Pages

Monday 27 October 2008

Exam posting : Dia tak pernah tinggalkanku !



Demi waktu pagi
Dan demi waktu malam yang sunyi sepi
Tiada sekali-kali TuhanMu meninggalkanmu
dan tiada pula Ia murkakanmu…

Berasa stress ? Tertekan ? Penat ? Longlai ? Atau sudah putus asa ? Sudah mahu berhenti?...
Ini waktunya, mengatur langkah. Time up; this is examination state !

Situasi 1: Masih banyak syllabus yang tak habis diulangkaji. Tolong ! Siapa nak buat discussion dengan saya? Siapa sudi jadi tutor tak formal saya?

Situasi 2 : Nota saya tak lengkap, saya mahu pinjam nota kawan saya..tapi dia nampak reluctant….. tapi nak pinjam jugak !

Situasi 3 : Saya mahu bersembang kerana stress, tapi kawan-kawan tak mahu melayan kerana sedang tekun study.

Situasi 4 : Saya lapar, tapi tak ada orang mahu keluar beli makanan atau memasak, sebab semuanya mahu study. Bila saya masak, semua orang serbu… saya terkulat-kulat…

Situasi 5 :Saya rasa tak tenang.. macam mana ni? Saya nak solat hajat, saya nak baca al-ma`thurat.. tapi tak habis lagi baca buku…

Situasi 6 : Saya stay up semalaman… saya mengantuk, tapi saya tetap bertahan. Tahajjud? Nanti dulu… Baca Qur`an? Tak masuk exam…..



Peperiksaan adalah ujian terbesar dalam hidup seorang pelajar di kampus; dan ujiannya bukan hanya pada peperiksaan di atas kertas itu sendiri, tapi juga seluruh ujian yang mengelilingi peperiksaan itu.

Anda rasa benar-benar stress?
Cuba bayangkan situasi ini….
Bayangkan…



Anda tinggal berdua dengan ibu anda di rumah. Anda anak kemanjaannya, dilimpahi kasih sayang dan penuh perhatian. Ibu tempat anda bersembang, tempat mengadu, tempat bermanja, tempat bergantung, tempat berlindung, segala-galanya bagi anda.
Tiba-tiba pada suatu hari, ibu anda tanpa sebab musabab, berhenti bercakap dengan anda. Ibu anda tidak mempedulikan anda. Anda kehairanan, tertanya-tanya.. anda bertanya, tapi ibu tidak menjawab. Anda merintih, memohon ampun maaf, tapi tidak dipedulikan…. Apa perasaan anda waktu itu?


Pastinya sangat-sangat sedih.. pasti berasa terumbang-ambing, hilang tali tempat bergantung.. anda jadi nanar, hilang arah….berhari-hari lamanya…
Hingga akhirnya, selepas 40 hari, ibu datang menghampiri anda, membelai lembut.. ‘Ibu tak pernah marahkan kamu. Ibu tak pernah tinggalkanmu…’



Apa agaknya perasaan anda? Pasti berhamburan air mata penuh kelegaan, kegembiraan, ketenangan… luka yang berdarah sembuh serta-merta.

Puisi pada permulaan entri, bukan karangan saya. Tapi ia puisi dari langit.



Allah mengutuskan firmannya, buat hambaNya Muhammad Sollalohu`alayhiwasallam. Pada suatu ketika, penurunan wahyu terputus dari langit selama 40 hari (atau lebih) . Rasululullah sollalohu`alayhiwasallam sangat hiba, baginda bersedih dalam kerinduan yang menyeksakan. Perasaan yang takkan terbayangkan oleh kita, kerana tak mungkin kita merasa cinta pada Allah yang sesungguhnya, sepertimana perasaan junjungan kita pada Allah Azzawajalla. Bayangkan, cinta baginda pada Dia, yang melebihi luasnya alam semesta, dan bayangkan kerinduan yang Baginda tanggung sepanjang tempoh 40 hari itu… Baginda menderita; setiap hari mendongakkan kepalanya ke langit, dalam penantian dan pengharapan. Lebih teruk lagi, kaum musrikin Mekah yang gembira dengan keadaan Rasulullah, setiap hari mengejek, mentertawakan baginda. “ Haha ! Tuhan mu sudah meninggalkan engkau. Padan mukamu.”

Ketika Rasulullah Sollalohu`alayhiwassalam menanggung sengsara kerinduan dan penghinaas masyarakat, turunlah firman Allah ini; umpama suatu hembusan kasih sayang, suatu sentuhan kasih mesra, tiupan bayu yang membawa rahmat, bisikan kasih, perdampingan yang mesra kepada sebuah jiwa yang lesu, fikiran yang gelabah dan hati yang menderita.



Allah `Azzawajalla bersumpah, dengan pagi yang terang mendamaikan jiwa, dan malam yang sepi dan bening; dua waktu yang lazimnya kondisi perasaan manusia amat jernih, amat sensitive, di mana manusia cenderung bermenung dalam pengamatan dan pemikiran. Sumpah Allah dengan dua waktu ini, menggambarkan kasih sayang dan rahmatNya yang halus, damai menenangkan, buat hambaNya yang tercari-cari dalam ‘desperation’ . Nah, apa perasaan kamu, dalam kesengsaraan yang amat sangat, tiba-tiba dipujuk lembut dengan utusan kasih sayang yang begitu mesra dan mendamaikan?


Apalah ujian peperiksaan itu dibandingkan dengan ujian yang ditanggung Nabi Allah ? apalah sebandingnya ujian yang kita sedang hadapi, dibandingkan dengan penderitaan ummat terdahulu, atau saudara kita di Timur Tengah … apapun ujiannya, jangan pernah hilang pergantungan padaNya..

Ambillah firman Allah ini, sebagai bujukan untukmu sayang…




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan namaAllah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
وَالضُّحَى {1
Demi waktu pagi

وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى {2
Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى {3
Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia murkakanmu

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى {4
Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى {5
Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti akan memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga engkau berpuas hati

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى {6

Bukankah Dia mendapatimu seorang yatim, ?lalu Dia melindungimu

وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى {7

Dan Dia mendapatimu dalam keadaan tiada pedoman lalu Dia memberikan petunjuk ?ukepadam

وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى {8

Dan Dia mendapatimu seorang yang kekurangan lalu Dia berikan kecukupan?

فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ {9
Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang

وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ {10
Dan terhadap orang yang meminta janganlah engkau mengherdiknya

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ {11
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau sebut-sebutkan (dengan rasa kesyukuran)

Surah Ad-Dhuha [93] –suratul Makkiyah
Rujukan : Tafsir Fi Zilail Quran [oleh Syed Qutb]

2 comments:

Anonymous said...

Hello,
I apologise, but, in my opinion, you are mistaken. Let's discuss it. Write to me in PM.

Sweet site, I hadn't noticed www.blogger.com before in my
searches!

I invte you to my homepage, hew down pacific to corroboration my blogrbpl [url=http://www.radiobielsko.pl]nieruchomosci bielsko[/url]

Anonymous said...

## Message ##