Pages

Saturday 15 September 2007

cinta


selamat pengantin baru sensei mazuin -19 ogos 07

Menyingkap tirai hidup manusia yang sentiasa rindukan seorang teman. Cinta dan sayang, mana satu yang lebih mendalam? Adakah kita cinta pada ibu kita atau kita sayang kepadanya? Bagaimana pula dengan perasaan kita terhadap Allah? Saya selalu membandingkan antara cinta dan sayang, melihat-lihat manakah yang lebih hebat antara kedua-duanya.

Di dalam Al-Quran, Allah lebih banyak membahasakan cinta daripada sayang -cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada teman-teman, cinta kepada dunia. Cinta -jauh lebih mendalam daripada sayang. Namun, manusia sering menyalahgunakan perkataan cinta sehingga ia sering sahaja muncul pada tempat-tempat yang tidak salah.

Sudah menjadi fitrah manusia untuk memberi dan mengambil, mencintai dan dicintai. Malah hawa dicipta daripada rusuk adam sendiri. Kata orang, tulang rusuk haruslah pulang kepada tuannya. Fitrah = semulajadi. Fitrah burung terbang, fitrah katak melompat, fitrah manusia bercinta. Cinta pada siapa? Siapa yang terlintas di fikiran kita sekarang? Si Fulan/Fulanah?

Allah! Cintalah kepada Allah! Cintalah kepada Rasulullah! kemudian ibu bapa, keluarga, guru, sahabat,...

Benar, setiap remaja sudah bersedia untuk membina rumahtangga ketika mencecah 16 tahun. Percaya atau tidak, hal ini dapat dilihat melalui belia sekarang. Jangan dicari kepada belia-belia yang bermasalah untuk melihatnya. Pandang saja kiri dan kanan kita, lantas kita boleh nampak jawapannya. Tepuk kepala tanya minda.

Bercakap tentang cinta remaja seolah-olah bercakap tentang isu politik negara. Isu common. Malah manusia mana yang tidak pernah merasai cinta? Tidak mahu mengulas tentang perlakuan dan perbuatan, tapi lihat pada hati. Siapa yang bertakhta di hati kita? Sedangkan Allah dan Rasul yang mesti diutamakan dari ibu bapa dan nyawa, inikan pula si intan payung, harta, dan maruah. Namun, bila bertanya kembali pada hati, nama ibu bapa pun muncul yang kedua, maka di mana letaknya Allah?

Apa niat kita bercinta, sampai ke akad nikah atau suka-suka memenuhi fitrah?

2 comments:

Tinta Penaku said...

salam. Ya benar apa yang dikatakan oleh awak tu. cinta harus disandarkan kepada sesuatu yang hak, cinta yang hakiki datangnya dari Pemilik semesta. Hanya cinta yg berlandaskan syarak akan membawa kita kpd kebahagian yg kekal abadi bukan spt cinta terhdp keduniaan, yg pasti mengundang penyesalan di kemudian hari.

"cinta manusia silih berganti, sayang manusia sering dinodai, cinta Allah kekal abadi, kasih Allah janjinya pasti."

mmh said...

salam..
satu hasil penulisan yg baik!
clap3 utk auni:)