Pages

Tuesday 13 November 2007

mengapa palestin?

Dulu, kerap kali kita lihat cerita dan gambar penderitaan rakyat-rakyat di palestin di dada-dada akhbar. Namun, kemarahan kita terhadap israel hanya selari dengan keaktifan media sahaja. Kita tidak sedar, pergolakan ini masih tidak berhenti walaupun media sudah naik lali dengan ceritanya yang tiada perkembangan. Lantas, nilai sensitiviti umat islam di negara lain (terutamanya malaysia) kian pudar sambil dikaburi dengan cerita-cerita hiburan yang tidak bermakna, malah melalaikan dan membawa dosa.

Mari kita refresh kembali minda kita, mari kita menaikkan kembali nilai maruah kita.

Mengapa palestin?
Berbalik kepada sejarah.
bani israel adalah sinonim dengan kisah Nabi Yusuf. Kesemua sebelas adik-beradik Nabi Yusuf digelar israel kerana mereka suka berjalan pada waktu malam. (isra' = perjalanan malam) Ketika mereka membuang Nabi Yusuf di dalam perigi, tanah itu ialah tanah palestin. Dan kemudian setelah Nabi Yusuf dewasa dan menjadi bendaharawan di Mesir, ketika itu adik beradik dan bapa baginda, Nabi Yaakob tinggal bersama baginda di Mesir.Semakin lama, wujud dua jenis kaum di Mesir iaitu penduduk asal Mesir dan bani israel. Sejak kewafatan Nabi Yusuf, bani israel yang hanya menumpang di bumi Mesir terpaksa menjadi buruh. Ketika ini, kaum israel tiada tanah sendiri.

Sehinggalah lahir pula Nabi Musa dari golongan bani isreal di mesir, dan kelahiran baginda menjadi mimpi ngeri bagi Firaun. Namun, dengan kuasa Allah, Nabi Musa sendiri membesar di istana Firaun. Kita sering mendengar kisah bani israel yang masih tidak beriman walaupun Firaun mati lemas di hadapan mata mereka. Malah, mereka meminta makanan pula dari Allah melalui Nabi Musa. Maka, Nabi Musa berdoa dan Allah mengakbulkannya. Dan ketika Nabi Musa menunjukkan satu tanah yang hijau dan subur kepada mereka dengan mengatakan bahawa tanah itu milik mereka tapi mereka hendaklah berjuang bersama baginda, mereka menolak untuk berjuang tetapi sekarang mereka mahu menuntut pula tanah palestin itu.

Salah mereka untuk menolak suruhan Nabi Musa dahulu dan mereka tidak berhak untuk memiliki Palestin sejak dahulu lagi.

Pupuk sensitiviti kita terhadap agama dan saudara-saudara seislam kita di Palestin.