Pages

Saturday 8 September 2007

zina dan keturunan

Santapan Jiwa: Mengahwini Wanita Hamil

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant
luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu
kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda
disini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak
bolehmengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan
itu tidak sah.


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada
anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim
(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan
yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu
sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernika
h.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga
tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian
tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak
sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


source:
forwarded email
ahmad -> mohd nasir -> azmi salleh -> mohamad lokman -> rohaya ramli -> saleh hashim -> aziah othman -> yati azmi -> auni

mengulas,
Kita sering mendengar sabda Rasulullah tentang bahagian-bahagian yang diambil kira untuk mencari isteri.
kecantikannya, keturunannya, kekayaannya, agamanya...

Ramai yang sering tertanya-tanya, bagaimana keturunan seseorang perempuan boleh mempengaruhi amal ibadahnya dan kehidupannya?

Apabila seorang perempuan melahirkan anak perempuan luar nikah, anaknya itu adalah bukan mahram dengan bapanya sendiri walaupun ibunya telah berkahwin dengan bapa kandungnya. Namun fenomena sekarang, ramai yang bersegera berkahwin semasa mengandungkan anak luar nikah dan menganggap hubungan bapa dan anak adalah mahram. Maka, telah banyak berlakunya dosa tanpa di sedari seperti hal aurat, harta dan sebagainya.

Begitu juga hal mewalikan perkahwinan, si bapa tidak boleh mewalikan anak luar nikahnya walaupun setelah berkahwin dengan ibu anak kandungnya itu. Fenomena sekarang, si bapa mewalikan anak luar nikahnya maka perkahwinan anaknya itu tidak sah dan anaknya hidup dalam penzinaan dengan orang yang dianggap suami sehingga melahirkan lagi anak luar nikah dan semakin rosaklah keturunan sampailah ke anak cucu.

Bagi wanita yang dirogol dan mengandungkan anak luar nikah serta berkahwin dengan lelaki yang bukan bapa kandung si anak, tidak mustahil si anak akan berkahwin dengan ayah kandungnya suatu hari nanti. Maka rosaklah seluruh keturunan yang lahir selepas itu. Dalam bahasa arab, tiada perkataan spesifik bagi 'rogol' tetapi ia disebut sebagai 'zina dengan paksaan'. Pertalian suami isteri sesama bapa dan anak perempuannya juga akan melahirkan genetik yang rosak. Sedangkan Rasulullah pun tidak menggalakkan perkahwinan sesama sepupu. Begitu juga tidak mustahil seorang anak luar nikah itu berkahwin dengan abang atau kakaknya sendiri (sebapa secara genetik).

Maka, sangatlah terbukti bahawa keturunan seseorang itu boleh rosak binasa dengan penzinaan. Maka, umat islam sekarang perlulah berhati-hati dalam meniti arus kehidupan supaya jauh dari zina.

2 comments:

alFaisal said...

Saya ada juga menjelaskan pandangan lain berkaitan artikel soal jawab diatas. Boleh lihat di

http://www.smartgeneration.com.my/forum/viewtopic.php?t=11122

salam :)

alFaisal said...

ralat: viewtopic.php?t=11122