Pages

Monday 14 July 2008

IKHLAS

"Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama."

(Az-Zumar: 11)

"Iblis menjawab, "Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan
mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka.""
(Sad: 82-83)

Ikhlas. Apa keistimewaan ikhlas sehinggakan orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan dan kebaikan dunia akhirat? Perkataan ikhlas selalunya digunakan ketika kita sedang memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta kepada penerimanya. Tanpa kita sedar, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Sejauh mana tahap keihklasan kita -apakah niat kita yang baik pada mulanya semata-mata mendapat keredhaan Allah tapi kemudiannya dipengaruhi syaitan supaya riak itu juga dikira tidak ikhlas? Bagaimana tahap ikhlas?

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi?" Nabi menjawab, " Tidak ada apa-apa." Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

"Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan
dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah." (HR An-Nasa'i)
Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah. Apakah anda muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya? Pernahkah anda gembira jika anda dipuji orang-orang tua apabila anda ke masjid?

Na'uzubillah.

Lantas, oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan apa niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam. Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang cakap pandai. Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.

Bila anda mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah kerana riyak hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah.
"Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." (Al-Ikhlas: 4)
Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia? Na'uzubillah.

Anda selalu solat di masjid namun lama-kelamaan ia semakin pudar dengan riyak dalam hati. Rugilah anda. Bukanlah solat di masjid itu menimbulkan riyak. Cuma kita perlu berhati-hati antara ikhlas, teladan kepada orang lain atau riyak.

Ya Allah, apakah amalanku yang selama ini kuanggap ikhlas kerana-Mu telah dikaburi riyak..

Ya Allah, jauhkanlah aku yang syirik yang nyata dan yang tidak nyata...

Rasulullah s.a.w bersabda, "Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn." Mereka bertanya, "Apakah itu, wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab, "Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali." Mereka bertanya, "Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah?" Jawab Nabi, "Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka." (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Na'uzubillah. Betapa bahayanya riyak ke atas diri kita. Halus dan tidak nyata tapi mengubah keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan.

Manusia mengadili hanya dengan deria mereka. Namun, amal semua manusia hanya Allah yang mengetahui.

Mungkin, orang yang menangis ketika beribadah di khalayak ramai itu lebih ikhlas daripada orang yang beribadah di dalam bilik seorang diri (yang riyak).

Bersama-sama renungkan.
Sumber rujukan: "Menggapai Surga dengan hati", Amr Khalid.

2 comments:

HaYaTi said...

tergetar hati bace entry blog ni...
nauzubillah.. mcm pernah juge riyak..
syirik tak nyata.. takut nya Ya Allah..
semoga kita tetap dgn niat lillahita'ala..

Auni Nur Fatin said...

insyaAllah..
sama-samala kita berusaha dan berdoa agar jauh dari riak.
ikhlas dalam perjuangan.