Pages

Thursday, 29 May 2008

Kisah comel (1) ~ robot cute


Seorang jurutera mencipta sebuah robot yang cute seperti dalam gambar. Robot ini mempunyai keupayaan yang unik; ia mampu mengecas dirinya sendiri kerana ia telah dibekalkan dengan sensor yang dapat mengenalpasti plug elektrik. Lalu bermulalah kehidupan robot ini. Ia dilepaskan dan bergerak beberapa kilometer, sehingga ia menemui plug untuk mengecas baterinya yang cuma tinggal satu bar saja lagi. Setelah bateri penuh, ia kembali menyambung perjalanannya beberapa kilometer lagi dalam usaha mencari plug untuk recharge lagi sehingga bateri penuh. Kemudian, robot cute ini kembali menyambung perjalanan mencari plug, dan bila bateri hampir habis ia mengecas dirinya lagi. Kemudian, robot cute ini kembali menyambung perjalanan mencari plug, dan bila bateri hampir habis ia mengecas dirinya lagi. Kemudian, robot cute ini kembali menyambung perjalanan mencari plug, dan bila bateri hampir habis ia mengecas dirinya lagi. Kemudian....(baca seperti di atas sebanyak 800x) akhirnya, robot cute inipun rosak dan tidak dapat bergerak lagi.
rasanya kalau-kalaula robot ni boleh berfikir apalah agaknya komen si robot. maybe ia akan cakap:
"Woi mr engineer, wat ape ko cipta aku in the first place ha? aku hidup sia-sia, matipun sia-sia."
('_')
...to be continued...

Monday, 26 May 2008

~DEMI MASA~


Huhuhahaha...gumbira..sebab sem ini hampir berakhir. Menghitung detik boleh balik rumah ^^ ...happynya..minggu-minggu sibuk telah berlalu buat sem ni. Sem depan lain punya cerita..boleh self-study dengan selesa..banyak masa lapang..gembiranya..masa lapang?

Sesungguhnya tanggungjawab mengatasi masa yang ada.
( As-Syahid imam Hasan Al-Banna)

Ingatan ini memukul kuat sewaktu bermalas-malas di katil. Lantas saya bangun untuk menyiapkan post ini, menunaikan tanggungjawab hari ini.. dan saya ingin bercerita tentang ‘M.A.S.A’ = masa. Tak perlulah nak didefinekan apa maksud masa, sebab saya juga malas nak memikir-mikir ayat untuk menjelaskan maksud masa. Semua orang tahu apa itu ‘masa’ ..

Masa itu emas.

Kata pujangga melayu. Tapi pada pandangan saya, masa itu bukan senantiasa emas. Bila cuti, dan kerja tak banyak, kita anggap masa itu ibarat jongkong batu sahaja. Boleh leka-leka,lepak-lepak, main-main, berlawak-lawak. Tapi dalam waktu-waktu final exam ni, atau waktu-waktu lepas, saat assignment bertimbun, setiap detik masa itu ibarat emas, malah lebih mahal; mungkin semahal platinum. Dalam post yang lepas ada disebut tentang fitrah hidup yang sekejap ini, dalam tempoh masa yang nisbahnya tersangat pendek dibandingkan dengan akhirat yang infiniti. Dari itu, apa tindakan kita?

Percaya tak jika saya katakan, usia kita bukan hanya sekadar dari tempoh masa lahir hingga masa kematian? Merujuk post yang lepas, anda sudah tahu jawapannya. Ya, usia ini bukan hanya sekadar yang terlihat dek mata kasar.. tapi tahukah anda, ada caranya untuk kita memanjangkan usia hidup? saya ada rahsianya. Petua memanjangkan hayat. Malah, usia boleh disambung hingga saat kiamat tiba. Nak tahu apa dia? Terusan membaca... ^_~

Anda tahu siapa Karl Marx? Seorang manusia ***** yang memperkenalkan ideologi komunisme kepada dunia. Ideologi yang dicekup oleh Vladimir Lenin, Joseph Stalin, dan seterusnya Mao Zedong yang menjadikan komunisme suatu realiti. Ideologi ini tersebar dengan luas ke Russia, China, etc. Pengasasnya sudah lama terkubur, tapi ditinggalkannya ideologi zalim ini sebagai suatu legasi yang masih belum berakhir.

Bagi manusia yang hidup tanpa ideologi, hanya berlandaskan nafsu cetek duniawi, sia-sialah usia mereka walau telah hidup berpuluh tahun di dunia. Orang seperti ini adalah seperti kanak-kanak, yang masa dihabiskan untuk bermain-main semata-mata. Bandingkan, kanak-kanak yang leka bermain masak-masak; dengan pelbagai batu, kayu, daun dan rumput untuk dimasak, dengan orang yang leka dengan kereta misalnya. Ralit menukar sport rim, mendandan dan menghias kereta. Apa bezanya? Lainnya cuma hobi ‘bermain’ kereta memerlukan lebih banyak ongkos. Bandingkan pula kanak-kanak yang bergaduh memilih tempat permainan, dengan suami isteri yang bergaduh tentang nak beraya di mana. Apa bezanya? Apa maknanya? Dan apa maknanya kehidupan?

Apa maknanya pergi ke sekolah, walhal takkan pernah kita ditanya tentang soalan mathematik dan biology di dalam kubur nanti? Apa maknanya menonton drama korea, menangis-nangis, untuk sesuatu yang langsung tak memanfaatkan kita? Apa maknanya menonton bola sedangkan yang menang bukan diri sendiri? Apa maknanya mengundi AF? Apa maknanya makan sedap-sedap sedangkan ia akan dinyahtinja? Apa maknanya berdandan merias diri untuk orang lain lihat? Setakat itukah kehidupan kita? Hanya memuaskan nafsukah kita?

Orang yang terpengaruh dengan pemikiran keanak-anakan ini, jiwanya menjadi sangat-sangat lemah. Rapuh. Lembik ibarat doh. Kerana itulah masyarakat islam sekarang lemah, dek terpengaruh dengan jiwa kanak-kanak. Nak mengubat kelemahan ini, caranya cuma satu; yakni dengan mengembalikan jiwa itu kepada empunyanya..

Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan mu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.
(Yunus; 10:5)

Itulah AL-QURAN. Itulah kata-kata Allah, dan sesungguhnya itulah asas ideologi yang teragung, ideologi yang tak setanding dengan mana-mana ideologi yang diasaskan pemikiran cetek dan sempit manusia. Al-Quran itu bukan sekadar suatu kitab agama yang bosan bagi orang-orang tua, tapi ia suatu mukjizat yang membawa ideologi yang sangat besar maknanya; yang membuka mata. Satu ideologi yang jitu; yakni mengesakan ALLAH.

Sesiapa yang hidup di bawah bayangan Al-Quran, dia akan mengecap kenikmatan usia; kerana usia ini milik Tuhan, dan Dia yang berhak memberkatinya. Aplikasi Al-Quran membawa pahala yang besar. Dan menyampaikan aplikasi dan ideologi itu kepada orang lain, kebesaran pahala yang berganda-ganda-ganda-ganda diperoleh, selagi mana ada yang memegang ideologi dan mengamalkan aplikasi tersebut. Menyampaikan sepotong ayat, nilainya lebih besar daripada beribadah, selama mana ayat itu terus disampaikan dari mulut ke mulut. Orang yang hidup di atas suatu ideologi, usianya adalah selagi mana ideologi itu berterusan. Samalah halnya seperti sedara Karl Marx yang telah mati itu, walaupun dia sudah tiada, tapi ideologi yang ditinggalkan terus mengirimkan buah-buah noda buatnya di alam barzakh. Wollahua’lam..

Kesimpulan daripada post yang agak panjang hingga lenguh tangan ini : cara untuk memanjangkan usia, ialah dengan hidup berasaskan ideologi ALLAH semata-mata, yang telah disampaikanNya kepada kita melalui Kitab teragung, Al-Quranul Karim, dan melalui junjungan teragung, Muhammad Sollalohu`alayhiwasallam. Kita takkan mungkin dapat hidup selamanya, tapi ideologi yakni fikrah yang dibawa mampu kekal selamanya, memanjangkan nilai usaha dari sedepa kepada berkilometer-kilometer.

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,serta berpesan-pesan kepada kebaikan dan saling menasihati kepada kesabaran.
(Al-‘Asr;103)

(Al-Fatihah buat As-Syahid Syed Qutb, yang membawa ideologi kehidupan di bawah bayangan Al-Quran ini hingga sampai menyentuh jiwa saya. Dia yang telah lama pergi menghadap Ilahi, pahala masih tak putus-putus buatnya. Dan doa saya, moga nilai usianya berpanjangan hingga ke hari pembalasan. Dan doa yang sama juga buat diri sendiri dan kita semua. Amin, Ya Robbal `Alamin.)

Wednesday, 21 May 2008

Surat Cinta Buatmu

"Pop." Keluar instant message window di skrin komputer.

Dengan nama Allah swt
Yang Maha
Pemurah Dan Maha Penyayang
Semoga kau dilimpahi cinta Ilahi dan Rasul-Nya
di bawah lembayung iman dan islam...

Buat saudari

Maafkanlah
jika kehadiran secebis coretan ini bakal

menterbalikkan hari-hari indahmu
aku sentiasa mendoakan agar ia datang indah-indah
semoga saudari tersenyum belaka

Saudari....
andai kata runtuh pencakar langit
tidak mampu meruntuhkan nilaimu
kerana kamu umpama bulan di atas sana

Maha Suci Allah yang menciptakan cinta
agar aku bisa mencintai-Nya
dan bisa mencintaimu

Biar langit mendung

wajahmu tidak berubah; sinarnya menyilaukan mata
kilauan imanmu persis permata
sanggup aku bergelap lama
untuk melihat kilauan teristimewa..
.
.
.
.
(and the coretan goes on)
.
.
.

Surat cinta. Siapa saudari itu? Dalam kes ini, tentulah saya. Kalau sampai pada orang lain, tentulah surat itu buat dia. Kalau surat ini diforward kepada 1000 gadis secara senyap-senyap, tentu masing-masing ingat mereka ada secret admire. Cuba kalau kita tambah sikit jadi 'buat saudari Aisyah', tentulah yang 1000 tu tak rasa apa-apa bila baca surat cinta tu. Sebaik sahaja mereka terbaca nama orang lain, secara automatik mereka set dalam kepala yang isi kandungan surat itu memang bukan untuk mereka. Walaupun isi kandungannya jiwang tahap kritikal sekalipun, kalau surat cinta tu bukan untuk kita, mesti kita tak ada apa-apa perasaan, bukan?

Maka, isi kandungan surat cinta yang indah itu hanya dinikmati oleh Aisyah seorang, seolah-olah dapat berinteraksi dengan pengirimnya. Kandungannya dapat dihayati -ada kehadiran hati kerana Aisyah tahu, surat itu buat dirinya.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Begitulah juga bila kita membaca Al-Quran. Sememangnya Al-Quran itu adalah 'surat cinta' daripada Allah kepada kita semua. Hendak berinteraksi dengan Allah, kenalah memahami bahawa Al-Quran itu kata-kata Allah buat kita.

Antara sebab-sebab kita tidak dapat menjadi orang yang hidup di bawah lembayung Al-Quran ialah kerana ketidakhadiran hati ketika membacanya. Kadang-kadang walaupun baca tafsir, pun masih tak memberi kesan. Sebabnya - tak faham ke hati, tersekat di otak.

Kalau dalam surat tadi kita tukar nama Aisyah jadi nama diri kita sendiri, mestilah kita terasa jiwangnya dan kita faham di hati. Begitu juga Al-Quran, bukan hanya untuk baginda Rasulullah SAW tapi untuk kita. Contohnya apabila terbaca perkataan 'engkau' atau 'kamu' dalam Al-Quran, maksudnya adalah diri kita ini, bukan Rasulullah SAW (pada ketika diwahyukan) sahaja.

Bila dah terasa di hati, barulah ada daya tolakan untuk amalkan isi kandungan Al-Quran... =)



*Surat cinta dan nama dalam post ini hanya contoh/analogi sahaja, bukan kisah benar.

Tuesday, 20 May 2008

sebelum 60 bertukar 61

Hari ini.. sudah lima hari ulangtahun Hari Nakbah Palestin ke-60 berlalu. Tapi sedihnye.. inilah first time saye dgr pasal ni.. even da 60 tahun.. saye baru je tau ketika usia da 20 tahun.. kalau time kat sekolah menengah.. mesti dah kene cop ‘kezek’-ketinggalan zaman.. huhu.. pastu esoknye.. dgn girang dan gumbira sekali.. saye pun sambut hari guru.. hurm agaknye time saye skolah tu.. satu sekolah saye x tau..

Itu saye dan sekolah saye.. rasenye cam sekolah2 lain pun ade yang macam tu jugak kot.. sebab adik2 saye yang bersekolah di perbagai ceruk pun x cakap ape2 bile isu palestin dibangkitkan.. jelas sangat sensitiviti umat islam Malaysia terhadap nasib saudara seAd-Din sendiri sangat2 lah rendah.. ntah la berape percent.. saye tak nafikan yang mungkin ade mereka2 atau anda2 yang sgt prihatin dgn hal ehwal semasa umat islam.. tp berape kerat sgt?? Dan di antara berape kerat ni.. berape je yang ambil tindakan sewajarnya utk menaikkan kembali islam yang dipijak oleh kafirun laknatullah ini??

Jadi wahai saudara sead-dinku.. kite hari ini masih bergelak-ketawa, masih bergurau-senda, masih bermain-main, masih berfoya-foya.. sedangkan kalau kite tahu kedudukan sebenar islam sekarang ni.. yakni kedudukan kite sendiri sbb kite org islam.. pasti hilang semua hilai-tawa kite. 60 tahun saudaraku, bukan satu tempoh yang singkat.. 60 tahun, ketika Israel mengisytiharkan negara haram diorg diatas bumi Palestin, Negara diorg tu hanya sekangkang kera je compare ngan total keluasan Palestin. Tapi sekarang, Israel da kuasai almost 90% Palestin. 90%!!!!!!! Banyak ni.. hamper semua.. kalau dalam exam ni.. dah senyum lebar da sbb dapat HD!. Dan selame 60 tahun ini jugalah kite telah membiarkan Israel mengusir saudara2 seislam kite keluar dari Negara diorg sendiri.. dan kerana kite dok diam je.. Israel sekarang telah tersenyum lebar diatas kejayaanya menceroboh 90% bumi Palestin ini..

Maka apa terjadi dengan saudara2 kita yang telah diusir itu?? Mereka jadi pelarian.. dan jumlah pelarian itu adalah yang tertinggi dalam sejarah dunia!!

Saudara ku.. anda mahu pejam mata lagikah?? Anda mahu berdiam diri lagikah?? Mungkin ade yang rase ini tiada kaitan dgn hidup mati kite.. tapi saudaraku cuba teliti pesan Rasullullah ini:

“Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka". (Hadith riwayat al-Baihaqi)

Jika kite bukan dalam golongan umat islam.. maka kita ini siapa?? Fikirlah sendiri..

Sesungguhnye umat islam itu umpama satu jasad..jika satu anggota tercedera.. pasti seluruh jasad merasa sakit.. tp kalau kite tak rase sakit?? Hmmm..

Maka bangunlah wahai saudara seadd-dinku.. jgn tidur lagi.. saat ini sudah kritikal utk kite mulakan tindakan.. Bangunlah sebelum angka 60 bertukar 61!! semoga kite sentiasa tergolong di dalam golongan yang beriman dan diredhai Allah.. mari kite mulakan dgn mengambil tahu setiap ape yang berlaku di dunia ini terutama berkaitan dgn islam.. semoga dpt menyuntikkan semangat utk berjuang menegakkan kembali kalimah Allah di atas muka bumi.. Ini link utk isu nakbah: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1005

Kemudian, boikotlah produk2 israel, sbb utk diorg melancarkan serangan demi serangan, diorg memerlukan sumber kewangan yang banyak dan stabil. Semoga usaha kt memboikot brgan diorg ni akan melemahkan sumber kewangan diorg dan membantutkan kemaraan diorg menzalimi saudara2 kita. Even mostly kite gune setiap hari and memang susah nk tukar ke brand lain.. tapi berjihadlah.. sesungguhnye ganjaran Allah itu adalah yang terbest yang xde sape pun boleh menandingi..

Sunday, 18 May 2008

Anak


Wallahi...
pedih..saudaraku meraung,
menangis
sedih..itu adik-adikku...
tergamaknya begini ................



tapi wallahi...
tak terkata sakit hati
umat yang bodoh
buta, pekak, tuli
enjoyla lagi...
atau menunggu tsunami ??