Pages

Sunday 13 November 2011

Tidak mutual

Bismillah,

Saya tidak tahu dari mana saya mendapat konsep mutualiti. Saya sangka banyak perkara dalam kehidupan adalah berkonsep mutual. Mungkin saya saja yang naif. Ia adalah anggapan bahawa setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan manakala setiap kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Tetapi lama kelamaan saya melihat ketidakadilan dunia.

Pernah satu kali saya mimpikan emak. Kemudian pagi-paginya saya menelefonnya dan dia memberitahu dia asyik teringatkan saya dan sedang menunggu untuk menelefon saya. Ini hal yang biasa terjadi dengan orang-orang yang rapat. Telepati mungkin, tak tahu. Tetapi sebenarnya ia tidak mutualpun, kecuali dengan emak mungkin.. Apabila orang memberitahu bahawa kehadiran kita adalah sesuatu yang bermakna sedangkan kita tidak berasa begitupun, saya jadi tertanya-tanya.

Banyak ibu bapa yang diabaikan oleh anak-anak. Itu saja mungkin sudah cukup sebagai bukti. Akhirnya dasarnya cuma keikhlasan yang seluas pantai setinggi gunung dengan diiringi oleh kesabaran dengan menunaikan solat.

Cuma sedang cuba menolak konsep mutualiti. Ingatlah, banyak perkara adalah tidak mutual! Kuncinya ikhlas ...