Pages

Friday, 25 February 2011

la tahzan ~ janganlah bersedih :)


Bismillah,

Rahsia Ummi


Semalam membelek-belek novel Dr. Faisal Tehrani, Rahsia Ummi. Novel ini karya awal Dr. Faisal dan berkonsep kontemporari. Ceritanya agak klise kerana ini usaha awal beliau untuk menarik minat pembaca dan penerbit. Rahsia Ummi mengisahkan hubungan percintaan terlarang Syed Hasan dengan Faizah kerana Faizah bukan dari keturunan Syed. Syed Hasan dipaksa kahwin dengan seorang Sharifah tetapi perkahwinannya sangat tidak bahagia. Tiada kasih sayang dalam keluarga. Syed Hasan sentiasa cuba mengelak daripada berada di rumah. Isterinya kesunyian dan menjadi seorang ibu yang suka mengarah dan cerewet. Pada akhir cerita, Syed Hasan bersatu kembali dengan kekasih lamanya yang sedar daripada koma setelah mengalami kemalangan jalan raya (cewahh sangatlah cliche).


Ini tidak klise


Saya teringat sebuah novel Inggeris karya seorang penulis Jepun; Waiting. Nama penulisnya saya lupa. Watak utama lelaki (saya namakan Hari kerana lupa namanya =) berkahwin dengan seorang perempuan kampung pilihan keluarganya; Sayuri (nama rekaan). Mereka mempunyai seorang anak perempuan. Hari seorang doktor tentera. Dia mempunyai kekasih seorang jururawat di kem tentera; Manna (ini nama betul). Hubungan Hari dan Sayuri sangat dingin, tambah-tambah Sayuri seorang yang pendiam dan Hari hanya pulang beberapa minggu dalam setahun kerana tinggal di kem tentera. Di kem, Hari dan Manna tidak bebas berjumpa kerana undang-undang tentera melarang keras tentera yang sudah berkahwin daripada berhubungan bebas. Ini sangat membuatkan Hari dan Manna tertekan. Maka selama 17 tahun, setiap kali pulang ke kampung bercuti tahun baru, Hari berusaha untuk memfailkan cerai supaya boleh berkahwin dengan Manna (poligami dilarang undang-undang). 17 tahun itu, Sayuri akan mengangguk bersetuju untuk bercerai, tetapi apabila dibawa ke mahkamah ia menangis dan mengatakan tidak setuju untuk diceraikan.

Pada tahun ke-18, Sayuri akhirnya mengalah. Mereka akhirnya sah bercerai. Hari berkahwin dengan Manna. Walaubagaimanapun, tidak seindah fantasi, 17 tahun penantian dalam pengharapan telah menjadikan Manna seorang perempuan yang negatif dan melankolik, selalu sedih dan meratapi tahun-tahun yang telah terbuang, sedangkan Hari juga telah semakin tua. Hari menderita sakit buah pinggang kerana hubungan intim berlebihan. Beberapa waktu kemudian, mereka memperoleh sepasang anak kembar. Bebanan bertambah. Manna disahkan mempunyai penyakit barah hati yang mungkin disebabkan oleh long-term grief (bolehke?). Kehidupan mereka tunggang-langgang. Anak perempuan Hari yang telah dewasa datang ke kem untuk membantu menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Kemudian, Sayuri juga berpindah ke kawasan kem untuk tinggal bersama anaknya dan juga untuk membantu Hari dan Manna.

Pada masa ini, Hari sedar bahawa Sayuri dan anak perempuannya adalah rumahnya (home). Dia kemudiannya selalu ke tempat mereka untuk berehat meredakan tekanan. Kesihatan Manna menjadi semakin serius. Pada suatu malam Tahun Baru, Hari menyatakan pada anak perempuannya ia ingin sekali jika mereka dapat menjadi keluarga semula. Balas anaknya, Sayuri masih sayangkan Hari dan mereka akan menunggu sehingga Hari dapat pulang semula ke rumah (maksudnya selepas kematian Manna, Hari dan Sayuri akan dapat berkahwin semula).


رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

Our Lord! Thou createdst not this in vain. Glory be to Thee! Preserve us from the doom of Fire. (3 : 191)




Hurmm perlu menjana otak kiri . .

No comments: