Pages

Friday 25 July 2008

Bila Terkena Batang Hidung Sendiri

"Kak, tengok berita dengan surat khabar tak?" Tanya mak.
"Awat mak?"
"Yang kes ayah bunuh 2 anak sebelum bunuh diri tu."
"Awatnya?"
"Abang Shaari lah tu!"
"...?"
"Laki Kak Zah laaa!"
"La haulawala quwwataillabillahil 'aliyyil'aziiiiim.." Itu sahaja yang mampu terucap.
Bapa bunuh 2 anak sebelum ditemui mati
NIBONG TEBAL 23 Julai - Seorang pekerja kilang yang dipercayai kecewa dengan keretakan rumah tangganya bertindak membunuh dua anaknya berusia satu dan empat tahun, sebelum ditemui mati di sebuah rumah di Parit Kasa, di sini hari ini.
Dalam kejadian menyayat hati itu, mayat Shaari Hamid, 34, dijumpai tergantung pada alang bilik di rumah berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Berdekatan mayat Shaari ialah dua anaknya, Muhamad Shafril, 4, dan Nor Ameelia Shafiqah, 1, yang terbaring bersebelahan antara satu sama lain dalam keadaan mulut kedua-duanya berbuih.
Laporan bedah siasat mengesahkan kedua-dua kanak-kanak malang itu diracun oleh bapa mereka pada lewat malam tadi.
Utusan Malaysia difahamkan, polis turut menemui beberapa keping nota mengandungi luahan rasa kecewa Shaari mengenai masalah rumah tangganya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, mangsa dipercayai bertindak membunuh kedua-dua anaknya dengan memberikan racun yang dicampur pada makanan atau minuman.
"Dia baru berpisah dengan isterinya kira-kira enam bulan lalu dan sedang dalam proses perceraian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan, Shaari dan isteri, Norhanizah Ahmad, 27, tinggal secara berasingan sejak beberapa bulan lalu dan kedua-dua anak mereka duduk bersama ibunya di Kampung Titi Serong, Parit Buntar, Perak, dekat sini.
Keluarga terdekat mangsa memberitahu, Shaari mengambil kedua-dua anaknya dari rumah mertuanya kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Shafien berkata, kejadian tersebut disedari kakak Shaari yang datang ke rumah tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Kakak mangsa terkejut melihat Shaari tergantung dalam sebuah bilik rumah tersebut lalu keluar mendapatkan pertolongan," jelasnya.
Beliau menambah, pemeriksaan polis mendapati, ketiga-tiga mangsa mati kira-kira tujuh jam sebelum mayat mereka ditemui.
Shafien berkata, polis mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh dan membunuh diri iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau memberitahu, kesemua mayat dihantar ke Hospital Besar Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Norhanizah yang ditemui di bilik mayat hospital memberitahu, suaminya itu ada menghubunginya Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk mengambil kedua-dua anak mereka.
"Tetapi saya tidak beri kebenaran sebaliknya memintanya (Shaari) mengambil anak-anak pada hari Sabtu kerana saya mahu meluangkan masa dengan mereka," katanya yang bertugas di sebuah syarikat swasta di Perai, dekat sini.
Bagaimanapun katanya, tanpa pengetahuannya, Shaari mengambil Muhammad Shafril di rumah ibunya kira-kira pukul 11 pagi semalam sebelum mengambil pula Nor Ameelia Shafiqah yang dijaga oleh seorang pengasuh tidak jauh dari situ.
"Saya tidak tahu dia (Shaari) ada mengambil anak-anak dan hanya diberitahu ibu saya dan pengasuh berkenaan, tidak sangka pula dia buat begini," katanya yang sebak.

--------------------------------------------------------------------------------
RASA bersalah, berdosa, takut, sedih...., entah. Mixing feeling. Sudah terkena batang hidung sendiri, terjadi di kalangan kenalan sendiri, baru terasa nak menggelabah. Sebelum ini, banyak kes seperti ini yang berlaku tapi kerap kali aku bermalas-malasan nak ambil tahu. Amar ma'ruf nahi mungkar diabaikan. Tiada perasaan untuk memberi kefahaman agama. Berdosalah aku.
Kes itu, panjang ceritanya. Tidak pula aku sangka sampai begini jadinya kisah ini. Namun, apalah yang nak dilihatkankan dengan apa yang dah berlaku. Bukan penting untuk menilai siapa yang salah. Yang penting, apa yang kita sudah lakukan. Masyarakat jadi begini? Salah siapa? Muhasabah.

Di mana kita? Kita yang FAHAM?
Di mana aku...? Apakah akan dituntut di hari sana.. Na'uzubillah.
Wahai rijal wannisa', marilah. Jangan hanya tunggu sampai terkena batang hidung sendiri nanti baru nak terjaga.
------------------------------------------------------------------------------

"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang sempurna, Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu), Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis, Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan..."
(An-Najm: 39-44)

Tuesday 22 July 2008

Kembara Ilmu

Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Diselam tak jejak ke dasar
Ditimba tak luak setitis

Kembara misi lembah nurani
Menakung titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi
Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang
Jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun

Noda di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah di dalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman
Akhirnya karam dalam kegagalan
-Mohd Suhaimi-
-Kias Cinta-

Tuesday 15 July 2008

menilai cinta

Opick : Bila waktu telah berakhir

bagaimanakah merasa bangga, akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkanmu
bagaimanakah bila saatnya waktu terhenti tak kau sedari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali mengulangkan masa lalu

wahai hati, kenapa kau degil ? selalu memberontak, dan suka menipu, bila ternyata yang benar itu di depan mata?

dalam bual-bual kosong kami, acap kali saudari farah membuka bicara perihal mati. macammana ya bila mati? sakaratulmaut yang maha azab bagai ditusuk beratus-ratus pedang, tidak dapat tidak, akan ditempuh setiap yang bernyawa. dibungkus kafan putih, walau di dunia melaram dengan kain berwarna-warni. ditanam dalam sesempit-sempit lahad, walau di dunia selesa di bilik yang luas. kulit meluruh, meninggalkan daging busuk sebagai santapan ulat dan cacing. yang tertinggal akhirnya, tulang dan gigi. ataukah, tulang dan gigi juga akan terbiodegradasi ditelan masa ? saya tak tahu, biotechnologist sila jawab.

seorang sahabah yang dicintai, beberapa bulan lalu kematian bondanya yang tercinta. saya tak tahu macammana dia menghadapinya. dan saya benar-benar tak tahu. dia yang jauh di bumi anbiya' , bahkan tidak pulang untuk pengebumian, kerana jarak beribu batu, dan dia sedang exam tika itu. lewat mesej-mesej dengannya, saya tumpang bersedih. jahilnya saya, mesej saya mungkin membuatnya lebih sedih, walau sepatutnya saya memberi kata semangat buatnya. namun saya tak mampu,sebab berat mata memandang, jauh lebih berat bahu yang memikul.
dan akhirnya, dia pula yang terpaksa menasihatkan saya. pesannya :

Teguhkanlah iman dalam diri, moga dikau akan merasai betapa indah nikmat Ilahi, dan yakin kau akan dirahmati. harus kau percaya dengan pasti, dunia tidak kekal abadi, hanya menguji cekalnya, sebagai khalifah yangsejati. InsyaAllah, cinta Allah penawar hati.

MasyaAllah, saya menggigit jari, malu sendiri.
setiap qadarNya pasti ada hikmah di sebaliknya. mungkin bagi dia, hikmahnya dia menjumpai cinta yang hakiki, benar-benar mengerti apa itu maksud cinta Ilahi. sebab Allah tak pernah menjanjikan kenikmatan dan kesenangan sepanjang usia buat mereka yang dikasihiNya. tapi Dia menjanjikan kekuatan dan ketenangan bagi hambaNya yang diuji, bila kita mengingati dan mendekatiNya.

mengukur cinta kita, saya ingin ceritakan kisah Abdullah bin Jahsy, seorang sahabat Rasulullah sollalohu`alayhiwasallam. pada waktu perang Uhud, beliau berdoa :
YaAllah, hari ini aku memohon agar bisa berhadapan dengan seorang lelaki kafir yang kuat, dia berusaha membunuhku dan akupun berusaha membunuhnya. aku tidak ingin mati dengan tangan hampa. akan tetapi aku ingin membunuh dua orang dari mereka terlebih dahulu. lalu aku diberi kesempatan berhadapan dengan seorang lelaki kafir yang sangat kuat. dia berusaha membunuhku dan aku berusaha membunuhnya,lalu dia berhasil membunuhku. dan, inipun belum cukup, kerana nikmatMu yang Engkau berikan kepada ku Ya Rabb sungguh banyak. aku tidak hanya ingin mati, tetapi aku ingin mati dibunuh, perutku dibelah, telingaku dipotong dan hidungku dihiris. kemudian aku ingin menghadp kepadaMu dengan keadaan seperti itu kelak di hari kiamat. lalu Engkau bertanya kepadaku, "Kenapa itu terjadi padamu, wahai Abdullah ?" Maka aku menjawab, "Ini semua demi Engkau Ya Rabb!" kemudian Engkau mengatakan, "Kamu benar."

usai perang Uhud, rasulullah sollalohu`alayhiwasallam dan para sahabat memeriksa para korban, dan Muaz bin Jabal menemukan Abdullah bin Jahsy gugur sebagai syahid dalam keadaan perutnya terbelah seperti yang diharapkannya. ternyata, cinta Abdullah bin Jahsy tidak bertepuk sebelah tangan. Muaz segera melaporkan pada baginda rasululullah sollalohu`alayhiwasallam, "Ya Rasululullah, saya mendapatinya dengan perut terbelah, telinga terpotong dan hidung terhiris. di sampingnya ada dua orang kafir yang terbunuh."

ukurlah sendiri cinta anda pada Ar-Rahim.

buat sahabat-sahabat yang dikasihi, saya ingin dedikasikan sebuah lagu yang amat menyentuh hati buat anda. 'Cukup bagiku' ,juga nyanyian Opick. lagu ini benar-benar menyentuh hati saya, dan harapnya hati anda juga.

http://www.4shared.com/get/30669533/4f8b1c33/Opick_-_Cukup_Bagiku_Feat_Gito_Rollis.html;jsessionid=B563D49F2630C71F59BDC15A10F5C284.dc49

anda boleh download lagu di laman web ni. maaf tak reti nak bagi link file, jadi anda downloadla sendiri.

dan buat saudari aunaz fifteena yang amat disayangi, atas jihadmu, saya dedikasikan entry 'ghuroba` ' buat saudari. tabahlah. dan hadiah buatmu:

hasbunalloh wa ni`malwakeel

Monday 14 July 2008

IKHLAS

"Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama."

(Az-Zumar: 11)

"Iblis menjawab, "Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan
mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka.""
(Sad: 82-83)

Ikhlas. Apa keistimewaan ikhlas sehinggakan orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan dan kebaikan dunia akhirat? Perkataan ikhlas selalunya digunakan ketika kita sedang memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta kepada penerimanya. Tanpa kita sedar, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Sejauh mana tahap keihklasan kita -apakah niat kita yang baik pada mulanya semata-mata mendapat keredhaan Allah tapi kemudiannya dipengaruhi syaitan supaya riak itu juga dikira tidak ikhlas? Bagaimana tahap ikhlas?

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi?" Nabi menjawab, " Tidak ada apa-apa." Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

"Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan
dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah." (HR An-Nasa'i)
Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah. Apakah anda muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya? Pernahkah anda gembira jika anda dipuji orang-orang tua apabila anda ke masjid?

Na'uzubillah.

Lantas, oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan apa niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam. Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang cakap pandai. Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.

Bila anda mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah kerana riyak hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah.
"Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." (Al-Ikhlas: 4)
Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia? Na'uzubillah.

Anda selalu solat di masjid namun lama-kelamaan ia semakin pudar dengan riyak dalam hati. Rugilah anda. Bukanlah solat di masjid itu menimbulkan riyak. Cuma kita perlu berhati-hati antara ikhlas, teladan kepada orang lain atau riyak.

Ya Allah, apakah amalanku yang selama ini kuanggap ikhlas kerana-Mu telah dikaburi riyak..

Ya Allah, jauhkanlah aku yang syirik yang nyata dan yang tidak nyata...

Rasulullah s.a.w bersabda, "Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn." Mereka bertanya, "Apakah itu, wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab, "Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali." Mereka bertanya, "Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah?" Jawab Nabi, "Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka." (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Na'uzubillah. Betapa bahayanya riyak ke atas diri kita. Halus dan tidak nyata tapi mengubah keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan.

Manusia mengadili hanya dengan deria mereka. Namun, amal semua manusia hanya Allah yang mengetahui.

Mungkin, orang yang menangis ketika beribadah di khalayak ramai itu lebih ikhlas daripada orang yang beribadah di dalam bilik seorang diri (yang riyak).

Bersama-sama renungkan.
Sumber rujukan: "Menggapai Surga dengan hati", Amr Khalid.

Thursday 3 July 2008

demam bola


sambil melayari laman friendster, ter"rajin" pula nak klik buletin seorang sahabat satu batch dr sekolah lama...
kenapa ntah, xtahu.. saja gatal nak baca walaupun tajuk nye aje dah tau yang ianya berkisar tentang sesuatu yg tak penting, tak berfaedah malah boleh dikategorikan jahiliyah..

tajuknya berkisar tentang bola.. dan si polan ini, meluahkan perasaan geramnya setelah spain berjaya merangkul pingat juara utk liga euro baru2 ini.. dalam buletin tu, byk la pulak si mamat tu menyumpah2 pemain2 spain dgn bahasa yg kurg enak dibaca..

*sigh*
sedih... hiba...
seorang saudara se islam..
mengeluh2 tentang perkara2 yg tak penting ini..
pemain2 spain yg dikutuk nya tu dah la tak kenal pun mamat ni. kisah apa tuan punya badan tu kalau dia tahu ada orang tak puas hati dengan kemenangannya. dah menang pun, piala dah dibawa pulang. tak ada gunanya lagi nak berhempas pulas menghabiskan tenaga nak membebel2 tak puas hati.

tapi ye lah, setakat sedih saja.. adakah itu yg sepatutnya kita rasa. kita patut rasa malu dan leih sedih lagi jika kita tidak mampu buat orang2 ini berfikir dan berusaha sedaya upaya sehingga orang seperti ini bertukar hala tuju nya secara total..
ya itu yang sepatutnya kita rasa.. fikirlah.. tepuk dada tanya iman...

Tuesday 1 July 2008

The Amazing Phenomenon of Azaan

Azaan: The Amazing Phenomenon Amazing as it sounds, but fortunately for the Muslims of the world, it is an established fact. Have a look at a map of the world and you will find Indonesia on the eastern side of the earth. The major cities of Indonesia are Java, Sumatra, Borneo and Saibil.

As soon as dawn breaks on the eastern side of Saibil, at approximately 5:30 am local time, Fajar (Subuh) Azaan begins.

Thousands of Muazzins in Indonesia begin reciting the Azaan. The process advances towards West Indonesia. One and a half hours after the Azaan has been completed in Saibil, it echoes in Jakarta. Sumatra then follows suit and before this auspicious process of calling Azaan ends in Indonesia, it has already begun in Malaysia.

Burma is next in line, and within an hour of its beginning in Jakarta, it reaches Dakka, the capital city of Bangladesh. After Bangladesh, it has already prevailed in western India, from Calcutta to Srinagar. It then advances towards Bombay and the environment of entire India resounds with this proclamation. Srinagar and Sialkot (a city in north Pakistan) have the same timing for Azaan.


The time difference between Sialkot, Quetta, and Karachi is forty minutes, and within this time, Fajar Azaan is heard through out Pakistan. Before it ends there, it has already begun in Afghanistan and Muscat. The time difference between Muscat and Baghdad is one hour. Azaan resounds during this one hour in the environments of Hijaaz-e-Muqaddas (Holy cities of Makkah and Madinah), Yemen, United Arab Emirates, Kuwait and Iraq.!

The time difference between Baghdad and Alexandria in Egypt is again one hour. Azaan continues to resound in Syria, Egypt, Somalia and Sudan during this hour. The time difference between eastern and western Turkey is one and a half hours, and during this time it is echoed with the call to prayer. Alexandria and Tripoli (capital of Libya) are located at one hour's difference. The process of calling Azaan thus continues throughout the whole of Africa.

Therefore, the proclamation of the Tawheed and Risaalat that had begun in Indonesia reaches the Eastern Shore of the Atlantic Ocean after nine and half hours. Prior to the Azaan reaching the shores of the Atlantic, the process of Zohor Azaan has already started in east Indonesia, and before it reaches Dakka, Asar Azaan has started.

This has hardly reached Jakarta one and half hours later, the time of Maghrib becomes due, and no sooner has Maghrib time reached Sumatra, the time for calling Ishak Azaan has commenced in Saibil! When the Muazzins of Indonesia are calling out Fajar Azaan, the African Muazzins are calling the Azaan for Isha.

If we were to ponder over this phenomenon thoughtfully, we would conclude the amazing fact that there is not even a single moment when hundreds of thousands of Muazzins around the world are not reciting the Azaan on the surface of this earth. The Azaan is keep goin on and on. Non-stop! Even as you read this material right now, you can be sure there are at least thousands of people who are hearing and reciting the Azaan!!!

Allah said, "If you are ashamed of me, I will be ashamed of you."

"Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and My Savior. Allah keeps me going day and night. Without Allah, I am no one. But with Allah, I can do! everything. Allah is my strength."


www.iluvislam.com