"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." [61:10-11]
Friday, 16 December 2011
The post - new year note I
Sunday, 25 September 2011
A Somaliland
It's a small, peaceful Muslim country. Money exchangers load their stackss of notes on the floor at daily markets without guard, let alone rifles. When the azan calls for prayer at every praying time, their and other stall owners cover their items with clothes and altogether head to masjid.
The Al-Bukhary Foundation gives out 30 sponsorships every year for Somalilanders to further studies in Malaysia. How much does it cost eh?
Syed Mokhtar Al-Bukhary is the only Muslim listed in Malaysia's 10 richest people. How come only one Muslim is listed eh? Not to mention he is a Malay. He came from a disadvantaged background. So when he received his very first payment, his mother suggested to him that he should spare some part of his wage for the needies - not all what we have is ours. Then every month, he spared half his wage for his needs while the other half solely for charity!
Oh my, we have lists to do with our first wage.
Millionaires and billionaires do charity. You do good deeds, you'll be rewarded in return - if only you do not meant the deed to regain profits in return as well. This is sunnatullah!
Friday, 25 February 2011
la tahzan ~ janganlah bersedih :)

Bismillah,
Rahsia Ummi
Semalam membelek-belek novel Dr. Faisal Tehrani, Rahsia Ummi. Novel ini karya awal Dr. Faisal dan berkonsep kontemporari. Ceritanya agak klise kerana ini usaha awal beliau untuk menarik minat pembaca dan penerbit. Rahsia Ummi mengisahkan hubungan percintaan terlarang Syed Hasan dengan Faizah kerana Faizah bukan dari keturunan Syed. Syed Hasan dipaksa kahwin dengan seorang Sharifah tetapi perkahwinannya sangat tidak bahagia. Tiada kasih sayang dalam keluarga. Syed Hasan sentiasa cuba mengelak daripada berada di rumah. Isterinya kesunyian dan menjadi seorang ibu yang suka mengarah dan cerewet. Pada akhir cerita, Syed Hasan bersatu kembali dengan kekasih lamanya yang sedar daripada koma setelah mengalami kemalangan jalan raya (cewahh sangatlah cliche).
Ini tidak klise
Saya teringat sebuah novel Inggeris karya seorang penulis Jepun; Waiting. Nama penulisnya saya lupa. Watak utama lelaki (saya namakan Hari kerana lupa namanya =) berkahwin dengan seorang perempuan kampung pilihan keluarganya; Sayuri (nama rekaan). Mereka mempunyai seorang anak perempuan. Hari seorang doktor tentera. Dia mempunyai kekasih seorang jururawat di kem tentera; Manna (ini nama betul). Hubungan Hari dan Sayuri sangat dingin, tambah-tambah Sayuri seorang yang pendiam dan Hari hanya pulang beberapa minggu dalam setahun kerana tinggal di kem tentera. Di kem, Hari dan Manna tidak bebas berjumpa kerana undang-undang tentera melarang keras tentera yang sudah berkahwin daripada berhubungan bebas. Ini sangat membuatkan Hari dan Manna tertekan. Maka selama 17 tahun, setiap kali pulang ke kampung bercuti tahun baru, Hari berusaha untuk memfailkan cerai supaya boleh berkahwin dengan Manna (poligami dilarang undang-undang). 17 tahun itu, Sayuri akan mengangguk bersetuju untuk bercerai, tetapi apabila dibawa ke mahkamah ia menangis dan mengatakan tidak setuju untuk diceraikan.
Pada tahun ke-18, Sayuri akhirnya mengalah. Mereka akhirnya sah bercerai. Hari berkahwin dengan Manna. Walaubagaimanapun, tidak seindah fantasi, 17 tahun penantian dalam pengharapan telah menjadikan Manna seorang perempuan yang negatif dan melankolik, selalu sedih dan meratapi tahun-tahun yang telah terbuang, sedangkan Hari juga telah semakin tua. Hari menderita sakit buah pinggang kerana hubungan intim berlebihan. Beberapa waktu kemudian, mereka memperoleh sepasang anak kembar. Bebanan bertambah. Manna disahkan mempunyai penyakit barah hati yang mungkin disebabkan oleh long-term grief (bolehke?). Kehidupan mereka tunggang-langgang. Anak perempuan Hari yang telah dewasa datang ke kem untuk membantu menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Kemudian, Sayuri juga berpindah ke kawasan kem untuk tinggal bersama anaknya dan juga untuk membantu Hari dan Manna.
Pada masa ini, Hari sedar bahawa Sayuri dan anak perempuannya adalah rumahnya (home). Dia kemudiannya selalu ke tempat mereka untuk berehat meredakan tekanan. Kesihatan Manna menjadi semakin serius. Pada suatu malam Tahun Baru, Hari menyatakan pada anak perempuannya ia ingin sekali jika mereka dapat menjadi keluarga semula. Balas anaknya, Sayuri masih sayangkan Hari dan mereka akan menunggu sehingga Hari dapat pulang semula ke rumah (maksudnya selepas kematian Manna, Hari dan Sayuri akan dapat berkahwin semula).
رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Our Lord! Thou createdst not this in vain. Glory be to Thee! Preserve us from the doom of Fire. (3 : 191)
Hurmm perlu menjana otak kiri . .
Sunday, 21 June 2009
Ayah Saya Ramai
Ayah mertua ke?
Mungkin ya bagi orang lain. Namun, saya belum lagi he he. Ayah yang saya maksudkan adalah orang lain. Saya suka untuk mengajak semua merenung suatu hadith:
"Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya." (h.r. al-Darimi)
Selain meraikan ayah kandung, ayah angkat, ayah tiri atau ayah mertua, marilah kita meraikan ayah kita yang lebih agung, Rasulullah s.a.w. Baginda merupakan ayah yang terbaik. Yang telah membantu kita di dunia dan pasti membantu kita di akhirat. Baginda merupakan ayah kita yang paling baik akhlaknya, paling hebat taqwanya. Oh ayahku Rasulullah..
Saya merasa rindu dengan ayah. Saya ingin berdamping bersama ayah-ayah saya.
Saya ada lagi satu ayah yang lebih besar. (Banyaknya ayah kau) He he.
Ingat semasa perang Badar, perang pertama dalam sejarah Islam. Ia tidak dirancang sebagai sebuah perang. Bermula dengan perjalanan 313 orang rijal ke arah kafilah kafir quraisy dengan niat untuk mengambil semula harta rampasan milik mereka. Puak kafir quraisy Mekah pula salah anggap. Namun, dengan bantuan Allah melalui kedatangan seribu malaikat, perang Badar berakhir dengan kemenangan di pihak Islam.
Apa yang unik dalam perang Badar? Umat Islam yang 313 tadi menentang ayah, abang, adik, anak, pak cik, datuk, cikgu, dan semua orang terdekat yang pernah mereka cintai dahulu. Oleh kerana mereka menentang Islam, umat Islam tanpa rasa lemah bangkit berlawan dengan mereka kerana Islamlah ayah mereka, Islamlah keluarga mereka!
Mari kita nilai kembali tangga cinta kita. Siapa yang berada di atas? Allah, Rasul kemudian Ibu bapa atau Ibu bapa, Allah kemudian Rasul? Muhasabah cinta. Mari meraikan bapa-bapa kita pada hari ini. Dan hari-hari.
Walau apa pun, cinta pada ibu bapa paling tinggi antara manusia-manusia lain. Bukan ehem-ehem atau fulan atau fulanah.
p/s:Selamat Hari Bapa untuk bapa-bapa.
p/s/s : Islam keluargaku. Islam bangsaku. Islam Tanah Airku.
Saturday, 14 February 2009
The Sense of Belonging
Dalam agama, ramai yang saling mencemburui kerana melihat tahap iman dan taqwa orang lain yang jauh lebih baik. Contohnya, mencemburui ramai 'makcik' di sini yang hebat-hebat dan mantap-mantap especially di sekitar Kuala Lumpur ini. Baguslah perasaan cemburu itu ada. Dalam kata lain masih kuat perasaan cinta beragama.
Namun, selalunya ada yang merasa rendah diri kerana tidak menjadi yang utama dan hebat. Contohnya, ada yang segan mengikuti program untuk jadi fasi kerana tidak mempunyai kebolehan bercakap atau berkomunikasi. Dalam kata lain, tidak terasa 'the sense of belonging' dalam aktiviti kerana tidak menjadi orang yang bercakap di hadapan atau dalam kumpulan.
Yang peliknya, dalam bab lain, manusia ni cepat pula merasa 'the sense of belonging' tu. Contohnya, merasa semangat menonton rancangan TV kanak-kanak kerana hosnya merupakan kawan kepada kawan kawan anda. Aish, jauh betul kaitan tapi 'the sense of belonging' dalam rancangan itu ada kerana dia kenal dengan hos itu.
Tapi, dalam agama, susah nak merasa 'the sense of belonging' itu sedangkan tanpa driver, pemberi duit infak, pembentang tikar, pembancuh teh, atau tangan yang menekan suis kipas sekalipun, sesuatu aktiviti itu tidak sempurna. Kelancaran sesuatu aktiviti itu tidak hanya bergantung kepada penyampai yang bercakap di hadapan.
Dari sudut lain mungkin ada kebaikan sebenarnya. Mungkin kita susah nak merasa 'the sense of belonging' dalam bab agama sebab kita semua memang meletakkan matlamat untuk jadi yang terbaik. Contohnya, bermatlamat untuk bercakap di hadapan. Bagus.
Cuma kita kena sedar bahawa banyak program tak berapa jalan kerana tidak ada perasaan 'belonging' dalam program. Takkan nak harapkan penyampai sahaja yang menjayakan program?
**Perkataan 'makcik' itu merujuk kepada kata ganti yang comel untuk manusia perempuan.
Wednesday, 24 December 2008
Kisah Puteri dan Budak
Menjelang tengah hari, keadaan Tuan Puteri menjadi luar biasa. Air matanya tetap mengalir dari mata kirinya. Maka, Tuan Puteri kelihatan seperti seorang yang sedang bersedih walaupun hakikatnya dia sedang bergembira. Air mata dari mata kiri Tuan Puteri tetap mengalir sehinggalah malam menjelma. Tuan Puteri menjadi gelisah dan sedih di atas kejadian pelik yang menimpa dirinya itu. Dia pun mengadu kepada bondanya, Si Permaisuri.
"Mungkin, anakanda sudah lama tidak menangis. Maka, simpanan air mata anakanda menjadi penuh dan melimpah," kata bondanya.
Apabila hal ini ketahui oleh ayahanda Tuan Puteri, baginda lantas menitahkan agar penghibur istana menghadap. Malam itu, Tuan Puteri dihiburkan dengan pelbagai ceritera dan penghibur sukma. Namun, air mata Tuan Puteri masih tetap mengalir.
"Mungkinkah penyakit anakanda ini perlu diubati tabib?" Fikir Si Raja.
Maka baginda pun menitahkan agar seluruh tabib datang menghadap. Pelbagai cara dan usaha telah dilakukan untuk mengubati Tuan Puteri tetapi usaha mereka gagal belaka. Malah, tabib diraja juga sudah gagal terlebih dahulu. Jadi, keesokan harinya Raja menitahkan bahawa jika ada sesiapa sahaja di negara itu yang mampu mengubati Tuan Puteri, baginda ada mengurniakannya dengan kurniaan yang besar.
Mendengarkan titah itu, beratur panjanglah rakyat jelata di hadapan istana bagi mencuba nasib untuk mengubati Tuan Puteri. Ada yang menyanyi, berseloka, menari, menjampi, dan turut ada yang mempersembahkan makanan yang lazat belaka bagi mengembalikan keceriaan mata Tuan Puteri. Namun, tiada satu keberhasilan yang berlaku sehingga seluruh istana berasa dungu.
Sampailah giliran seorang budak lelaki yang muda dan bercahaya. Raja bertanya padanya, apakah yang dia boleh mengubati Tuan Puteri. Lantas dia menjawab, "Boleh, dengan izin Tuhanku". Raja pun berasa aneh dengan jawapan si budak, lalu baginda bertanya,
"Siapakah kamu?"
"Aku hamba Allah."
"Apakah Tuhanmu boleh mengubati puteriku?"
"Boleh, jika Tuhanku kehendaki."
"Bagaimana caranya?" Tanya Raja lagi.
Lalu si budak duduk melutut dan bersujud serta mengangkat tangan untuk berdoa. Tidak lama selepas itu, air mata Tuan Puteri berhenti mengalir. Lalu seluruh warga istana bersorak meraikan terubatnya penyakit Tuan Puteri. Sorakan itu tidak lama kerana tiba-tiba air mata Tuan Puteri mengalir lagi. Kali ini, lebih banyak dari kedua-dua matanya. Maka Si Raja pun berang dah murka kepada si budak. Namun, baginda dihalang Tuan Puteri dan dia berkata,
"Wahai ayahanda, sebenarnya mata anakanda sudah terubat dengan perlakuan si budak itu. Yang anakanda tangis ini tidak lain hanyalah kerana harunya anakanda kepada kuasa Tuhan budak itu. Rupa-rupanya penyakit anakanda itu disebabkan lamanya anakanda kehilangan hati. Sekarang, anakanda ini menangis kerana merindukan Tuhan budak itu. Ayahanda ketahuilah bahawa anakanda bersaksi bahawa Tuhan budak itu benar." Tuan Puteri menangis teresak-esak.
Melihat kejadian itu, Raja turut menangis teresak-esak. Kemudian, Raja dan Permaisuri, seluruh istana serta rakyat jelata turut bersaksi akan kekuasaan Tuhan. Sehingga berkurun-kurun lamanya, seluruh rakyat di pelusuk negara itu bersujud kepada Allah sejak berlakunya kisah Tuan Puteri dan si budak.
Monday, 3 November 2008
Cerita Lama
Aku hanya menurut sahaja ajakan emak dan ayah untuk turut sama ke kenduri itu walhal aku tidak pernah kenal tuan rumah. Emak dan ayah hanya membuat konklusi, "Kawan lama ayah." Yang memalukannya, baju aku betul-betul sama warna dengan pengantin. Hijau yang susah nak jumpa. "Kakak menyorok," teringat kata-kata abang bila aku duduk di meja hentian rehat PLUS yang totally sama warna dengan baju hijau aku tu. Dahlah songket juga. Kalau aku naik pelamin di situ, aku boleh jadi pengantin terjun he he.
Masa kami makan-makan tu, bukan main baik tuan rumah layan kami. Bagus betul, sebab selalunya tuan rumah tak sempat nak layan semua orang tapi yang ni lain ceritanya. Siap ambilkan makanan untuk kami setiap orang. Mula-mula laksa, lepas tu teh pula dan macam-macam. Mula-mula aku musykil juga dengan aunty ni tapi aku diam saja sebab sangatlah tak baik kalau dzon (prasangka) kat orang.
"Jauhilah banyak dari prasangka, dan sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa.." (Al-Hujurat: 12)Aku asyik gelakkan abang yang blushing sebab aunty tu asyik buat muka terkejut dengan ayat yang asyik berulang-ulang, "Handsomenya anak hang ni..." Lepas tu, aunty tu ajak mak cik lain untuk menikmati juga muka abang. Aku gelak belakang-belakang je. Dahlah abang pakai baju pink. Jambu gile.
Lepas tu, aku tertanya-tanya sama ada tuan rumah ni kawan emak atau ayah sebab mak pun macam sangat meriah dengan aunty dan adiknya tu. Ayah pula senyum je dari tadi. Senyap. Mak pula siap tanya khabar kawan-kawan lain melalui adik aunty tu. Berborak dengan proper sekali. Itu yang membuatkan aku lebih ingin tahu.
Rupa-rupanya kisah terbongkar bila kami naik kereta. Mak kata, adik aunty tadi tu awek lama ayah. Berdekah-dekah kami gelak dalam kereta especially sebab emak beria-ia usik ayah dan ayah pulak blushing bila emak bukak peristiwa-peristiwa cinta ayah. ha ha.
Patutlah mak cik dua beradik tu suka abang. Sebab ada muka ayahnya. Aha ha ha. Dan patutlah ayah diam je. Dan patutlah cara mak cik tu dan emak berbaik lain macam. Aku tahu macam mana.
Kalau tengok cerita ayat-ayat cerita, lebih kurang macam telatah Nurul bila dipertemukan dengan Aisya. Walaupun orangnya memang baik. Layanannya jadi gelabah dan terlalu teliti. Ada sedikit cemburu, sedikit mahu impres. Susah nak describe. Walaupun kisah lama, perasaan pun sudah tiada tapi bila bertemu macam inilah jadinya.
Ada yang cakap, bertuah juga ada melalui zaman-zaman macam tu dulu. Sekurang-kurangnya ada kenangan manis yang boleh dikenang, katanya. Aku pula terfikir, perkara-perkara macam ni boleh membantutkan sebenarnya. Especially apabila berurusan dengan orang kisah silam, fokus boleh hilang sebab kenangan lama dan perasaan lama boleh timbul. Kalau bidang profesional bolehlah tahan lagi. Kalau da'wah? Haru biru juga jadinya.
So, biarlah kita generasi terakhir yang melalui zaman 'keanak-anakan' ini. Kisah silam boleh mempengaruhi masa depan, walaupun ada yang tak mengakuinya. Baitul Muslim perlu segera dididik dan dibina dalam masyarakat (dan sudah tentu, perlu bermula dengan individu yang benar-benar muslim).
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اجْتَنِبُواْ كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُواْ وَلاَ يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُواْ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, dan sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang. (Al-Hujurat: 12)

