Pages

Sunday, 23 January 2011

Sedikit perkongsian buku 'Travelog Dakwah, meniti hari esok'

Buku ini cantik

Prof. Dr. Haji Mohd Kamil Ibrahim menulis di dalam buku bestsellernya ini:

‘Saya bertekad mahu sembahyang berjemaah di masjid pada setiap waktu, berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis, bersembahyang malam pada waktu sepertiga malam yang masih tersisa dan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai sehari beserta dengan terjemahannya sekali.’

Saya tersentuh dengan ayat beliau yang selanjutnya :

‘Ia misi ringkas dan sesuai dengan keperluan asas sebagai seorang Islam.’

Dalam buku ini, beliau yang menemui turning point dalam kehidupan setelah mengerjakan ibadah haji menulis mengenai mendakwah dan mentarbiyah diri sendiri dan bagaimana dakwah dan tarbiyah itu dapat tersebar kepada orang lain.

Saya orang yang sangat berorientasi hati. Misalnya ada perkara yang rasionalnya tidak patut dilakukan, tetapi oleh kerana hati tidak damai selagi tidak melakukannya, maka saya akan buat dengan tawakal kepada Allah dan insyaAllah tanpa penyesalan sesudahnya. (Mengenai perkara yang tidak melanggar syarak biiznillah).

Bagaimanapun ini juga kelemahan yang besar, kerana banyak perkara rasional yang sukar untuk saya ambil kerana hati tidak dapat cenderung ke arahnya. Dalam hal ibadah, sangat susah untuk menempatkan hati di tempat sepatutnya. Seperti keperluan solat berjemaah, sedangkan hati mahu solat sendiri untuk lebih menghayati ibadah.

Ada masanya muncul di fikiran, kita solat dan solat sehingga mati, seperti tidak ada kesudahan. Contoh perasaan ini seperti kita sedang melakukan perkara yang bermanfaat pada firasat kita (seperti belajar), lalu dipanggil ibu untuk melayani tetamu, dengan perasaan - hurm.. asyik kena buat air (perkara yang kurang manfaatnya pada pandangan kita, sedangkan perkara ini suatu keperluan yang baik).

Tulisan beliau ini melembutkan hati saya untuk lebih sedar akan fitrah penciptaan kita oleh Allah Azzawajalla. Bukan senang untuk menyempurnakan tekad yang disebutkan beliau dalam ayat di atas (seperti untuk solat berjemaah di awal waktu pada setiap waktu solat), tetapi oleh sebab ada perkara yang telah diaturkan Tuhan sebagai fitrah kita, maka hati perlu diletak di tepi untuk seketika. Dan InsyaAllah, pada akhiran susah-payah menjalankan ibadah, di situ letaknya ketenteraman hati yang sebenar, yang dicari-cari oleh ramai manusia. Dan di situ juga letaknya barakah pada masa dan usaha yang lebih dikit, kerana masa itu sendiri adalah hamba.

Ini adalah misi yang ringkas, tetapi sukar untuk disempurnakan. Tetapi insyaAllah kerana misi ini adalah suatu keperluan yang asas, ia mampu dilaksanakan dan akan mencukupkan keperluan kita dalam kehidupan. Amin.


No comments: