Pages

Monday 25 February 2008

iman perlu diajar

"Mari kita duduk dan beriman sejenak." -Muaz bin Jabal-

Adakah kita faham akan kata-kata Muaz ini? Beliau menujukan ayat ini kepada sahabat-sahabat yang lain, yang juga beriman dan beramal soleh sepertinya. Apakah maksud beliau?
Bukanlah beliau bermaksud mengatakan bahawa sahabatnya yang ditujukan ayat itu tidak beriman. Sebenarnya, melalui ayat ini kita dapat mengetahui bahawa iman itu perlu diajar dalam diri setiap manusia. Sebagaimana iman itu terlaksana; dengan hati, dengan lidah dan dengan perbuatan iaitu dengan melaksanakan perintah Allah. Kita perlu tahu bahawa manusia itu adalah makhluk yang pelupa secara fitrahnya. Maka, kita sendiri perlu ingat-mengingatkan diri sendiri dan di antara satu sama lain supaya beriman kepada Allah dan kadang-kadang, kita perlu berusaha untuk menangis sebagai tanda bertaubat kepada Allah. Ramai di antara kita yang mentertawakan diri sendiri dengan mengatakan bahawa berusaha untuk menangis itu seolah-olah menipu diri sendiri, berlakon, dan taubat tidak ikhlas. Namun, tahukah mereka bahawa proses memaksa diri menangis di hadapan Allah juga adalah suatu keikhlasan? Maksudnya, kita betul-betul berusaha untuk beriman dan sedang belajar untuk beriman.

Berapa lama kita 'duduk dan beriman' dalam masa sehari?

"Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui." (2:151)

No comments: