Pages

Monday 26 May 2008

~DEMI MASA~


Huhuhahaha...gumbira..sebab sem ini hampir berakhir. Menghitung detik boleh balik rumah ^^ ...happynya..minggu-minggu sibuk telah berlalu buat sem ni. Sem depan lain punya cerita..boleh self-study dengan selesa..banyak masa lapang..gembiranya..masa lapang?

Sesungguhnya tanggungjawab mengatasi masa yang ada.
( As-Syahid imam Hasan Al-Banna)

Ingatan ini memukul kuat sewaktu bermalas-malas di katil. Lantas saya bangun untuk menyiapkan post ini, menunaikan tanggungjawab hari ini.. dan saya ingin bercerita tentang ‘M.A.S.A’ = masa. Tak perlulah nak didefinekan apa maksud masa, sebab saya juga malas nak memikir-mikir ayat untuk menjelaskan maksud masa. Semua orang tahu apa itu ‘masa’ ..

Masa itu emas.

Kata pujangga melayu. Tapi pada pandangan saya, masa itu bukan senantiasa emas. Bila cuti, dan kerja tak banyak, kita anggap masa itu ibarat jongkong batu sahaja. Boleh leka-leka,lepak-lepak, main-main, berlawak-lawak. Tapi dalam waktu-waktu final exam ni, atau waktu-waktu lepas, saat assignment bertimbun, setiap detik masa itu ibarat emas, malah lebih mahal; mungkin semahal platinum. Dalam post yang lepas ada disebut tentang fitrah hidup yang sekejap ini, dalam tempoh masa yang nisbahnya tersangat pendek dibandingkan dengan akhirat yang infiniti. Dari itu, apa tindakan kita?

Percaya tak jika saya katakan, usia kita bukan hanya sekadar dari tempoh masa lahir hingga masa kematian? Merujuk post yang lepas, anda sudah tahu jawapannya. Ya, usia ini bukan hanya sekadar yang terlihat dek mata kasar.. tapi tahukah anda, ada caranya untuk kita memanjangkan usia hidup? saya ada rahsianya. Petua memanjangkan hayat. Malah, usia boleh disambung hingga saat kiamat tiba. Nak tahu apa dia? Terusan membaca... ^_~

Anda tahu siapa Karl Marx? Seorang manusia ***** yang memperkenalkan ideologi komunisme kepada dunia. Ideologi yang dicekup oleh Vladimir Lenin, Joseph Stalin, dan seterusnya Mao Zedong yang menjadikan komunisme suatu realiti. Ideologi ini tersebar dengan luas ke Russia, China, etc. Pengasasnya sudah lama terkubur, tapi ditinggalkannya ideologi zalim ini sebagai suatu legasi yang masih belum berakhir.

Bagi manusia yang hidup tanpa ideologi, hanya berlandaskan nafsu cetek duniawi, sia-sialah usia mereka walau telah hidup berpuluh tahun di dunia. Orang seperti ini adalah seperti kanak-kanak, yang masa dihabiskan untuk bermain-main semata-mata. Bandingkan, kanak-kanak yang leka bermain masak-masak; dengan pelbagai batu, kayu, daun dan rumput untuk dimasak, dengan orang yang leka dengan kereta misalnya. Ralit menukar sport rim, mendandan dan menghias kereta. Apa bezanya? Lainnya cuma hobi ‘bermain’ kereta memerlukan lebih banyak ongkos. Bandingkan pula kanak-kanak yang bergaduh memilih tempat permainan, dengan suami isteri yang bergaduh tentang nak beraya di mana. Apa bezanya? Apa maknanya? Dan apa maknanya kehidupan?

Apa maknanya pergi ke sekolah, walhal takkan pernah kita ditanya tentang soalan mathematik dan biology di dalam kubur nanti? Apa maknanya menonton drama korea, menangis-nangis, untuk sesuatu yang langsung tak memanfaatkan kita? Apa maknanya menonton bola sedangkan yang menang bukan diri sendiri? Apa maknanya mengundi AF? Apa maknanya makan sedap-sedap sedangkan ia akan dinyahtinja? Apa maknanya berdandan merias diri untuk orang lain lihat? Setakat itukah kehidupan kita? Hanya memuaskan nafsukah kita?

Orang yang terpengaruh dengan pemikiran keanak-anakan ini, jiwanya menjadi sangat-sangat lemah. Rapuh. Lembik ibarat doh. Kerana itulah masyarakat islam sekarang lemah, dek terpengaruh dengan jiwa kanak-kanak. Nak mengubat kelemahan ini, caranya cuma satu; yakni dengan mengembalikan jiwa itu kepada empunyanya..

Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan mu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.
(Yunus; 10:5)

Itulah AL-QURAN. Itulah kata-kata Allah, dan sesungguhnya itulah asas ideologi yang teragung, ideologi yang tak setanding dengan mana-mana ideologi yang diasaskan pemikiran cetek dan sempit manusia. Al-Quran itu bukan sekadar suatu kitab agama yang bosan bagi orang-orang tua, tapi ia suatu mukjizat yang membawa ideologi yang sangat besar maknanya; yang membuka mata. Satu ideologi yang jitu; yakni mengesakan ALLAH.

Sesiapa yang hidup di bawah bayangan Al-Quran, dia akan mengecap kenikmatan usia; kerana usia ini milik Tuhan, dan Dia yang berhak memberkatinya. Aplikasi Al-Quran membawa pahala yang besar. Dan menyampaikan aplikasi dan ideologi itu kepada orang lain, kebesaran pahala yang berganda-ganda-ganda-ganda diperoleh, selagi mana ada yang memegang ideologi dan mengamalkan aplikasi tersebut. Menyampaikan sepotong ayat, nilainya lebih besar daripada beribadah, selama mana ayat itu terus disampaikan dari mulut ke mulut. Orang yang hidup di atas suatu ideologi, usianya adalah selagi mana ideologi itu berterusan. Samalah halnya seperti sedara Karl Marx yang telah mati itu, walaupun dia sudah tiada, tapi ideologi yang ditinggalkan terus mengirimkan buah-buah noda buatnya di alam barzakh. Wollahua’lam..

Kesimpulan daripada post yang agak panjang hingga lenguh tangan ini : cara untuk memanjangkan usia, ialah dengan hidup berasaskan ideologi ALLAH semata-mata, yang telah disampaikanNya kepada kita melalui Kitab teragung, Al-Quranul Karim, dan melalui junjungan teragung, Muhammad Sollalohu`alayhiwasallam. Kita takkan mungkin dapat hidup selamanya, tapi ideologi yakni fikrah yang dibawa mampu kekal selamanya, memanjangkan nilai usaha dari sedepa kepada berkilometer-kilometer.

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,serta berpesan-pesan kepada kebaikan dan saling menasihati kepada kesabaran.
(Al-‘Asr;103)

(Al-Fatihah buat As-Syahid Syed Qutb, yang membawa ideologi kehidupan di bawah bayangan Al-Quran ini hingga sampai menyentuh jiwa saya. Dia yang telah lama pergi menghadap Ilahi, pahala masih tak putus-putus buatnya. Dan doa saya, moga nilai usianya berpanjangan hingga ke hari pembalasan. Dan doa yang sama juga buat diri sendiri dan kita semua. Amin, Ya Robbal `Alamin.)

1 comment:

Auni Nur Fatin said...

masyaallah..masyaallah..
post yang amat bermakna
totemo sukidesu
syukran

mari bergerak