Pages

Saturday 7 June 2008

KONKLUSI : 4 kisah

4 kisah di bawah bukan sekadar titbit, untuk membuat anda gamam kerana tidak faham akan objektif kisahnya. Saya ingin menyimpulkan 4 kisah tersebut. Dalam keempat-empat cerita, terdapat unsur materialistik. Seorang engineer yang bekerja keras mencipta robot dan radio, seorang student yang belajar bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita dan kisah PakMat dan EncikAbu yang mahu mengubah nasib. Tapi jangan salah faham; saya tidak berniat untuk memperkatakan perihal sikap masyarakat yang mengejar kebendaan. Seorang yang realistik tidak akan menolak kepentingan wang ringgit dan harta benda pada zaman ini, tambah-tambah lagi kita yang hidup di bumi Malaysia bertuah ini (harga minyak baru naik) . Dan saya boleh faham kenapa ramai orang yang terpesong dengan meletakkan kekayaan dunia sebagai `ilah` yang perlu dikejar sepanjang hayat.

Apa yang ingin dipersoalkan ialah; apa matlamat akhir kita dari apa yang kita sedang kejar ? Bak falsafah Inggeris; always starts the first step with the end in mind. Mulakan langkah pertama dengan matlamat akhir sebagai destinasi.

Anda tahu, an-nafs (nafsu; jiwa; keinginan) manusia sangat besar. Jika tidak dibataskan, maka tidak terbataslah ia. Sebab itulah banyak kes yang mana millionaire sedia ada, masih terkejar-kejar harta yang lebih banyak, hingga berlakunya rasuah dan riba`, na`uzubillahiminzalik... walhal harta yang mereka ada sudah tak termakan. Saya bukan bercakap mengenai material, tetapi sikap manusia yang terlupa untuk meletakkan tujuan akhir hidup, sebab itu manusia tersebut tidak tahu di mana untuk berhenti, berehat, dan bersyukur.

Carilah matlamat hidup anda yang sebenar. Keluarlah dari kepompong yang telah lama dibentuk. Dulu, saya sendiri tak dapat mengecam apa sebenarnya tujuan saya dijadikan. Saya tak nampak tujuan hidup. Saya dari keluarga yang sederhana, jadi saya diajar untuk terus belajar sampai peringkat tertinggi hingga jadi orang berjaya. Tak ada orang bagitahu saya kenapa saya perlu wujud. Lalu, sayapun hidup mengikut flow yang tersedia. Saya ingat lagi masa masuk asrama tingkatan 1, saya sangat sangat homesick, menangis tiap-tiap hari. Dan saya ingat suatu hari, saya menangis pada seorang kawan. " Jahatla kerajaan ni,buat sekolah asrama penuh. Kita baru form 1. Kenapa nak pisahkan kita dari famili... Lepas duk asrama, nanti masuk u, lepas tu kerja, lepas tu kawin. Bila lagi nak duk ngan mak....." dan kawan saya itu ikut menangis..hohoho...kelakar.. tapi itulah masalahnya, tak ada sesiapa bagitahu kenapa sebenarnya saya perlu masuk asrama, selain sebab-sebab skema seperti disiplin, pelajaran, etc etc etc... dan ironinya, lepas keluar sekolah baru saya faham kenapa saya belajar di sekolah itu...hurm.. itupun selepas diberitahu.. hurm.. dan saya bersyukur dengan qada` dan qadar` Allah yang Maha Bijaksana...

Dalam hidup, kita perlu menetapkan satu tujuan akhir. Pentingnya meletakkan tujuan akhir, supaya kita sentiasa berada di atas landasan yang betul, tidak bengkok-bengkok dan akhirnya tersesat menuju pintu keluar yang salah. Carilah matlamat hidup yang sebenar. Jika kita hanya hidup berprinsipkan always goes with the flow ; yakni hidup je tanpa matlamat, jadila kita seperti robot dan jurutera dalam kisah di bawah. Kita bangun pagi, dan sekadar memenuhi semua rutin hidup dalam satu kitaran yang sama. Satu kitaran bodoh yang memerangkap tanpa kita sedar, sebab kita tak tahu bila atau di mana untuk berhenti dari menjalani kitaran yang sama, dan apa motif dan objektif kitaran tersebut.

Carilah tujuan anda hidup, dan tentukanlah yang mana satu ialah alat dan yang mana satu matlamat. Apakah harta benda dan material lainnya itu matlamat hidup, ataukah ianya alat untuk mencapai matlamat akhir. Kita yang hidup dalam kitaran hidup yang sama setiap hari, sebenarnya sama je dengan orang bukan islam, sebab kitaran hidup kita sama dengan mereka. Cuma yang membezakan kita adalah niat dan tujuan amal kita. Apakah kita belajar untuk berjaya seperti John dan Mei Ling, atau belajar untuk berjaya demi mencari keredhaan Allah. Apakah kita bekerja bersungguh-sungguh demi mengejar kesenangan dunia seperti Mutusamy dan Mary, atau kita bekerja mencari harta kerana memenuhi tuntutanNya, demi mencapai keredhaanNya semata-mata.

Sesungguhnya, di penghujung segalanya kita pasti akan bertemu dengan Dia yang menjadikan...
Wahai manusia ! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhan mu, maka kamu akan menemui-Nya.
(Al-Insyiqaq; 84:6)

Jangan di penghujung segalanya baru kita menyesal, dan baru kita sedar kenapa kita diwujudkan. Kerana saat itu cuma sesalan yang ada, diiringi derita dan air mata darah.

Sesunggungnya Kami telah memperingatkan kepadamu akan azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata, “Alangkah baiknya seandainya dahulu aku jadi tanah.”
(An-Nazi`at: 79: 40)

Tujuan tanah dijadikan ialah sebagai hamparan, tempat kita berpijak. Lalu beroleh ganjaranlah tanah itu setiap kali ia dipijak, kerana tanah itu telah menyempurnakan tanggungjawabnya. Bagaimana dengan kita? apa telah sempurna tanggungjawab kita?

‘YaAllah, redhaMu aku cari. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untukMu. Aku menuju mardhotillah.’

1 comment:

Auni Nur Fatin said...

tanah, dinding, pokok, awan, katil, meja, laptop... semuanya tidak berhenti-henti bertasbih kepada Allah..
(T_T) manusia yg bertaraf khalifah ni pula....
asyik lalai dan leka.
malulah

p/s: mutusamy?? =P