiannya. Maknanya selepas ia mati, ia tidak lagi wujud di mana-mana.

Haiwan tidak dibangkitkan kembali di akhirat. Tujuan kewujudan mereka adalah untuk memenuhi tujuan penciptaan manusia. Mereka dicipta sebagai penghias dunia, sebagai makhluk untuk kita berbakti padanya dan untuk manusia memenuhi keperluan kehidupan.


رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Our Lord! Thou createdst not this in vain. Glory be to Thee! Preserve us from the doom of Fire. (3 : 191)