Pages

Sunday 23 March 2008

siapa aku? siapa hatiku?

Saya teringat kembali pengenalan pertama saya kepada Grup Pengkaji Tamadun Dunia (gptd) yang diadakan baru-baru ini oleh SUCI Society. Saya tertarik dengan gptd, sebabnya mereka ini gerakan islam dan aktiviti-aktiviti mereka, masyaAllah mengagumkan berbanding umat islam lain yang hanya bergoyang kaki saja di rumah macam saya. Sepanjang perjumpaan itu, hati saya betul-betul cemburu dengan mereka kerana mereka berusaha menjalankan tanggungjawab mereka sebagai orang-orang islam. Saya? Masih lagi menggoyang kaki.

Kemudian, tatkala saya sedang menyisihkan hati ke arah bayangan dan pemikiran sendiri, tiba-tiba terdengar soalan diajukan, "SIAPA SAYA?"

Siapa saya? Mana satu jawapannya? Siapa saya?
Saya sudah mula keliru. Apa jawapan yang harus saya berikan? Seorang manusia, seorang pelajar, seorang islam, seorang Melayu atau hanya seorang Auni? Saya mengucap dua kalimah syahadah dulu-saya islam. Saya lahir dari ibu yang Melayu -saya melayu. Saya masuk universiti -saya pelajar. Nama saya Auni -maka saya Auni. Mana satu ni??

"Saya seorang hamba Allah yang dihidupkan di atas muka bumi untuk beribadat kepada-Nya serta menjadi khalifah di muka bumi sebagaimana yang tertulis di dalam Al-Quran..."

Telan air liur. Tipulah kau, Auni! Setakat baca skima jawapan saja buat apa. Ibadat entah ke mana. Khalifah? Aku gelakkan kebodohan kau. Apa yang kau dah buat sebagai khalifah? Apa? Apa! Cakap tak serupa bikin. Di suatu sudut, hati saya mentertawakan saya.

Saya berdoa-doa agar akhi di depan tidak terus bertanya pada saya. Tentang apa yang saya dah buat sebagai khalifah. Terketar-ketar....
Lawaknya, takutkan manusia berbanding Allah. Sedangkan Allah lah yang Maha Mengetahui segala apa yang ada di hadapan, belakang, dan apa yang berada di dalam hati manusia.

Saya terfikir lagi, apa posisi saya sekarang sebagai seorang islam? Sedangkan saya tidak takut padaNya, malah tidak menjalankan tugas sebagai khalifah-Nya. Saya telah mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang manusia yang diciptakan Allah. Islam itu bermaksud tunduk, patuh dan berserah diri kepada Allah. Maka, masih layakkah saya digelar islam kalau saya tidak tunduk pada perintah Allah? Jadi, saya ini hanyalah Islam pada mata manusia dan kad pengenalan, bukan pada mata Allah? Ya Allah....

Apa itu 'khalifah'?
Khalifah itu bermaksud pengganti. Manusia bertindak sebagai khalifah Allah, pengganti Allah di atas muka bumi untuk menyampaikan agama dan pegangan hidup yang benar ini. Namun, mengapa Allah memerlukan pertolongan manusia sedangkan Allah itu Maha Berkuasa?? Sebenarnya, tujuan Allah ialah ingin membantu kita supaya dapat masuk syurga. Dengan jihad kita pada islam, serta usaha-usaha yang kita lakukan, Allah akan menilai semuanya. Sila rujuk As-Saff, 61:10-14. Teliti maksud 'perdagangan' dan 'penolong-penolong agama Allah'. Terbukti bukan?

Kita bukan sekadar beribadat bersungguh-sungguh (solat malam, puasa, sedekah, zakat dll) Kemudian kita duduk berpeluk tubuh dengan perasaan lega dan tidur dengan lena. Tidak, ada tugas yang masih belum selesai selagimana tiada usaha menyebarkan syahadah ke seluruh alam. Wajib! -tiada pilihan kedua atau beroleh azab.

Berbalik kepada tanggungjawab yang bakal dituntut di akhirat, hati mula menggeletar....


link to gptd's: http://gptd-spain.blogspot.com