Pages

Thursday, 24 February 2011

Muhammad khatimul anbiya', Ibrahim dan Nuh


Bismillah,

Teruja

Alhamdulillah, semalam teruja sangat. Sudah lama tidak teruja dengan sejarah. Mendapat suatu pencerahan yang bermakna bagi saya.

Pernah tak kamu wonder, kenapa kebenaran agama yang dibawa oleh Muhammad Sollalohu alaihi wasallam ini sangat selalu dikaitkan dengan kehanifan (kelurusan) agama samawi (agama langit) yang dibawa oleh Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, bukannya dengan ajaran nabi-nabi terdahulu seperti Adam atau Nuh ?

“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.” [An Nahl:123]

Kerana tidak tahu sebabnya, maka saya tidak faham keperluan untuk selalu mengaitkan ajaran Nabi Muhammad dengan ajaran Nabi Ibrahim.

(Spoiler: Bacalah jika ada masa yang cukup supaya dapat berintrospeksi)

Sebelum belajar topik fiqh sirah, saya sangka perkaitannya hanya sampai kepada point – Nabi Ibrahim adalah bapa agama hanif yang mendapat pencerahan jiwa hasil daripada pencariannya yang disebut dalam Al-Quran.


Kisah Nabi Ibrahim dari Al-Quran:

When the night grew dark upon him he beheld a star. He said: This is my Lord. But when it set, he said: I love not things that set. (76)

And when he saw the moon uprising, he exclaimed: This is my Lord. But when it set, he said: Unless my Lord guide me, I surely shall become one of the folk who are astray.(77)

And when he saw the sun uprising, he cried: This is my Lord! This is greater! And when it set he exclaimed: O my people! Lo! I am free from all that ye associate (with Him).(78)

Lo! I have turned my face toward Him Who created the heavens and the earth, as one by nature upright, and I am not of the idolaters. (79)

Al-An'am (76-79)


Saya tidak rasa perkaitan ini begitu bermakna kerana Rasul-rasul dan Nabi-nabi utusan Allah, hatta kita-kita juga secara sunnahtullah akan mengalami fasa-fasa pencarian ruhi sebelum disuluhkan dengan petunjuk dari Allah.

Semalam saya mendapat sebahagian kefahaman tentang ini.

Pada kefahaman saya, kepentingan menghubungkan dua zaman ini sebenarnya terletak pada point - Baginda Nabi Ibrahim adalah manusia yang bertanggungjawab membuka ketamadunan di Negeri Makkah, di mana Muhammad diutuskan beratus tahun kemudiannya. Oleh sebab itu, penting untuk mengaitkan dua Nabi ini, untuk melihat dan belajar tentang perkembangan ajaran Nabi Ibrahim melalui anaknya Nabi Ismail di Makkah, seterusnya mengetahui bagaimana kaum penduduk Makkah dan jazirah Arab kemudiannya mengevolusi ajaran agama dari masa ke semasa untuk disesuaikan dengan al-hawa’ (kehendak nafsu) mereka sendiri. Sehingga apabila tibanya zaman Nabi Muhammad Sollalohu ‘alaihi wasallam, kekufuran pekat dalam masyarakat dan mereka mengamalkan agama secara sewenang-wenangnya mencampurkan perkara haq (benar) dan perkara batil (salah).


Bila ya?


Sunnatullah ini sama dengan keadaan masyarakat Islam di bumi bertuah Malaysia ini hari ini, yang mana ajaran agama hanif pernah datang suatu masa dahulu (zaman Kesultanan Melayu Melaka), kemudiannya diubah-suai penganutnya menurut tuntutan nafsu sendiri - sehingga korupsi dalam politik dan riba’ dalam beragama menjadi hal yang dibezakan.

Dengan melihat susur-galur ini, kita diajar bahawa tidaklah agama Islam itu adalah direka-reka untuk bangsa Arab – seperti pemakaian hijab oleh wanita kerana berada di kawasan padang pasir.


Burqa' in UAE. Covering brows, nostrils and upper lips. Exquisite, exampling moustach.


Banyak pendapat mempersoalkan kesahihan Islam kerana ia dilihat cenderung kepada budaya orang Arab yang kemudiannya cara hidup ini disebarkan melalui jalan perdagangan. Walhal sebenarnya, cara hidup orang Arab itu memang berasal dari cara hidup yang dibawa oleh Nabi Ibrahim ‘Alahissalam yang mula-mula membawa keluarganya ke kawasan bermata air di padang pasir dan seterusnya membuka kota Makkah. Cara hidup ini telah diselewengkan sehinggalah Muhammad Sollalohu ‘alahi wasallam datang untuk meluruskannya.


Agama menyembah berhala

Bagaimana pula bermulanya polytheism yang wujud semasa Nabi Ibrahim mula menjadi Rasul, dan kini tersebar di seluruh dunia? (Selalu banyak persoalan tetapi selalu malas cari jawapan).

Semasa zaman Nabi Nuh ‘Alahissalam (mengikut sumber kurang sahih, Nabi Nuh dibangkitkan selepas 146 tahun kematian Nabi Adam ‘Alaihissalam yakni manusia pertama yang diciptakan Allah), kaum baginda berasa gusar dengan kematian para ulama’ dan orang soleh dalam masyarakat. Mereka kemudiannya dipengaruhi ajaran iblis yang mendorong mereka untuk membina monumen-monumen para ulama’ dan orang soleh ini. Tujuan pembinaan monumen-monumen tersebut tidak lain adalah sebagai peringatan bahawa pernah wujudnya golongan soleh seperti ini yang perlu mereka contohi. Bagaimanapun, anak cucu kaum ini telah mengikut perlakuan memuliakan monumen berhala secara membuta-tuli. Mereka tidak belajar kenapa sebenarnya nenek moyang mereka membina monumen-monumen berhala. Maka mereka menyangka bahawa berhala tersebut mempunyai kuasa, sama ada kuasa berhala itu sendiri atau kuasa sebagai penghubung dengan Allah ‘Azzawajalla. Perlahan-lahan kefahaman ini berkembang menjadi penyembahan berhala dan menyekutukan Allah dengan berhala.

Pengajarannya, sangat penting untuk kita sentiasa berusaha untuk menambah ilmu. Kita malas belajar terutamanya hal agama yang dilihat tidak menambah nilai dunia hingga terikut-ikut dengan kefahaman seperti feminisme yang sebenarnya diasaskan ajaran Yahudi (dalam mitos Yahudi, Lilith adalah wanita pertama yang dicipta bersama-sama Adam dan mempunyai hak yang sama rata dengan Adam, berbanding Hawa yang diciptakan daripada tulang rusuk kiri Adam. Lilith menuntut kesamaan hak ie. menolak posisi perempuan di bawah kerana ia menunjukkan ketidaksamarataan taraf, lalu mencurangi Adam dengan menjalin hubungan dengan malaikat. Bagaimanalah feminisme boleh berasal daripada perkara begini?).

Banyaknya ilmu pengetahuan yang perlu kita gali, sama ada ilmu dunia mahupun ilmu agama untuk menjamin keharmonian umat manusia. Sebelum ini saya rasa diberatkan kerana selain belajar di kelas, perlu juga memenuhi tugasan menghafaz Al-Quran dan Al-Hadith, belajar sirah, fiqh, dan hal-hal lain. Tetapi kita adalah ummatan wasato (umat pertengahan) yang perlu seimbang (saya terfikir kalau memperuntukkan masa yang banyak setiap hari untuk tesis, bagaimana mahu ada kesungguhan, semangat, dan kuantiti masa yang sama untuk belajar ilmu agama? Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita untuk terus menimba ilmu).

Pada pandangan saya, generasi muda hari ini semakin jauh dari amalan agama menyembah berhala kerana pendidikan dan rasionaliti pemikiran mereka. Kebanyakannya hanya mengikut dan menghormati budaya nenek moyang. Bagaimanapun, bentuk polytheism hari ini sebenarnya lebih kompleks kerana bukan sahaja melibatkan penyembahan berhala, tetapi juga penyembahan manusia (diktator), penyembahan cinta, penyembahan material, penyembahan prinsip dan penyembahan hedonisme. Tugas kitalah untuk lebih banyak belajar supaya mampu menyuluh manusia daripada penyembahan-penyembahan ini menuju kepada hanya menyembah Allah ‘Azzawajalla; Tuhan Yang Esa.



Selamat kembali ke sekolah ! Mari menyibukkan diri dengan belajar.


Wallahu a’lam bissawab.

Sunday, 23 January 2011

Sedikit perkongsian buku 'Travelog Dakwah, meniti hari esok'

Buku ini cantik

Prof. Dr. Haji Mohd Kamil Ibrahim menulis di dalam buku bestsellernya ini:

‘Saya bertekad mahu sembahyang berjemaah di masjid pada setiap waktu, berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis, bersembahyang malam pada waktu sepertiga malam yang masih tersisa dan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai sehari beserta dengan terjemahannya sekali.’

Saya tersentuh dengan ayat beliau yang selanjutnya :

‘Ia misi ringkas dan sesuai dengan keperluan asas sebagai seorang Islam.’

Dalam buku ini, beliau yang menemui turning point dalam kehidupan setelah mengerjakan ibadah haji menulis mengenai mendakwah dan mentarbiyah diri sendiri dan bagaimana dakwah dan tarbiyah itu dapat tersebar kepada orang lain.

Saya orang yang sangat berorientasi hati. Misalnya ada perkara yang rasionalnya tidak patut dilakukan, tetapi oleh kerana hati tidak damai selagi tidak melakukannya, maka saya akan buat dengan tawakal kepada Allah dan insyaAllah tanpa penyesalan sesudahnya. (Mengenai perkara yang tidak melanggar syarak biiznillah).

Bagaimanapun ini juga kelemahan yang besar, kerana banyak perkara rasional yang sukar untuk saya ambil kerana hati tidak dapat cenderung ke arahnya. Dalam hal ibadah, sangat susah untuk menempatkan hati di tempat sepatutnya. Seperti keperluan solat berjemaah, sedangkan hati mahu solat sendiri untuk lebih menghayati ibadah.

Ada masanya muncul di fikiran, kita solat dan solat sehingga mati, seperti tidak ada kesudahan. Contoh perasaan ini seperti kita sedang melakukan perkara yang bermanfaat pada firasat kita (seperti belajar), lalu dipanggil ibu untuk melayani tetamu, dengan perasaan - hurm.. asyik kena buat air (perkara yang kurang manfaatnya pada pandangan kita, sedangkan perkara ini suatu keperluan yang baik).

Tulisan beliau ini melembutkan hati saya untuk lebih sedar akan fitrah penciptaan kita oleh Allah Azzawajalla. Bukan senang untuk menyempurnakan tekad yang disebutkan beliau dalam ayat di atas (seperti untuk solat berjemaah di awal waktu pada setiap waktu solat), tetapi oleh sebab ada perkara yang telah diaturkan Tuhan sebagai fitrah kita, maka hati perlu diletak di tepi untuk seketika. Dan InsyaAllah, pada akhiran susah-payah menjalankan ibadah, di situ letaknya ketenteraman hati yang sebenar, yang dicari-cari oleh ramai manusia. Dan di situ juga letaknya barakah pada masa dan usaha yang lebih dikit, kerana masa itu sendiri adalah hamba.

Ini adalah misi yang ringkas, tetapi sukar untuk disempurnakan. Tetapi insyaAllah kerana misi ini adalah suatu keperluan yang asas, ia mampu dilaksanakan dan akan mencukupkan keperluan kita dalam kehidupan. Amin.


Saturday, 8 January 2011

Checklist

Ini dedikasi yang telah lama tertunggak;

Dalam melunasi tanggungjawab untuk mencapai ustaziyatul alam, elemen paling penting adalah diri kita sendiri untuk dibangunkan menjadi individu yang benar-benar menjadikan Islam sebagai ad-deen dan tidak dipisah-pisahkan daripada kehidupan. 10 muwasofat tarbiyah (spesifikasi pendidikan) ini menjadi penanda aras seorang muslim yang kamil (sempurna).


Sumber: Untraced

Ini checklist kita. Maka, inilah yang kita jadikan target dalam kehidupan sehari-hari, sepanjang hayat. Mana yang kurang, mari kita tingkatkan. InsyaAllah =)

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."


p/s: Mana definisi yang tidak faham silalah bertanya pada yang arif


Wednesday, 29 December 2010

Selamat Tahun Baru


Laksana
embun hidupkan padang
bayu damaikan pantai
laksana hujan,
yang basah dan tenang, dalam rahmat Tuhan.

|
|
|

Selamat Tahun Baru 2011
menjadi lebih dewasa
dalam hidup dan kehidupan
dalam redha.

Sunday, 8 August 2010

yang masih mencari, kepada yang sedang mencari

Bismillahirrahmanirrahim
In the Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Mode me'repost' old posts sejak akhir-akhir ini? Mungkin sebabnya sunnatullah sedang berulang? =D
Mulanya bercadang untuk me'repost' post lama berkenaan Ramadhan, before pondering around that this should be one quick muhasabah of the becoming awaited period.

Orang memahami kebaikan dengan berbagai-bagai cara; dan biasanya cara-cara tersebut adalah - tidak mudah. Menulis kenyataan ini sahaja sudah cukup menghiris hati yang sudah sedia luluh...

Orang memandang kebaikan itu sebagai statik; oh jadi begitulah menjadi baik. Sedang orang tidak tahu betapa kuatnya gelombang di sebalik yang tampak tenang - Ok, kenyataan ini semakin menyayat hati.

Kadang-kadang kita tertanya, O Allah kenapa begini? Kenapa begini? Kita menunggu Allah menjawab, tapi Dia tidak.

Kadang-kadang kita terfikir-fikir, apa yang perlu aku lakukan? Apa yang Kau mahu aku lakukan? Aku tidak tahu Ya Allah, aku benar-benar buntu. Kita mengharap Dia memberitahu, tapi Dia tidak.

Orang tidak tahu begini kisahnya. Orang nampak yang dasar itu begitu, jadi begitulah. Walaupun telah belajar ungkapan - 'Don't judge a book by its cover' - tapi aplikasinya terlalu cetek jika mahu digunapakai sebagai seorang mukmin.

Jadi beginilah ceritanya; yang sakit, yang pedih, yang pahit, yang meluluhkan jiwa, hanya kita, dan Dia yang tahu. Kita tidak tahu apa-apa perancanganNya untuk kita, tetapi di akhir cerita, kita tidak akan pernah punya pilihan lain selain untuk kembali berbalik kepadaNya. Dan bila kita kembali padaNya, luka akan sembuh, tapi parut tetap akan ada sebagai tanda rahmahNya - Kau lulus ujian kali ini =)

Kadang-kadang berasa letih menunggu bila ujian akan berakhir - tetapi ujian tidak habis-habis. Orang senang berkata, tanpa tahu apa yang telah kita usaha. Tapi tak apalah, kita juga tidak cukup faham apa yang telah orang itu lalui sehingga dia itu begitu.

Jalan menuju Allah bukan jalan yang comel. Jalan itu bukan terang. Jalan itu tidak tenang. Tetapi tidak ada pilihan lain bagi jiwa-jiwa yang mencari ketenangan sebenar yang jauh daripada murka Allah.

Saya rasa banyak orang sedang diuji menjelangnya ketibaan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Semoga ujian yang berat ini menjadi 'a point to be pondered' , supaya kita ingat - 'Hoi, ini RAMADHAN!' Jika kita masih tidak mahu jaga daripada kelalaian.

Orang memahami kebaikan dengan berbagai-bagai cara, dan inilah salah satu caranya. Moga Allah mengurniakan kebaikan kepada kita tentang makrifahNya yang sebenar, sehingga kita tidak lagi samar-samar dengan jalan kita.

Saya sayangkan awak, sehingga kalau boleh saya tidak mahu awak rasa apa-apa yang saya rasa. Tetapi jika begini sahaja caranya untuk kita mencari Allah, maka beginilah ia. Semoga awak, saya, dan semua di sekeliling kita, serta semua yang kita kasihi dan cintai, beroleh kekuatan pada setiap ujian dariNya, berjaya memahami makna hakiki sebuah ketenangan, dan beroleh taufiq untuk menuju jalan Tuhan.

Ya Allah, moga Ramadhan menyucikan kami kepada fitrah kejadian kami.


Ahlanwasahlan Ya Ramadhan (T_T)

Salam sayang, wassalam.