Pages

Wednesday 21 May 2008

Surat Cinta Buatmu

"Pop." Keluar instant message window di skrin komputer.

Dengan nama Allah swt
Yang Maha
Pemurah Dan Maha Penyayang
Semoga kau dilimpahi cinta Ilahi dan Rasul-Nya
di bawah lembayung iman dan islam...

Buat saudari

Maafkanlah
jika kehadiran secebis coretan ini bakal

menterbalikkan hari-hari indahmu
aku sentiasa mendoakan agar ia datang indah-indah
semoga saudari tersenyum belaka

Saudari....
andai kata runtuh pencakar langit
tidak mampu meruntuhkan nilaimu
kerana kamu umpama bulan di atas sana

Maha Suci Allah yang menciptakan cinta
agar aku bisa mencintai-Nya
dan bisa mencintaimu

Biar langit mendung

wajahmu tidak berubah; sinarnya menyilaukan mata
kilauan imanmu persis permata
sanggup aku bergelap lama
untuk melihat kilauan teristimewa..
.
.
.
.
(and the coretan goes on)
.
.
.

Surat cinta. Siapa saudari itu? Dalam kes ini, tentulah saya. Kalau sampai pada orang lain, tentulah surat itu buat dia. Kalau surat ini diforward kepada 1000 gadis secara senyap-senyap, tentu masing-masing ingat mereka ada secret admire. Cuba kalau kita tambah sikit jadi 'buat saudari Aisyah', tentulah yang 1000 tu tak rasa apa-apa bila baca surat cinta tu. Sebaik sahaja mereka terbaca nama orang lain, secara automatik mereka set dalam kepala yang isi kandungan surat itu memang bukan untuk mereka. Walaupun isi kandungannya jiwang tahap kritikal sekalipun, kalau surat cinta tu bukan untuk kita, mesti kita tak ada apa-apa perasaan, bukan?

Maka, isi kandungan surat cinta yang indah itu hanya dinikmati oleh Aisyah seorang, seolah-olah dapat berinteraksi dengan pengirimnya. Kandungannya dapat dihayati -ada kehadiran hati kerana Aisyah tahu, surat itu buat dirinya.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Begitulah juga bila kita membaca Al-Quran. Sememangnya Al-Quran itu adalah 'surat cinta' daripada Allah kepada kita semua. Hendak berinteraksi dengan Allah, kenalah memahami bahawa Al-Quran itu kata-kata Allah buat kita.

Antara sebab-sebab kita tidak dapat menjadi orang yang hidup di bawah lembayung Al-Quran ialah kerana ketidakhadiran hati ketika membacanya. Kadang-kadang walaupun baca tafsir, pun masih tak memberi kesan. Sebabnya - tak faham ke hati, tersekat di otak.

Kalau dalam surat tadi kita tukar nama Aisyah jadi nama diri kita sendiri, mestilah kita terasa jiwangnya dan kita faham di hati. Begitu juga Al-Quran, bukan hanya untuk baginda Rasulullah SAW tapi untuk kita. Contohnya apabila terbaca perkataan 'engkau' atau 'kamu' dalam Al-Quran, maksudnya adalah diri kita ini, bukan Rasulullah SAW (pada ketika diwahyukan) sahaja.

Bila dah terasa di hati, barulah ada daya tolakan untuk amalkan isi kandungan Al-Quran... =)



*Surat cinta dan nama dalam post ini hanya contoh/analogi sahaja, bukan kisah benar.

No comments: