Pages

Wednesday, 9 June 2010

Bingkai kehidupan - Shoutul harokah


(Intro. Drum) Ha hahaha hahaha hahaha
Haaa hahahaaa hahahaha hahahaha

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ALLAH,
Kan menjadi saksi pengorbanan

ALLAHu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ALLAH adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ALLAH
Kan menjadi saksi pengorbanan

ALLAHu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

ALLAH adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ALLAH adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi


Wednesday, 2 June 2010

Pencuri Villa Pale

"Mana ada, tuan hakim! Dalam hal ini saya yang menjadi mangsanya!" kata lelaki berhidung pelik itu. Entah apa namanya, Is atau Us begitulah. "Cuba semua lihat kembali rakaman CCTV tadi, bukan main lagi dia pukul saya. Saya seorang mana boleh lawan ramai!"

Dan video itu pun ditayangkan semula. Kelihatan tertonggeng-tonggeng Is mengelak pukulan. Mahkamah bising dengan sedikit tawa.

Kemudian, bangun peguam dari pihak pembela. Beliau meminta tuan rumah villa Pale untuk masuk ke kandang saksi. Beberapa soalan ditanya kepada anak guamnya.

"Encik Pale tahu bahawa memukul orang salah di sisi undang-undang. Jadi, kenapa Encik Pale memukulnya?"

Encik Pale membuat riak sinis bercampur geram sambil menjeling Is. "Dia memecah masuk ke dalam villa saya malam-malam buta! Takkan saya tak pukul? Siapa yang tak pukul pencuri?"

Hadirin mengangguk.

"Tapi, menurut video rakaman video oleh rakan pencuri Is dari luar, Encik Pale beria-ia memukul Is beramai-ramai dan dia tidak sempat mempertahankan diri. Benarkah?"

"Benar."

"Kenapa?"

"Dah terang-terangan dia ingin merompak atau membunuh kami. Kami hanya mempertahankan diri dengan apa sahaja yang kami ada. Kami tak ada senjata. Kami hanya ada kayu golf, kerusi kayu dan pasu bunga. Oh ya, cuba lihat di akhir video yang tuan katakan tadi, di penghujungnya si Is sudah mula mengeluarkan pisau lipat 20 sen untuk mencederakan bibik saya."

"Tapi Pale campak kawan saya jatuh dari balkoni!" Sampuk Is tiba-tiba. Mahkamah bising. Tuan hakim mengetuk-ngetuk tukul besarnya.

Semua orang duduk di tempat masing-masing. Kemudian, peguam pendakwa bangun dan mengeluarkan sebuah sebuah buku yang dibaluti plastik sebagai memelihara bahan bukti.

"Ini milik Encik Is kah?"

Is berpura-pura tidak ingat. "Tidak, bukan buku saya."

"Bukan? Jadi kenapa tertulis di sini, 'Hak Milik Is & Sekutu'?"

"Saya tidak tahu! Mungkin Is lain, err...Iskandar ke, Ismail ke, Islam ke!" Is membentak marah-marah.

"Lihatlah tuan-tuan, di dalam ini terdapat senarai nama barang dalam villa Pale yang ingin diambil dan dihapus oleh Is & Sekutu. Ya, mungkin Is lain... tetapi Is yang berada di dalam villa Pale dalam masa kejadian adalah kamu! Takdir yang indah bukan?" Peguam pendakwa berhujah lancar.

"Tuduhan tidak berasas, Yang Arif!" Bangkang peguambela yang tiba-tiba bangun dari tempat duduknya. Hakim membenarkan bangkangan. Peguam pendakwa dan Is sama-sama mengambil nafas panjang.

"Jadi, Is tidak ingat langsung tentang buku ini?" tanya peguam pendakwa kembali.

"Tidak," balas Is sambil disambut dengan bisik-bisik kutukan para hadirin.

"Baiklah," peguam mengangkat bahu. "Itu sahaja Yang Arif." Lalu beliau duduk kembali di tempatnya.

Semua diam sambil memerhatikan tuan hakim yang sedang membuat penelitian ke atas kertas di hadapannya. Setelah tiga minit, beliau mengumumkan kes ditangguh ke hari esok.

Semasa keluar dari dewan mahkamah, semua wartawan menyerbu Is dan Pale. Bertalu-talu soalan ditanya. Menyilau-nyilau mata dengan taluan cahaya kamera.

"Apa perasaan Pale?" "Apa tindakan Encik Peguam Pendakwa selepas ini?" "Benarkah buku itu milik Is?" "Apa kandungan buku itu?"

Kamera sempat merakam Pale senyum dengan wajah tenang, "Saya gembira kerana isteri, anak, adik dan abang saya mati syahid ditikam Is."

Tuesday, 1 June 2010

Muharrik, Mutaharrik, Syibhul Mayyit dan Mayyit

May 27, 2010

Empat istilah yang sengaja menyusahkan pembaca bagi yang tidak faham bahasa Arab. Tapi ia baik untuk menggambarkan 4 bentuk manusia muslim pada hari ini.

Muharrik ialah penggerak. Mutaharrik adalah yang bergerak tetapi tidak semestinya penggerak. Syibhul Mayyit adalah hampir mati atau menyerupai mati tapi tidak mati. Mayyit adalah mati.

Untuk apa term-term pelik ini? Ia menggambarkan bentuk-bentuk kita muslim hari ini. Ada yang menggerakkan orang lain, tidak rela melihat muslim lain hanya diam tidak bergerak, cuba menggerakkan walaupun ia sukar.

Ada yang hanya bergerak. Bergerak bila di gerakkan dan tidak mampu atau tidak berusaha untuk menggerakkan orang lain.

Ada yang hidup tetapi seolah-olah mati. Ia tidak bergerak walaupun cuba digerakkan. Apatahlagi akan bergerak sendiri. Setelah digerakkan, ia tetap tidak bergerak. Tapi yang pasti ia masih hidup kerana nadinya masih ada, dadanya masih bergerak-gerak dan sesekali ia berpusing ke sana kemari.

Yang mati semua di fahami. Ia tidak ada nafas lagi. So tidak ada gunanya digerakkan kerana ia tidak akan bergerak.

Ketika subuh di asrama atau di rumah-rumah, kita akan dapati ketiga-tiga bentuk di atas. Tetapi kita tidak akan jumpa bentuk keempat tentunya kecuali di hospital. Ada orang yang yang bangun dan menggerakkan orang lain untuk bangun subuh. Ada orang yang bangun sendirian sahaja atau bangun bila digerakkan, tetapi ia tidak menggerakkan orang lain. Ada orang yang tidak bangun-bangun walaupun disimbah sebaldi air….

Tetapi kita tidak berbicara tentang subuh atau zuhur atau solat-solat lain. Kita berbicara tentang soal yang lebih besar. Tentang al-muddathir dan bukannya al-muzzamil, walaupun kedua-duanya adalah besar.


(2010), "Muharrik, Mutaharrik, Syibhul Mayyit dan Mayyit",Muntalaq Langkah bermula di sini, May 27,2010. [Online]. Available: http://muntalaq.wordpress.com/. [Accessed:01.06.2010]




Saya.....
Bukan muharrik....
Apakah mutaharrik? Hurmmmmm.... Ataukah syibhul mayyit? .....
Yang pasti tak mahu mayyit.
Hurmmmmmmm.......................................................................

Sunday, 4 April 2010

Mahu menjadi yang lebih baik !


-->
Kami yang selalu berada di belakang selalu saling bertanya; “Bila pula akan sampai giliran kita berada di depan macam tu?”
MashaAllah !
Sisters itu sangat hebat. Butir kata dan tingkahnya penuh himmah (semangat).
Sisters itu sangat lembut dan penyayang. Gerak lakunya berisi cinta dan tertib.
Sisters itu laksana kupu-kupu; yang indah dipandang dalam segala kesempurnaan.
Sampai bila kita akan terus begini ?

Ini jalan yang panjang dan penuh liku. Tetapi ada masanya bila kita berhenti sejenak untuk bermuhasabah, kita akan sedar bahawa kita masih belum sampai ke liku yang berikutnya. Oleh kerana langkah kita terlalu sempit dan penuh hati-hati, kita masih juga berada di takuk yang sama.
Di dalam jalan ini, kita akan semakin terbiasa dengan segala susah payah dan pengorbanan, hingga sampai masanya semua itu menjadi kebiasaan dan recah kehidupan.
Di daurah kali ini, yang sangat menyentuh aku ialah melihat wajah kakak-kakak kami. Melihat mereka yang telah berada dalam tarbiyah selama kurang lebih 10 tahun, aku berasa bahawa mereka itu adalah lebih pemuda daripada kami yang lebih muda daripada mereka. Sifat rijal itu ada empat yakni :
i. Berkeyakinan tinggi – mendapat fahanam yang bersih tentang perkara haq kerana mempunyai fikiran yang sangat bersih dan rasional, lantas meyakininya
ii. Berani – mempunyai keberanian untuk menegakkan yang haq dan menolak yang batil
iii. Hamasah (bersemangat) – semangat yang berkobar-kobar untuk merealisasikan idealisme
iv. Ikhlas – perjuangan hanya berteraskan keredhaan Allah dan bukan untuk kepentingan lain

Dengan merujuk kepada sifat-sifat rijal ini, aku berasa seperti seorang tua yang sudah kurang bermaya. Sudahlah asyik penat dan mengantuk walhal aku masih seorang bujang yang tidak mengandung atau ada tanggungan keluarga, lagi tidak bersemangat dan tidak juga idealistik.
Aku sangat kagum pada mereka – bila perlu bercakap mereka bercakap dengan pengisian yang berat, basah dan mengesan. Bila disuruh melakukan suatu kerja mereka pantas menyahut dengan penuh amanah tanpa sebarang komen atau keluhan. Bila disuruh bermain mereka bermain dengan ‘all out’ tanpa perlu menjaga kredibiliti atau kemachoan.
Sentiasa saja dalam sesi melaporkan gerak kerja dan membuat plan hala tuju, aku dikagumkan lagi dengan semangat mereka. Aku yang selalu letih lesu ini ‘wonder’ lagi – Macam manalah kakak ini masih begitu bersemangat? Selepas lebih 10 tahun, bagaimana semangat mereka masih berkobar-kobar tanpa dilunturkan oleh waktu? Betapa aku yang baru setahun jagung bekerja pada jalan ini selalu lupa akan matlamat gerakan, sehingga aku hanyut dalam rutin yang kononnya sebuah perjuangan.
Seperti kata sister itu, ‘Adik-adik yang baru biasanya sangat bersemangat, bila minta refleksi panjang berjela dengan kata-kata bombastik dan puitis bersajak-sajak. Tetapi adik-adik yang dah lama ni, biasanya sudah tak excited lagi.’
Tapi kakak, macam manu kamu boleh terus-menerus berasa ‘excited’ ?
Aku ‘wonder’ lagi – betapa mereka menaruh perhatian dan memerah fikiran untuk membuat perancangan, layaknya seperti sebuah persidangan untuk merancang strategi melancarkan bisnes jutaan ringgit – walhal mereka tidak di`assign` dengan sebarang pangkat atau jawatan, walhal tiada yang memantau, walhal tiada apa yang akan mereka peroleh daripadanya. Aku `wonder`, betapa tingginya keikhlasan mereka, yang seikhlasnya hanya mengharapkan balasan daripada Allah semata-mata.
Dalam refleksi aku, aku melihat mereka adalah dae’i sepenuh masa, yang seluruh fikiran, tenaga, masa dan harta dipusatkan pada gerak kerja. Sedangkan aku? Alhamdulillah insyaAllah Muslim sepenuh masa, tapi masih lagi dae’i sambilan. Aku letakkan banyak kepentingan diri sebagai penghalang, aku tidak all out, dan aku bekerja seadanya. Sehingga aku selalu terfikir, andai pekerja Islam itu ramainya seperti aku, sampai bila pun Islam tidak akan tertegak.
Kata kakak, 'Daripada 10 orang, mungkin hanya 2 yang akan terus tsabat.' itu sangat mengesankan dan membimbangkan diri-diri kami. Sungguh Tuhan, kami tak mahu tertapis.
‘Ya Allah Ya Tuhan kami, dalam jalan yang panjang dan penuh liku ini, kau tetapkanlah kami pada menyembah dan megesakanMu. Benarkan kami untuk terus belajar dan belajar, untuk terus menjadi yang lebih baik. Pada setiap tingkat tapisanMu, tambahkan kekuatan bagi kami, dan jangan Kau tapis kami Ya Allah. Tetapkanlah kami pada jalanMu sehingga hujung nyawa kami, dan matikanlah kami pada jalanMu Tuhan.
Amin Ya Robbal ‘Alamin.’

Mari tingkatkan mutaba’ah amal. Mari mendekatkan diri pada Allah. Andai aku seorang Julaybib, aku tak mahu menjadi Julaybib kerana kurangnya potensi diri, tetapi aku mahu jadi Julaybib yang tinggi iman dan tinggi rasa rendah hati.
Mari berusaha menjadi dae'i yang lebih baik !


Sunday, 28 March 2010

Bukan Jalan Pintas

"Aku nak kahwin cepat-cepat!" Begitulah kata-kata beberapa orang gadis yang pernah didengari aku secara langsung atau tidak langsung sepanjang aku berada di dunia tarbiyyah.

Ada pelbagai sebab kata-kata itu terpacul dari mulut mereka. Ia tidak akan diluahkan hanya kerana suka-suka apatah lagi daripada wanita yang mempunyai kefahaman dan fikrah agama yang tinggi. Untuk orang lain, biarlah dia teringin kahwin cepat disebabkan tertekan dan kecewa putus cinta. Maka, tidak hairanlah jika orang lain itu mula mengidam-idam supaya dia bertemu dengan orang sempurna sesegera mungkin, agar rasa kecewanya hilang buat selama-lamanya.

Tapi kisah begini bukan lagi menjadi persoalan buat perempuan-perempuan yang ada fikrah. Ini kerana mereka begitu istimewa, tidak lagi terjebak ke dalam dunia putus asa dan cinta monyet seperti zaman 'muda'. Bagi mereka perkara ini hanya hal remeh-temeh yang tidak perlu diambil kisah. Perempuan yang ada fikrah begitu mencintai Tuhan-Nya, sehingga dia terlupa untuk mencintai manusia kadang-kadangnya -melainkan cinta Tuhan itu jatuh kepada manusia yang istimewa seperti Rasulnya dan ibu bapanya. Perempuan ini begitu cinta kepada akhwatnya, sehingga terasa mustahil untuk berasa sunyi dan ditinggalkan. Penghidupannya terasa lengkap walaupun diuji dengan pelbagai dugaan, kerana dia yakin di sisinya ada Allah dan tentera-tentera-Nya yang menjanjikan kemudahan dan keamanan.

Namun, kadang-kadang ada sesetengah di kalangan mereka terlupa tentang hakikat cinta itu sehingga meletakkan hal perkahwinan yang suci itu sebagai suatu penyelesaian atau lebih jelas disebut sebagai jalan pintas bagi melarikan diri daripada masalah. Tidak, jangan begitu akhwatku. Jangan tuduh ikatan perkahwinan sebegitu.

Memang tepat sekali jika ada yang mengatakan bahawa perkahwinan itu suatu penyelesaian masalah. Bahkan, hidup kita kan dilengkapi sebanyak 50 peratus lagi, menjadikan ia sempurna dan melegakan. Namun, perkahwinan bukan penyelesaian untuk masalah yang belum selesai!

Mengapa begitu?

Ini kerana hakikatnya, dalam jalan yang penuh berliku dan panjang ini, pelbagai tahap bakal dilalui. Yang belajar akan bekerja, yang bekerja akan berkahwin, yang berkahwin akan menimang cahaya mata, etc. etc. Semua tahap ini membawa perubahan yang besar dalam kebiasaan hidup, lalu secara langsung menjadi penapisan manusia di sepanjang jalan yang panjang ini.

Kita mengharapkan perkahwinan menjadi suatu platform yang akan melajukan lagi gerakan kita di dalam jalan ini. Adalah menakutkan jika kita tertapis di platform ini dek kerana disibukkan dengan dunia baru berbanding sibuk di jalan ini. Antara sebab tapisan ini berlaku juga kerana niat asal menjadikan perkahwinan ini sebagai jalan melarikan diri daripada masalah.

Ada yang ditinggalkan ibu bapa sejak kecil dan alhamdulillah dia terjumpa sinar cahaya yang terang ke arah islam yang sebenar. Masalahnya, dia beria-ia mahu bernikah, dengan menceritakan kisah silamnya sebagai alasan dan petunjuk akan kesunyiannya. Maka, alhamdulillah jika masalahnya selesai dengan berkahwin. Kalau tidak?

Sebetulnya, dia perlu disedarkan dahulu bahawa masalahnya boleh selesai dengan islam. Kesunyiannya hanya bisa terlerai dengan islam, dengan merasa hadirnya cinta dan kasih sayang Tuhan di dalam diri. Dan juga setelah merasakan betapa indahnya ukhwah islam itu, barulah ia berhak membuat keputusan untuk bernikah. Semua masalah tidak selesai hanya dengan berkahwin walaupun pasangannya mempunyai fikrah islam. Bahkan ia mungkin menambah masalah atau melambatkan gerakan pasangannya!

Belajarlah untuk menyelesaikan masalah sendiri. Belajarlah untuk menghadapinya sendiri.

Perkahwinan bukan jalan pintas.

p/s: Tiada kaitan dengan awak ya, Yamini. Nasihat untuk diri sendiri :)



Get More Islamic Testi Here!