Pages

Saturday, 13 August 2011

Ramadhan 13

Bonda
Adalah rimbun
Adalah bunga
Adalah daun
Adalah ranting
Adalah batang
Adalah akar
Adalah pokok
Adalah segalanya.

Bonda
Adalah langit
Adalah laut
Adalah pantai
Adalah bayu
Adalah tanah.

Kerana bondalah anakanda.

Bondalah bonda
Bondalah dari Tuhan. 


Thursday, 4 August 2011

Ramadhan 4

Bismillah,

Teman lelaki - teman lelaki saya.

Satu Tingkatan 2, satu Tingkatan 1. Semasa saya mula tinggal di asrama, mereka berusia 4 tahun dan 3 tahun. Salah satu yang menjadikan saya homesick amat ialah - tidak dapat melihat mereka membesar di hadapan mata. Setiap dua minggu berjumpa, saya akan, "Mari kakak ukur tinggi. Macam dah makin tinggi." Psiko. Kanak-kanak kan cepat membesar.

Sekarang juga setiap kali pulang kampung selepas beberapa bulan mereka selalu mahu ukur tinggi - sudah berapa rendah saya berbanding mereka. Psiko. Kemudian mahu compare muscle juga.

Walaupun telah lebih tinggi, saya tetap rasa mereka itu budak-budak kecil saya. Hingga bila tiba satu masa bila mahu mencium pipi mereka, saya dapat rasa ketidakrelaan mereka. Kemudian, saya akan minta kebenaran terlebih dahulu, "Boleh kakak cium pipi?" Mula-mula, "Boleh. Sebelah je." Kemudian, "Malulah orang nampak." Kemudian,"Tak payahlah. Aa dah besar."

Kemudian saya sedar mereka telah besar dan saya perlu membiarkan mereka dengan keremajaan mereka.

Hari itu adik perempuan menelefon menceritakan perihal Aa yang memanjat pokok rambutan dan termenung di atasnya. Habislah saya bimbang memikirkan masalah kecelaruan emosi remaja. Bila saya bercakap dengannya katanya, "Biasa je Kakak. Tak ada aktiviti menarik. Kena cari aktiviti mencabar." -_-

Kemudian saya sedar mereka telah besar dan saya perlu membiarkan mereka dengan kedewasaan mereka.

Kakak juga melepaskan saya apabila saya berkata kepadanya, "Kakak, saya tak ada hati." Sebelumnya saya beralasan-beralasan.

Ini fasa kehidupan. Apabila seseorang itu telah dapat menyatakan dengan jelas pendiriannya dan apa yang ia mahukan, ia telah berada di fasa seterusnya yang lebih dewasa, dan kita tidak perlu bimbang-bimbang lagi.

"Saya mahu .. err.. er .."

Selalunya kalau sesuatu itu kita sudah betul berusaha dan berdoa, jika masih tidak boleh, maka lebih baik lepaskan saja. Tapi, projek ... Jadi sayapun bergelandangan meminta orang lain juga tolong mendoakan saya. Mungkin doa kamu lebih makbul, dan saya akan berusaha T_T


"Saya mahu redha Allah."

Monday, 1 August 2011

Ramadhan 1

Adakah kamu membaca ini?

Wa qul lil hamd, dan ucapkanlah kesyukuran. Alhamdulillah hari ini hari pertama kita berpuasa, dan sekejap sahaja lagi sudah akan masuk waktu Maghrib dan kita sudah dapat berbuka.

Ada dua kegembiraan bagi orang-orang yang berpuasa. Pertama ialah ketika berbuka puasa. Kedua ialah ketika ia menghadap Tuhannya. [Hadith Riwayat Muslim]

Kegembiraan pertama kita akan tiba sekejap lagi. Tidak mudahpun berpuasa. Saya peminum tegar kopi; puasa sunat satu cabaran besar bagi saya. Apabila mula berpuasa, saya mengalami dekafeinasi dan terhidrat hingga pening kepala berputar-putar. Tapi tak apa, ia cuma efek sementara.

Di antara tanda kebaikan agama seseorang ialah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna bagi dirinya. [Hadith Riwayat Tarmizi]

Puasa menjadikan saya kuat kerana kebanyakan masa saya akan ingat saya sedang berpuasa lantas ingat kepadaNya. Jika telah ingat kepadaNya maka saya tidaklah membuat perkara-perkara lagho seperti browsing berlama-lama dan menonton tv sahaja, atau malas buat kerja.

Alhamdulillah saya rasa hari ini adalah lebih teratur dan produktif daripada semalam. Semoga saya mampu mengekalkan keteraturan ini sehingga ke penghujung Ramadhan, seterusnya ke penghujung semester pengajian dan sehingga ke Ramadhan yang seterusnya. Amin.

Pada Ramadhan, tadabbur ayat-ayat Allah adalah lebih menyentuh jiwa.

Jangan sekali-kali engkau tujukan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah Kami berikan kepda mereka, dan jangan engkau bersedih hati terhadap mereka dan berendah hatilah terhadap orang yang beriman. [Al-Hijr:88]


Cikgu saya bertanya, "So you are finishing this semester?"

Saya sengih dan berfikir sebentar sebelum menjawab, "In God's will."

Kemudian ia slam saya. Katanya ia ada masalah dengan kata-kata itu. Katanya, "God's will always gives you the best. It is only up to you, and me whether we can afford it. I have problem with that sentence."

Saya gelak dan minta maaf.

Saya katakan padanya, "That's not what I mean by that sentence, Sir. I mean I will struggle, but the rest is in God's hand."

Kemudian katanya,

"Why is that human being when something is not within control, he leaves it into God's hand. But for things he needs to work on by himself, God does not appear there."

Saya mahu teruskan lagi tapi saya sedang mengalami efek dekafeinasi dan berpusing-pusing. Nantilah saya email pada dia.


InsyaAllah dah nak masuk waktu berbuka ...

Friday, 15 July 2011

Yang jingga




Bismillah,

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)”
Surah Az-Zukhruf ayat 67.

Kalau diikutkan keinginan nafsu manusiawi kita, macam-macam kriteria ideal yang kita letakkan pada orang-orang di sekeliling kita. Keluarga yang begini-begini. Kawan-kawan yang begini-begini. Pasangan yang begini-begini. Tetapi seperti kereta yang tidaklah mengetahui tentang dirinya sebagaimana jurutera mengetahui dan mengenalinya, maka Allah yang lebih tahu dan kenal akan diri kita mengutuskan insan-insan terbaik untuk berada di sekeliling kita.

As per said; 'Destiny determines who you meet in life. Heart decides who stays.'


Teman susah dan senang, buruk dan baik.

Walau ada masa tidak sefahaman, ada masa yang mengguris, ada masa membawa diri tetapi jika bukan kamu, tidak tahulah bagaimana saya menghadapi tahun-tahun kebelakangan ini.Terima kasih untuk kebersamaan, pengorbanan, kesetiaan, kesediaan, penerimaan, pemahaman, ketahanan dan terima kasih untuk segalanya.

Saya perlu kerana saya cinta. 'I need because I love'.


LinkTeman perjuangan. Niqabis, Bersih 2.0 . Sumber dari Al-Jazeera in English. Bukan saya walaupun baju sama dan saya harap itu saya :)


"Tidak sempurna iman seseorang kamu itu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri. ( Al-Bukhari dan Muslim)

Susahnya mahu mengasihi orang lain seperti mengasihi diri sendiri .... Iman yang tidak sempurna.



Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih 63.
Pre-friendship day :D

Saturday, 2 April 2011

Apabila muslimah menangis

Apabila seorang muslimah menangis
Ia menangis
Kemudian ia menangis
mengenangkan mengapalah ia menangis kerana dunia
Kemudian ia menangis
memikirkan di manakah tempat Tuhan di hatinya
Kemudian ia menangis
kerana tertanya kenapalah tidak kuat dan menangis
Kemudian ia menangis, bersyukur kepada Tuhannya
kerana pada siku ujian ini, ia dapat menangis dengan Tuhannya
Kemudian ia menangis
mengingati mereka yang tidak dapat menangis bersama Tuhannya.


KB Mall tragis
Tragis 2
(Ok, dia jatuh atas tilam)


"Kalau awak solat, ingatlah pada Tuhan yang menciptakan awak dari setitis mani, dan yang kepadaNya awak tujui."

Kemudian apabila masa menangis tamat
Ia menyapu air mata dan membasuh muka
Kemudian menjadi kuat semula.


Semoga kita menjadi kuat sekuat Muslimah-muslimah Palestina, Mesir, Libya dan ummahatul mukminah tentunya. Amin.



Don't be mad at me