Pages

Wednesday 4 June 2008

Kisah (4) ~ Seorang nelayan

PakMat ialah seorang nelayan. Dia tinggal di sebuah rumah kecil di tepi pantai bersama isterinya; MrsMat, dan beberapa orang anak mereka. Kehidupan mereka simple dan ala kadar. Setiap pagi PakMat turun ke laut dan pulang sebelum zuhur, kemudian menjemput anak-anaknya dari sekolah. Mereka makan dan solat bersama. Petang harinya, PakMat dan isterinya berbual-bual di anjungan rumah menikmati angin pantai sambil memerhatikan anak-anak mereka bermain-main bersama anak-anak nelayan lain. Meski hidup mereka sederhana, mereka tenteram.
Suatu petang seorang kenalan PakMat mengunjungi PakMat. Mereka duduk sambil menikmati kopi `o.

EncikAbu : Mat, aku datang ni membawa hajat.
PakMat : Hajat apa?
EncikAbu : Aku sebenarnya bosan hidup macamni. Hari-hari pergi laut, balik rumah makan, tidur. Bila nak kaya?
PakMat : Em...Jadi, apa kau nak buat?
EncikAbu : Aku nak ajak kau, kita join venture. Kita share beli bot laju, upah budak sorang dua. Baru dapat tangkap lagi banyak ikan. Takat guna sampan, duk kat laut tak balik-balik pun tak kaya jugak.
PakMat : Ooo macam tu ke? Boleh..boleh.. lepas dapat banyak ikan tu, kita nak buat apa?
EncikAbu : Kita kumpul duit sikit, lepas tu kita beli kapal pulak. Enjin lagi bagus. Lagi besar..boleh muat lagi banyak ikan. Kita upah lagi tiga empat orang jaga kapal. Lagi banyak untung.
PakMat : Ooo yeke.. Bagus jugak. Lepas dapat banyak untung tu kita nak buat apa pulak?
EncikAbu : Dapat untung tu kita boleh beli kapal yang lagi besar, tangkap lagi banyak ikan. Kita buka syarikat perikanan, jual ikan, jual produk ikan. Jadi tokey ikanla.. Haa, kau setuju tak Mat? Ni projek jangka masa panjang ni.
PakMat : Tapi, lepas dah ada syarikat ikan, ada kapal besar, kita nak buat apa pulak?
EncikAbu: Buat apa laginya. Masa tu mestila kita banyak duit. Boleh beli rumah besar, kereta besar. Boleh beli apa-apa yang kita nak. Boleh makan sedap-sedap. Boleh pegi melancong keliling dunia...
PakMat : Buat apa nak benda tu semua?
EncikAbu: Laa, barula kita boleh hidup senang-senang.. gembira, bahagia.

PakMat menghirup kopi `o yang dah jadi suam. Isterinya menghidangkan mereka sepinggan keropok lekor. PakMat makan keropok sambil memerhati anak-anaknya dan beberapa anak jiran bermain kejar-kejar dengan gembiranya di pasir pantai yang putih.. Dia mengeluh...

PakMat : Abu, Abu.... Kau tak nampakke? Itulah yang aku tengah buat sekarang..

No comments: