Pages

Saturday, 23 May 2009

di bawah bayangan

Kata-kata awal As-Syahid Sayyid Qutb di dalam muqaddimah fi zilalil qurannya;

Hidup di bawah bayangan Al-Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku kenikmatan hidup di bawah bayangan Al-Quran selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.

Di pagi yang indah di bumi Sunway, dimulakan dengan tilawah Suratul Fajr, sebagai meraikan waktu pagi. kami teruskan kemudiannya dengan diskusi muqaddimah zilal; yang masih terngiang-ngiang sampai saat ini, yang memaksa saya untuk mencatat sesuatu tanpa cuma berdiam diri.

As-Syahid, merupakan hamba Allah yang dianugerahkan nikmatNya, untuk hidup dalam lembayung Al-Quran. Awal-awal dahulu, saya mentafsirkan pernyataan ini sebagai; sentiasa hidup bersama Al-Quran, selalu membaca Al-Quran dan sentiasa mengamalkannya. tapi semakin masa berlalu, insyaAllah kefahaman juga semakin dewasa. Al-Quran itu tidak lain, adalah Kalamullah, wahyu dari Allah, yakni kata-kata Allah yang disampaikan kepada hambaNya Muhammad melalui perantaraan malaikatNya Jibril. dan tidak lain kalam itu disampaikan kepada Muhammad, sebagai perantaraan untuk disampaikan kepada umat manusia seluruhnya.

hidup yang di bawah lembayung Al-Quran, tidak lain adalah hidup di bawah pedoman daripada Al-Quran, yang tidak lain adalah merupakan petunjuk yang langsung berasal dari Robbul 'Alamin. maka jalan manakah lagi yang membawa kepada keredhaan Allah, selain jalan yang telah ditunjuki olehNya sendiri ?

As-Syahid berkata; kenikmatan ini tidak akan dapat pernah dirasai kecuali oleh orang yang melaluinya sahaja; yakni tidak ada orang yang dapat merasakan kenikmatan hidup yang lebih besar daripada kenikmatan kehidupan yang bersandarkan bimbingan dan petunjuk daripada Allah.

As-Syahid Sayyid Qutb ini pada zaman jahiliyahnya adalah seorang sasterawan terulung, yang banyak melahirkan karya yang berkualiti.beliau berkarya dalam keadaan sedar (under concious mind), hasil minat peribadi, bakat yang ulung, dan luahan perasaan yang mendalam. beliau disanjung sebagai sasterawan dan ilmuwan yang diiktiraf negara dan masyarakat.maksudnya, Sayyid Qutb ini adalah seorang sasterawan yang biasanya berjiwa sangat sensitif, beliau hidup dalam lingkungan yang benar-benar menjadi minatnya dengan bakat yang mengalir dalam darahnya, seterusnya dia beroleh pengikitirafan yang besar daripada hasil kerjanya. maka, bagi seorang manusia, apakah kepuasan yang lebih besar daripada ini ?

seorang engineer yang sangat menggilai reka cipta, dengan bakat yang besar dalam dirinya, menghasikan produk yang sangat inovatif dan berkualiti tinggi, seterusnya meraih sanjungan dan penghargaan hasil titik peluhnya. apakah lagi yang diinginkannya ?

oh, rupanya tidak. rupa-rupanya masih ada kenikmatan yang lebih besar daripada itu, yang tidak dapat diketahui oleh orang yang tidak hidup selain berpandukan petunjuk Allah semata-mata, dengan menolak keinginan nafsu sendiri dan logik akal yang banyak lompong kelemahannya.

hidup selama 40 tahun dalam dunia sastera beliau, selepas penghasilan pelbagai karya dan memperoleh pelbagai pengiktirafan, pada Sayyid Qutb, adalah sia-sia, mengotorkan usia, dan tiada keberkatannya. dan hanya dengan kembali kepada kehidupan fitrah di bawah bayangan Al-Quran, beliau merasakan bahawa usianya disucikan, diberkati dan dibersihkan Robbul 'Izzati.

saya melihat rakan-rakan bermain game dalam facebook; ini musim demam facebook. merata-rata orang sedang berfacebook, ada yang sedang dating online, ada yang sedang berjual beli kawan dan haiwan kesayangan, ada yang sedang berbisnes restoran. oh, apakah ini ? saya yang tidur bangun tidur bangun saban hari tanpa melaksanakan ibadah dan bekerja sebagai khalifah, betapa sia-sianya. saya yang pergi kelas dengan semangat tinggi menggunung, sebab saya suka belajar, sebab saya mahu mencari kedudukan yang baik, sebab mahu mencari redha manusia, oh alangkah ruginya. semua perkara di atas, inputnya adalah masa (usia) + tenaga + harta, tapi outputnya = 0 . saya tidak membungkus apa-apa sebagai amalan.

dalam kehidupan sebagai orang muda dalam zaman yang serba terbuka ini, alangkah susah untuk menolak nafsu (desire, kemahuan) sendiri yang cantik pada pandangan mata dan hati yang buta. susah untuk menolak logik akal sendiri yang dirasakan bernas bangat. susahnya untuk meluruskan i'tikad sendiri, walau atas perkara kebaikan seperti belajar, selain hanya lillahita'ala. betapa susahnya untuk menolak segalanya, kecuali hanya Dia.

hanya orang yang hidup di bawah bayangan Al-Quran beroleh kenikmatan yang sejati; yakni hati yang tenang ibarat salji, damai sedamai pantai,lapang selapang padang pasir, tenteram setenteram orang-orang yang mempunyai cinta.

dan Allah menyeru kepadanya;

Wahai jiwa yang tenang !
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu,
dan masuklah ke dalam syurgaKu...
Surah Al-Fajr [89:27-30]

Aduhai diri yang tidak tenang, kenapa tidak hidup di bawah petunjuk Tuhan ? Tuhan akan melimpahkanmu dengan ketenangan, dan Dia akan redha denganmu, dan kau juga akan redha padaNya, dengan meredhai segalanya. sudah diberikanNya tenang, Dia menjemputmu ke syurgaNya yang maha indah. maka diri yang tidak tenang itu, apakah ada tempatnya di syurga ?

Sunday, 8 March 2009

Maulidurrasul

Alhamdulillah, hari Maulidurrasul telah tiba. Kita sepatutnya ternanti-nanti Maulidurrasul berbanding hari lahir kita atau ibu bapa atau suami isteri kita. Kerana tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia mencintai Rasulullah berbanding dirinya sendiri sekalipun.

Rasulullah s.a.w. wajib dicintai selepas Allah. Kalau tidak dinyatakan sekalipun, seharusnya kita patut mencintai Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w. itu adalah kekasih Allah. Kalau kita cintakan Allah, kita mestilah cintakan kekasih-Nya. Macam syariat yang menyuruh kita mencintai sahabat-sahabat ibu bapa kita jugalah...

Tak kenal maka tak cinta..

Rasulullah s.a.w. membawa petunjuk dan rahmat kepada seluruh alam. Bayangkan apa jadi kepada kita jika tiada Rasul yang membawa risalah Allah kepada umat kita. Tanpa pengorbanan, keimanan, keutuhan, istiqamah, semangat, akhlak, keberanian dan lain-lain yang ada pada Baginda itu, mungkin kita di Tanah Melayu tidak menerima Islam. And we are NOTHING without Islam.

Islam itu terbit dan ditunjukkan dalam diri Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Kehidupan Rasulullah s.a.w. itu adalah intipati kehidupan Islam yang sebenar. Baginda ialah the moving Al-Quran.

Lihatlah cinta sahabat kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasul wafat, mereka menangis-nangis kerana merindui Baginda. Mereka merebut-rebut air basuhan wudu' Baginda. Mereka menadah peluh Baginda yang wangi itu untuk keberkatan. Semuanya atas dasar iman dan cinta.

Baginda manusia yang paling sempurna akhlaknya. Baginda adalah orang yang paling berpengaruh dan sehingga kini tiada tandingan. Baginda juga mencintai kita semua. Baginda sempurna, Subhanallah.

Menjadi kewajiban kita antaranya untuk:
1. Mengimani Baginda.
2. Mencintai Baginda.
3. Mengagungkan Baginda.
4. Membela Baginda.
5. Mencintai orang yang mencintai Baginda.
6. Mengikuti sunnah Baginda.
7. Berselawat ke atas Baginda.
8. Mengikuti dan menyambung risalah Baginda.

Contohnya Saidina Abu Bakar r.a. Beliau percaya pada cerita isra' mikraj Rasulullah s.a.w. tanpa sebarang ragu-ragu. Sedangkan perkara begitu sangat impossible jika difikirkan hanya dengan batas akal manusia biasa. Sedangkan dari Mekah ke Al-Aqsa pun mengambil masa perjalanan lebih kurang dua hari. Inikan pula satu malam sahaja malah naik ke langit dunia! Hebatnya iman Saidina Abu Bakar r.a. kepada Allah dan Rasul-Nya. Patutlah beliau digelar dengan gelaran 'As-Siddiq'.

Bolehkah iman kita jadi seperti itu?
Ambillah kesempatan hari ini untuk mengenali Baginda. Kenalilah Rasulullah s.a.w. maka akan terbit rasa cinta.

Saturday, 7 March 2009

Holding On You

Nothing in life is more precious than faith
Freedom to live to practice the truth that you said;
Serving you and the human race;
There'll be no barriers regardless of faith.

Loving and caring to understand,
Giving and sharing to comprehend,
Together we'll strive hand in hand;

Nothing will live without holding on You.

We are the servant;
You are the Savior,
Holding on You.

A humble servant;
How could I ignore You
Because nothing will live without You.

All in our life there's a mission to save;
Wisdom to give;
Careful of things that we say;
Holding on You,

No, never be afraid;
There'll be intruders
So face it with faith.

"Katakanlah 'Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.' " (Al-Ikhlas: 1-4)

Wednesday, 18 February 2009

Ramai Manusia...

Sepanjang cuti semester, kerja kita hanyalah duduk di rumah. Kadang-kadang pergi juga ke pejabat. Oleh kerana sekarang ini musim sukan di sekolah-sekolah rendah, ada juga tempahan dibuat untuk kita jahit nama di baju sukan cikgu-cikgu. Bila melihat senarai nama cikgu, ada macam-macam jenis nama. Namun, rasa kerdil pula apabila melihat nama-nama itu.

Apa yang kita terasa kerdilkan -sepanjang hidup, kita melangkah dengan penuh yakin di atas muka bumi seolah-olah kita ini hidup selama-lamanya. Seolah-olah bumi ini kita seorang yang punya. Sedangkan ramai lagi orang yang tinggal di muka bumi ini. Teramat banyak jumlahnya yang tidak kita kenali walaupun hanya di dalam pekan sendiri sahaja.

Bila kita baca nama-nama itu, hanya nama yang kita tahu. Entah bagaimana rupanya, umurnya, sikapnya. Ramainya manusia di atas muka bumi ini.

Contohnya kita tahu tentang Cikgu Sazali hanyalah apabila dialognya diceritakan oleh Cikgu Fatimah, "Semasa Cikgu Fatimah mula bekerja di sekolah ini, saya masih di kelas tadika." Baru kita dapat tangkap suatu sifat manusia yang bernama Cikgu Sazali dan Cikgu Fatimah. Kalau tidak, Cikgu Sazali, Cikgu Fatimah, Cikgu Abdullah mahupun Cikgu Puteri hanyalah manusia-manusia terpacak yang tidak kelihatan perbezaan fizikal mereka. Hanya ada hanyalah bayangan jasad berbentuk kepala, badan, tangan, dan kaki yang sama dan hanya dibezakan dengan tag nama masing-masing.

Kita tidak kenal mereka. Kita terfikir -hebatnya Yang Maha Kuasa. Mencipta, Menguruskan setiap makhluk di seluruh alam daripada sistem luar sampailah ke sedalam-dalamnya hati. Subhanallahil'azim.

Ramainya manusia. Yang bakal datang berbondong-bondong di hari akhirat. Daripada sebesar-besar manusia sejak zaman adam sehinggalah manusia bersaiz kecil di akhir zaman. Semuanya berkumpul di bumi yang sama. Berhimpit-himpit dengan manusia yang mempunyai ibu jari kaki yang sama besar dengan badan kita atau manusia berpakaian tentera Rom ala-ala dalam filem atau manusia hodoh atau yang tanpa kepala atau bermacam-macam lagi jenis manusia dengan cara kebangkitan mereka sendiri. Semua manusia dari awal zaman berhimpit dalam satu tempat bersaiz dunia dalam satu masa. Sesak.

Hanya Allah tempat berlindung.

p/s: Terima kasih mesin jahit.

Tuesday, 17 February 2009

kekeliruan kalimah atau aqidah?

malam ini siaran tv tempatan menyiarkan forum yg membahaskan sama ada wajar atau tidak penggunaan kalimah Allah dibenarkan di kalangan penganut agama kristian. persoalan yang dianggap sensitif bagi sebilangan umat islam di malaysia.

saya berpendapat bahawa isu ini yg telah lama dibincangkan. terkadang berase penat pulak bila asyek2 isu ni. saya pulak terfikir, adakah wajar isu ini dibincangkan terlalu lama dan terlalu detail? Pada mulanya timbul isu ini, saya juga agak risau. Tetapi sebenarnya terlindung suatu hikmah di sebalik penggunaan kalimah ini. Percayalah....

sebenarnya, Alhamdulillah... umat islam di malaysia nampaknya peka dgn isu2 berkaitan aqidah. Alhamdulillah.. kerana mereka risaukan generasi akan datang bakal keliru dgn agama ini.

Saya rasa ramai di antara kita, antara ingat ataupun tidak, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., orang-orang bukan Islam juga merujuk perkataan Allah sbg Tuhan mereka. Mereka tidak mengesakan Tuhan, walhal penyembahan berhala secara berleluasa adalah suatu situasi masyarakat Arab ketika itu. Dan wajar juga saya peringatkan warga pembaca semua, yang kebanyakan masyarakat Arab ketika itu masih berpegang kepada kewujudan Tuhan yang perlu ditauhidkan kesan daripada ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. buktinya, mereka masih mengerjakan haji dan mengganggap Kaabah adalah tempat suci bagi orang yang percaya kepada Allah. Sila rujuk teks di bawah;

"" Kebanyakan orang Arab menyahut seruan Nabi Ismail a.s. ketika baginda mengajak mereka kepada agama Islam. Mereka menyembah Allah dan mengesakan-Nya serta mengamalkannya ajaran agamaNya. Setelah berlalu masa yang panjang mereka mulai lupa sebahagian dari ajaran-ajaran itu.

Namun mereka masih tetap berpegang teguh dengan akidah tauhid dan beberapa syiar agama Nabi Ibrahim sehinggalah tiba zaman Amru’ bin Luhay iaitu pemimpin Bani Khuza’ah. Amru’ bin Luhay terkenal sebagai seorang yang banyak melakukan kebaikan, bersedekah dan amat memelihara hal-hal agama. Dengan keperibadiannya itu, dia disayangi oleh manusia dan mereka mematuhinya kerana menyangka bahawa dia adalah ulama besar dan wakil termulia."

Petikan dari kitab Ar-rahiq al-makhtum karangan Safiyy ur Rahman al mubarakfuri

Setelah Rasulullah diutuskan, wahyu2 Allah utk disampaikan sebagai peringatan kepda kita umat Nabi Muhammad s.a.w.(yakni semua yang hidup di atas muka bumi ini setelah nabi diutus), adalah sebagai penjelasan yakni Allah yang hanya layak disembah.

Allah juga menegaskan kepada kita semua dalam surah al-Ikhlas bahawa Dia tidak memperanakkan dan juga tidak diperanakkan.

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia".
(surah ke-112;al-Ikhlas; 1-4)

Say: He is Allah, the One! (1) Allah, the eternally Besought of all! (2) He begetteth not nor was begotten. (3) And there is none comparable unto Him. (4)

(Chapter 112; al-Ikhlas)
Ini adalah satu usaha untuk membersihkan semula anggapan dan kesesatan umat2 yang telah memecahbelahkan dan memesongkan ajaran Nabi Isa a.s.

Apa jadi kalau kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam?

Jikalau kita mengharamkan semua orang menganggap Tuhan itu Allah, ianya sama seperti menganggap bahawa Tuhan untuk orang Islam sahaja ialah Allah, tetapi Tuhan bagi orang lain bukan Allah. Ianya seperti menganggap bahawa Tuhan orang islam sahaja Allah, tetapi Tuhan agama-agama lain bukan Allah. Habis tu ada Tuhan lain ke? TIDAKKKKK!!!

Kita perlu ingat Tuhan hanya satu, dan Allah adalah Tuhan kepada setiap makhluk.

Macam mana dengan anak-anak kita nanti?

Kita risau akan generasi masa hadapan akan keliru dengan agama-agama yang menggunakan perkataan Allah sebagai Tuhan yang sama lantas terus beranggapan bahawa semua agama adalah sama. Satu jalan penyelesaian kepada ini adalah dengan mendidik anak dari kecil bahawa Tuhan adalah satu. Bukan tiga, dan bukan pula disembah dengan perantaraan.

Dengan tertanamnya aqidah yang kuat yakni kepercayaan kepada Tuhan hanya ada satu dan bukan dua atau tiga, tidak beranak dan tidak diperanakkan sudah tentu mana-mana individu sudah pasti dengan perbezaan kepercayaan agama-agama yang berlainan. Tekanlah perkara ini dari kecil dan dalam masa yang lama, sebab Allah juga yang menurunkan wahyu berkisarkan aqidah dan pentauhidan Allah semata-mata semasa peringkat awal penurunan wahyu di Mekah. Selama 13 tahun di Mekkah, muslim sangat kuat terpahat di jiwa kalimat 'Ahad,Ahad,Ahad'.

Apa hikmah yang disebutkan pada awalnya tadi tu ye?

Hikmahnya, cuba anda fikir, berapa ramai yang menjadi curious, bila terdengar bahawa Kristian dan Islam menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan? Berapa ramai yang akan demand the explanantion between this two religion? Lebih ramai yang berminat untuk tahu siapa Allah sebenarnya bukan?..... Fikir-fikirkan.....