Pages

Tuesday 12 August 2008

Kehidupan Suatu Perdagangan (Untung Sebelah Pihak)

"Wahai orang-orang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
Allah menawarkan perniagaan. Tuan menawarkan perniagaan kepada hamba, seolah-olah Umayyah menjadi rakan kongsi Bilal. Umayyah sendiri tidak dapat menerima kebebasan jiwa Bilal dengan menganggap maruah, kehidupan Bilal adalah miliknya sebaik sahaja Bilal dibeli olehnya. Memeluk hamba pun dikira jatuh taraf, inikan pula tuan ingin menjalankan perniagaan bersama? Untung sungguh hamba-hamba itu!
(Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui,
Hanya perlu keluarkan modal...
Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung." (as-Saff: 10-12)
Tiada kerugian dalam perniagaan ini. Dijanjikan keuntungan sepenuhnya dengan kemewahan menjadi hak milik kita. Kita hanya perlu keluarkan modal. Perniagaan Allah yang uruskan, hasil pun Allah akan beri sedikit demi sedikit sekarang dan sangat banyak di hujung kontrak.
"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, (bahwa) mereka akan mendapat ampunan dan pahala yang besar." (Al-Ma'idah: 9)
"Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepada-Ku." (az-Zariyat: 57)
"Dan barang siapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." (al-Ankabut: 6)
Nampak sangat, keuntungan sebelah pihak sahaja. Tuan tak untung, yang untung hamba. Tuan asyik memberi sahaja.

Allah Maha Pemurah, Allah itu Maha Penyayang. Cinta sungguh Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Sombong, takbur dan tidak bersyukur langsung hamba-hamba yang menolaknya. Memanglah tawaran saja tapi sekurang-kurangnya sedarlah siapa diri itu.


Jika di dunia, kamu ditawarkan RM 1 juta dengan syarat, kamu kena keluarkan sedikit modal sedaya upaya yang kamu mampu. MasyaAllah tentu kamu pengsan kerana terlalu gembira. Kalau ganjaran Allah pula? Tidakkah kamu rasa kamu perlu koma untuk itu?


Kalau aku, aku tidak rasa layak untuk menolaknya. Malu untuk menolak seab tuan aku begitu baik. Maka aku ridha dengan perhambaan aku kerana tidak sekalipun aku dilayan seperti hamba. Baik sungguh.

Baik sungguh. Pemurah 10^infiniti.

No comments: