Pages

Friday 16 May 2008

oo0 Strangers~

Aku ada cita-cita. Aku, mahu menjadi ghuroba` . Aku mahu menjadi orang pelik. Aku mahu menjadi orang yang terbuang tak dipedulikan. Aku mahu jadi orang pelik. Aku mahu dipandang sinis, aku teringin ditertawakan. Aku mahu jadi pelik, yang tidak mengikut aliran, yang lain dari yang lain, yang menolak apa yang orang lain ambil, yang berdiri dengan kaki sendiri dalam kejelikan pandangan mata manusia. Aku ingin mereka tertanya, ‘kenapa dia macamtu? Pelik..’ sebab aku memang ingin jadi orang pelik.

Setelah aku jumpa tujuan sebenar kejadianku, dan matlamat sebenar kewujudanku, aku sangat teringin menjadi orang pelik…

Nak tahu apa sebabnya? Kerana aku yakin pada kata junjunganku Sollallohu`alayhiwasallam :

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dagang (asing @ pelik), dan ia akan kembali menjadi dagang sebagaimana mulanya. Maka, beruntunglah orang-orang yang dagang.”
(Al-`Allaamah al-Muhaddith al-Albaani : Sahih al-Jami’ as-Sagheer)

Nah, sekarang sudah terbukti, Islam sudah kembali menjadi pelik. Anda faham maksud saya, tak perlu dijelaskan lagi. Dan saya sangat teringin menjadi pelik, kerana saya mahu menjadi orang yang beruntung, insyaAllah. Biar manusia memandang jelik, asal Allah sentiasa bersama. Pesan junjunganku lagi;

“Mati kerana taat pada Allah adalah lebih baik daripada hidup dalam kemaksiatan.”

Tapi aku sedih, sebabnya? Aku sedih sebab ghuraba` ini bukan dipandang jelik oleh sang kufur semata-mata, tapi juga oleh mereka yang Islam. Tapi tak mengapa, sebab mereka semua tu hanyalah ‘Islam’ , mereka bukan ‘islam’ . Kesian, mereka masih tak faham maksud menjadi ‘islam’ , bukan ‘Islam’ . Mereka tak tahu, untuk menjadi ‘islam’ , mereka perlu berserah diri kepada Allah Ta’ala, Rab yang Maha Agung, secara total, bukan sekadar meletakkan Allah dalam solat semata-mata.

(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya, “Berserah dirilah!” Dia menjawab, “Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam.”
Al-Baqarah ( 2:131 )

Aku sedar, umat islam zaman ini memang sangat ramai, berbilion jumlahnya, tapi kata junjunganku:

“Umat Islam akhir zaman akan diratah, kerana mereka ibarat buih di lautan.”

Inilah kita, bangsa doh yang lembik. Ramai tapi tak berguna. Ibarat buih di lautan, sangat banyak tak terhitung, tapi sekali ombak menghempas, berderai-derailah kita.

Aku mahu menjadi ghuroba’ yang berada pada jalan redhaNya, insyaAllah. Tapi, aku tak mahu mati sebagai ghuroba’ jika diizinkanNya, kerana impianku sewaktu aku mati nanti, Islam bukan lagi suatu yang dagang. Impianku moga saat aku memejam mata kembali padaNya, Islam sudah tertegak kembali di muka bumi. Sebab dengan itu, terlunaslah tanggungjawab aku kepadaNya… suatu impian yang agak mustahil, tapi insyaAllah aku akan berusaha. Sebab Allah yang Maha Penyayang, dengan rahmat dan kasih sayangNya, tak pernah menilai aku dari hasil yang aku capai, tapi Dia cuma melihat pada usaha. Sebab hasil itu adalah milikNya semata-mata….

Tapi sebenarnya, syukur padaNya, Alhamdulillah, aku bukan the total ghuroba’ , sebab aku ada sahabat yang insyaAllah ikhlas saling mengasihi. Lantas, jadilah kami sekumpulan orang pelik insyaAllah (= nak mendaftar? Hubungi kami (= (khusus buat nisa’)

Buat kawan-kawan yang dicintai, terima kasih untuk segalanya, yang serasa tak terungkap dengan kata. Semoga, ukhuwah fillah kekal selamanya, dunia dan lebih-lebih lagi akhirat. Jom, kita sama-sama jadi ghuroba’ yang menegakkan islam di muka bumi (= insyaAllah

Dedikasi lagu Ghurabaa` (by Sa'd al-Ghamidi )

The stranger is not the one who empties the house and bids farewell now (wanderer)
But the stranger is he who is serious while the people around him play
And is awake while the people around him sleep
And follows the best path while the people around him
plot and plan in their misguidance
And truthful was the poet when he said:
My friend said to me, I see you as a stranger
Amongst these people without a close friend
I said nay! But the people are strange,
I'm in this world and this is my way
This is the stranger
Strange in the view of those who jest and mock from amongst mankind
But in the Sight of his Lord,
he is at a Noble Station
Ghurabaa`, ghurabaa`,
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
We are the regular soldiers of Allah,
our path is a reserved path
Ghurabaa`, ghurabaa`,
We never care about the chains, rather we'll continue forever
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
so let us make jihad, and battle, and fight from the start
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
*ghareeb=orang dagang/pelik , ghuroba`=plural bagi ghareeb
*maaf atas penggunaan kata ghuroba` bagi diri saya (singular sepatutnya ghareeb), sebabnya saya suka lagu ini

No comments: