Pages

Monday 27 October 2008

Exam posting : Dia tak pernah tinggalkanku !



Demi waktu pagi
Dan demi waktu malam yang sunyi sepi
Tiada sekali-kali TuhanMu meninggalkanmu
dan tiada pula Ia murkakanmu…

Berasa stress ? Tertekan ? Penat ? Longlai ? Atau sudah putus asa ? Sudah mahu berhenti?...
Ini waktunya, mengatur langkah. Time up; this is examination state !

Situasi 1: Masih banyak syllabus yang tak habis diulangkaji. Tolong ! Siapa nak buat discussion dengan saya? Siapa sudi jadi tutor tak formal saya?

Situasi 2 : Nota saya tak lengkap, saya mahu pinjam nota kawan saya..tapi dia nampak reluctant….. tapi nak pinjam jugak !

Situasi 3 : Saya mahu bersembang kerana stress, tapi kawan-kawan tak mahu melayan kerana sedang tekun study.

Situasi 4 : Saya lapar, tapi tak ada orang mahu keluar beli makanan atau memasak, sebab semuanya mahu study. Bila saya masak, semua orang serbu… saya terkulat-kulat…

Situasi 5 :Saya rasa tak tenang.. macam mana ni? Saya nak solat hajat, saya nak baca al-ma`thurat.. tapi tak habis lagi baca buku…

Situasi 6 : Saya stay up semalaman… saya mengantuk, tapi saya tetap bertahan. Tahajjud? Nanti dulu… Baca Qur`an? Tak masuk exam…..



Peperiksaan adalah ujian terbesar dalam hidup seorang pelajar di kampus; dan ujiannya bukan hanya pada peperiksaan di atas kertas itu sendiri, tapi juga seluruh ujian yang mengelilingi peperiksaan itu.

Anda rasa benar-benar stress?
Cuba bayangkan situasi ini….
Bayangkan…



Anda tinggal berdua dengan ibu anda di rumah. Anda anak kemanjaannya, dilimpahi kasih sayang dan penuh perhatian. Ibu tempat anda bersembang, tempat mengadu, tempat bermanja, tempat bergantung, tempat berlindung, segala-galanya bagi anda.
Tiba-tiba pada suatu hari, ibu anda tanpa sebab musabab, berhenti bercakap dengan anda. Ibu anda tidak mempedulikan anda. Anda kehairanan, tertanya-tanya.. anda bertanya, tapi ibu tidak menjawab. Anda merintih, memohon ampun maaf, tapi tidak dipedulikan…. Apa perasaan anda waktu itu?


Pastinya sangat-sangat sedih.. pasti berasa terumbang-ambing, hilang tali tempat bergantung.. anda jadi nanar, hilang arah….berhari-hari lamanya…
Hingga akhirnya, selepas 40 hari, ibu datang menghampiri anda, membelai lembut.. ‘Ibu tak pernah marahkan kamu. Ibu tak pernah tinggalkanmu…’



Apa agaknya perasaan anda? Pasti berhamburan air mata penuh kelegaan, kegembiraan, ketenangan… luka yang berdarah sembuh serta-merta.

Puisi pada permulaan entri, bukan karangan saya. Tapi ia puisi dari langit.



Allah mengutuskan firmannya, buat hambaNya Muhammad Sollalohu`alayhiwasallam. Pada suatu ketika, penurunan wahyu terputus dari langit selama 40 hari (atau lebih) . Rasululullah sollalohu`alayhiwasallam sangat hiba, baginda bersedih dalam kerinduan yang menyeksakan. Perasaan yang takkan terbayangkan oleh kita, kerana tak mungkin kita merasa cinta pada Allah yang sesungguhnya, sepertimana perasaan junjungan kita pada Allah Azzawajalla. Bayangkan, cinta baginda pada Dia, yang melebihi luasnya alam semesta, dan bayangkan kerinduan yang Baginda tanggung sepanjang tempoh 40 hari itu… Baginda menderita; setiap hari mendongakkan kepalanya ke langit, dalam penantian dan pengharapan. Lebih teruk lagi, kaum musrikin Mekah yang gembira dengan keadaan Rasulullah, setiap hari mengejek, mentertawakan baginda. “ Haha ! Tuhan mu sudah meninggalkan engkau. Padan mukamu.”

Ketika Rasulullah Sollalohu`alayhiwassalam menanggung sengsara kerinduan dan penghinaas masyarakat, turunlah firman Allah ini; umpama suatu hembusan kasih sayang, suatu sentuhan kasih mesra, tiupan bayu yang membawa rahmat, bisikan kasih, perdampingan yang mesra kepada sebuah jiwa yang lesu, fikiran yang gelabah dan hati yang menderita.



Allah `Azzawajalla bersumpah, dengan pagi yang terang mendamaikan jiwa, dan malam yang sepi dan bening; dua waktu yang lazimnya kondisi perasaan manusia amat jernih, amat sensitive, di mana manusia cenderung bermenung dalam pengamatan dan pemikiran. Sumpah Allah dengan dua waktu ini, menggambarkan kasih sayang dan rahmatNya yang halus, damai menenangkan, buat hambaNya yang tercari-cari dalam ‘desperation’ . Nah, apa perasaan kamu, dalam kesengsaraan yang amat sangat, tiba-tiba dipujuk lembut dengan utusan kasih sayang yang begitu mesra dan mendamaikan?


Apalah ujian peperiksaan itu dibandingkan dengan ujian yang ditanggung Nabi Allah ? apalah sebandingnya ujian yang kita sedang hadapi, dibandingkan dengan penderitaan ummat terdahulu, atau saudara kita di Timur Tengah … apapun ujiannya, jangan pernah hilang pergantungan padaNya..

Ambillah firman Allah ini, sebagai bujukan untukmu sayang…




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan namaAllah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
وَالضُّحَى {1
Demi waktu pagi

وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى {2
Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى {3
Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia murkakanmu

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى {4
Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى {5
Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti akan memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga engkau berpuas hati

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى {6

Bukankah Dia mendapatimu seorang yatim, ?lalu Dia melindungimu

وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى {7

Dan Dia mendapatimu dalam keadaan tiada pedoman lalu Dia memberikan petunjuk ?ukepadam

وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى {8

Dan Dia mendapatimu seorang yang kekurangan lalu Dia berikan kecukupan?

فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ {9
Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang

وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ {10
Dan terhadap orang yang meminta janganlah engkau mengherdiknya

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ {11
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau sebut-sebutkan (dengan rasa kesyukuran)

Surah Ad-Dhuha [93] –suratul Makkiyah
Rujukan : Tafsir Fi Zilail Quran [oleh Syed Qutb]

Saturday 25 October 2008

Ana Muslim ! Enta/Enti ?



Menyatakan ‘ana Muslim’ , bererti; saya mestilah benar-benar muslim keseluruhannya. Bukan separuh-separuh, bukan sedikit-sedikit. Saya bukan hanya muslim pada ibadah, kemudian bukan muslim dalam belajar/ bekerja. Saya tidak hanya menjadi muslim dalam amalan harian, tapi pada seluruh kehidupan saya keseluruhannya. Muslimkah saya;

Jika mengaplikasi Islam dalam solat, zakat, dan puasa, tapi tidak dalam akhlak, perlakuan dan pergaulan?
Muslimkah saya?
Jika dalam solat, saya mencari Allah.. tapi seusai solat, saya meninggalkan Dia.. [jumpa lagi dalam solat nanti! ]
Jika membaca Al-Quran dengan tilawah yang merdu, namun tak pernah kisah untuk mengambil intipatinya…
Jika sunnah itu, saya rasakan, ketinggalan zaman ?!

Oh muslim kah ana? Muslim kah anta? Muslim kah anti?

Saya adalah the ultimate muslim, yang meletakkan islam dalam seluruh cabang kehidupan, kerana :

صِبْغَةَ اللّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدونَ
Sibghoh Allah. Siapa yang lebih baik sibghohnya daripada Allah ?
[Al-Baqarah; 2: 138]

Agama itu sibghotullah ( celupan Allah ) ..

Pelik bila mengaitkan agama itu dengan mencelup? Tidak, Bahasa Al-Qur`an itu sangat cantik, dengan perumpamaan yang cukup berkias..

Mari kita bereksperimen ya, eksperimen yang cukup-cukup mudah.

Ambil sehelai kain putih bersih, dan celupkan ke dalam air bernila biru pekat.

Keputusannya : Automatiknya keseluruhan kain bertukar menjadi biru serta merta.

Itulah maksud celupan. Got my words? Agama itu adalah celupan, seperti molekul-molekul air yang meresap, menempati setiap ruang celah yang ada antara molekul kain. Tiada langsung ruangan kosong yang ditinggalkan. Kemudian, celupan itu mendominasi, mengubah sifat kain itu. Begitulah sepatutnya agama itu dalam diri kita; kepekatannya mencelup seluruh rongga hidup, memenuhi jiwa dan hati, mengalir dalam setiap salur darah, dalam setiap degup nadi. Menghasilkan, muslim bukan sekadar dalam amalan, bukan sekadar pada akhlak, bukan muslim hanya dalam pergaulan, tapi muslim, keseluruhannya !

Agama itu deen. Tapi deen itu maksudnya bukan agama ( terjemahan bagi perkataan ad-deen biasanya diertikan oleh orang melayu sebagai agama ) .

Agama = Deen
Deen = ~ agama ; ( ~ maksudnya `not` dalam bahasa verilog- programming)

Saya tidak menidakkan deen itu sebagai agama, tetapi maksudnya adalah lebih dari itu. Agama Islam yang murni, menghasilkan ad-deen; yakni cara hidup keseluruhannya, yang jitu lagi unggul.
Memiliki deen, maksudnya menerima agama dalam seluruh aspek kehidupan, dari bangunnya di waktu pagi hingga kembali memejam mata di waktu malam. Wollohua`lam bissawab…..

Konklusi : Mari memuslimkan diri; bukan muslim main-main, bukan partimer muslim, tapi the total, ultimate muslim !

Sunday 5 October 2008

takdir

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab(Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak meyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri” (Al-Hadid: 22-23)

Aku terbacakan ayat Allah dan harus aku kaitkan dengan maksud yang dapat aku fahami dari ayat ini. Aku bukanlah mahu menafsirkan kerana aku bukan ahli tafsir masakan bahasa arab aku pun masih lagi tercungap-cungap untuk dipelajari. Namun sepotong ayat ini mudah dan sangat amatlah straight forward untuk difahamkan oleh hamba-hamba Allah. Semoga Allah mudahkan bagi kita untuk mendalaminya lagi insyaAllah.

Terus terang aku katakana, setelah terbaca ayat ini, aku terus teringat, akan takdir kita yang telah ditentukan oleh Allat s.w.t. Allah telah terangkan dalam ayat ini, bahawa segala yang terjadi sama ada di atas muka bumi ini atau yang terjadi kepada diri kita sendiri adalah ketentuan Allah yang telah ditentukan sebelum wujudnya kejadian itu. Dan tujuannya?

“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap terhadap apa yang diberikanNya kepadamu.” (57:23)

Supaya kita tidak terlalu ‘down’ dgn kejadian yg kurang senang atau tidak terlalu ‘hepi’ dgn kejayan yg dimiliki. bukanlah dimaksudkan smpai kita tak boleh nak berasa apa2, cumanya kita perlu lah beringat2, segala yang terjadi itu adalah kerana Dia yang tentukan. Kita kaya sebab Allah yg bagi kita kaya. Kita lulus exam, sebab memag dah ditentukan bahawa kita akan lulus exam. Kita x dapat duit belanja untuk bulan ini, sbab Allah dah tentukan rezeki kita untuk bulan ini setakat yang kita dapat aje.

Semua ini kita patut ingat, agar kita tak buat dosa dan lupa pada pencipta kita. Ye lah, kan kalau kita Berjaya, mula la nak ada perasaan riak2 skit, takbur skit, bangga diri dan start nak perasan kita dapat A dalam exam sebab kita berdisiplin, rajin dan tekun dalam kerja kita.. TAK! Itu bukan sebab utama kenapa kita dapat. Dan kadang kadang, kalau kita rajin, tekun, disiplin… tapi keputusan exam tak berapa baik pun. Sebabnya? Sebab Allah dah tentukan rezeki kita! Sebab Dia nak bagi macam tu dan macam ni.. tiada sebab lain.

Saya tahu, kadang2 susah betul kita nak beringat2. terutama skali bila kita dapat benda2 baik dalam hidup ni. Senang betul nak lupa diri tapi time kita dapat benda2 buruk, time tu lah baru kita nak tersedar. Baru nak mintak tolong kat Allah supaya kuatkan hati ni agar dapat teruskan hidup. Time tulah baru nak lempar tikar sejadah. Time tu lah nak banyakkan bacaan al-quran. Sesungguhnya Allah itu Maha pemurah dan pengampun. Dan kita harusnya bersyukur apabila dilanda musibah sebab masa tu Allah nak bagi kita ingat kat Dia.

Jadi, sama2 lah kita muhasabah diri. Sama ada kita dilanda musibah mahupun dihujani dengan kebaikan atau kesenangan dunia, haruslah kita ingatkan Allah.

Kerana....

“Dan Allah tidak meyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri” (Al-Hadid: 23)

Wallahua’lam