Pages

Saturday 20 September 2008

Hira'

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian!
Ya aiyuhallazi na amanu!
Wahai orang-orang yang beriman!
Sudahkah kamu mengingati Tuhanmu? Sudahkah kamu teliti kalimah Tuhanmu, Al-Furqan?

Jika belum, saya ingin menyeru kamu semua. Tinggalkanlah kerja-kerja duniawi sebentar! Tutup lagu-lagu yang bingit di telingamu sebentar! Log off laman web duniawimu itu sebentar! Letak tepi assignmentmu sebentar! And tell your handphone to shut up for a while!

Shut up dunia! Shut up dunia! Shut up dunia!

Allah sedang menyerumu! Al-Furqan sedang memanggilmu! Mengapa engkau tidak menyahut??

"Ah! Mereka ini semua hanya berbicara hal agama! Solatlah, Zikirlah, Al-Quranlah, bebel! Itu bisa diberes kemudian. Aku malas!!" bisik hawa nafsu.

"Aku mahu sangat untuk datang tapi maaf ya, aku punya assignment penting!"
"Aku sudah plan untuk join tapi tiba-tiba ngantuk pula ni! Penatnya. Huaaaarrghh!"
"Ceramah? Sorry sangat-sangat. Aku sudah janji nak keluar dengan kawan lama!"
"Maaf, aku mahu teman kawanku. Sudah janji."
"Hmm (5 saat).... Tengoklah dulu. Kalau tak ada hal, aku pergilah kot. Tapi tak janjilah."

Kamu berat bila diajak kepada Allah! Kamu beralasan kepada manusia yang mengajakmu kepada Allah! Wahai golongan yang berat hatinya!! Beralasanlah kamu kepada manusia dengan seribu jenis ayat!! Tapi ingatlah yang Allah telah nyatakan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Qaf :16)

Allah Maha Mengetahui segala isi hatimu, wahai manusia! Allah mengetahui apa balasmu bila Dia menyerumu! Juga ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya), yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat). (Qaf :17-18)

Shut up dunia! Shut up dunia!

Wahai insan pelupa Tuhannya!
Pejamkan matamu sebentar untuk mengingati Penciptamu! Yang Memperelokkan rupa parasmu! Yang Maha Teliti akan perbuatan dan perkataanmu! Yang Maha Mengetahui segala isi hatimu! Yang Maha Pengampun akan dosa-dosa dan kelalaianmu terhadap-Nya! Ingatlah kepada Yang Maha Penyayang kepadamu! Melebihi cinta dunia!

Bangunlah orang yang berselimut! Qum! Bangun! Bangunlah dari berkemul!! Bangunlah mengingat Tuhanmu. Duduklah dan beriman sejenak! Titipkanlah walau satu kalimah Al-Furqan ke hatimu pada saat ini.

Allah sedang memerhatikanmu!

Sungguh! Sekarang Allah sedang memerhatikanmu!

Juga Raqib dan 'Atid!

Juga segala makhluk Allah baik dinding, katil, meja, baju, hatta buku yang kau sedang hadap itu pun sedang bertasbih memuji Allah.

Wahai manusia berakal! Hinakah kamu daripada meja, katil, kasut? Mereka tidak punya akal tapi mereka makhluk yang bersyukur. Wahai manusia, hinakah kamu?

Tadabburlah wahai ahli lupa! Bertasbihlah mengingati Tuhanmu!

No comments: