Pages

Saturday 9 August 2008

bercakap tentang telur ayam ~ signifikannya

Saya ada sebiji telur ayam, yang sempurna. Bayangkan, telur tersebut dengan tiga lapisan; pertama; kulit telur yang fragile, kedua; putih telur yang putih, ketiga; kuning telur yang kuning. Antara tiga lapisan tersebut, lapisan manakah yang paling penting ? Bagi yang lebih menyukai kuning telur, mungkin itu yang paling penting. Bagi yang sukakan putih telur pula, pasti putih telur yang paling penting. Tapi bagi yang mementingkan keseimbangan kesihatan, pasti kedua-dua putih dan kuning telur adalah penting, supaya kedua-duanya dapat saling meneutralkan dari segi nutriennya.

Telur ayam. Saintifiknya, kuning telur adalah embrio, yang mana pertumbuhannya secara sempurna akan menghasilkan seekor anak ayam. Putih telur pula adalah lapisan bendalir amnion, yang membekalkan zat dan perlindungan kepada embrio. Kulit telur pula merupakan selaput perlindungan luar bagi memastikan keselamatan optimum embrio.
Bayangkan, sebiji telur tanpa kulitnya. Apakah telur itu akan selamat menetas menjadi anak ayam (jika tidak digoreng) ? pastinya kemungkinan telur itu untuk selamat menetas sangat tipis, kerana mungkin telur tanpa kulit itu akan kebocoran bila saja tercucuk oleh bulu ibu ayam.
Bayangkan pula, sebiji telur dengan kulit dan kuningnya sahaja. Apakah kemungkinannya? Pada pendapat saya, embrio tanpa bendalir amnion, secara logikanya masih mungkin membesar menjadi anak ayam, tapi anak ayam itu sepastinya tidak akan bertumbuh dengan sempurna. Mungkin bulunya akan jadi biru; tidak kuning, mungkin ia lahir tanpa tangan dan kaki, mungkin ia langsung tidak kelihatan seperti anak ayam.
Bayangkan pula sebiji telur yang hanya mengandungi kulit telur dan lapisan putih telur? Apa pendapat anda ? Apa akan terjadi pada telur itu? Menetaskah ia? Ataukah tembelangkah ia ? atau ia cuma suatu entiti yang wujud tanpa makna ? fikir-fikirkan.

Dari segi prinsip fizik, sebiji telur tanpa kuningnya, mempunyai ruang kosong pada bahagian tengah telur. Bahagian yang kosong itu mempunyai tekanan rendah berbanding tekanan atmosfera. Dengan itu, tekanan tinggi dari luar akan menekan dan meranapkan telur itu, sehingga pecah. ..hurm....

Saya tidaklah mempunyai masa lapang yang banyak sangat hingga sanggup beromong kosong mengenai telur. Persoalannya, apa signifikannya telur dengan diri dan kehidupan kita ? Fikirkan sejenak.

Andaikan, kulit itu outer protection pada diri kita, atau lahiriah diri, atau senangnya physical appearance. Andaikan pula, putih telur itu adalah jasad kita, suatu organisasi sistem saraf, yang tunjangnya dikawal oleh otak; atau spesifiknya akal. Jadi, apa pula kuning telur itu pada diri kita ? andaikan di sini, yang kuning itu adalah, hati, yang merajai.

Saya tidak ingin bercakap mengenai kulit telur, atau physical appearance, sebab bukan itu tujuan saya. Lagipun, persoalan kulit ini bergantung pada akal dan hati individu. Anda tafsirkanlah sendiri mengikut tafsiran masing-masing. Saya ingin bawa anda berfikir; antara putih dan kuning telur, yang mana lebih utama @ mustahak @ prior ? antara akal dengan hati, yang manakah lebih penting ?

Andaikan di sini ada sebilah pisau. Apa yang akan anda lakukan dengan pisau itu?
Akal akan mentafsir, bahawa kegunaan pisau adalah untuk memotong. Tapi apakah yang hendak dipotong ? adakah sayur, buah atau bawang, ataukah... orang ? lalu hati mentafsir, matlamat apakah yang hendak dicapai menggunakan pisau tersebut. Apakah matlamatnya untuk memasak, ataukah untuk membunuh. Apakah matlamat yang diinginkan adalah ke arah kebaikan, ataukah matlamat yang diidamkan menjurus pada kejahatan. Begitulah, 2 akal yang sama, mentafsir logiknya kegunaan pisau tersebut, tetapi 2 hati yang berbeza menentukan matlamat kegunaannya.

Tanpa matlamat yang hendak dicapai, yakni tanpa hati yang menentukan jalan tujuan, apakah yang akan terjadi dengan kita ? tanpa hati itu, ranaplah kita oleh tekanan dari luar, walau sebijak manapun akal mentafsirkan logik sesuatu perkara.

Bayangkan pula diri kita, jika mempunyai hati semata. Wah, banyak matlamatnya, boleh dibuat list. Tapi tanpa akal yang menyatakan logik yakni alat untuk mencapai matlamat tersebut, apa maknanya ? jadilah kita mat jenin.

Seperti kuning dan putih telur yang saling melengkapi, seperti itu jugalah matlamat dan alat mencapai matlamat saling menyempurnai. Tapi yang matlamat itu embrio, dan yang alat adalah bendalir amnion, jadi yang manakah lebih utama ? seperti itu jualah antara hati dan akal. Manusia, dengan hati, insyaAllah masih sejahtera walau kurang akalnya. Tapi manusia dengan akal yang besar, tapi kecil hatinya, ranaplah ia oleh tekanan atmosfera yang meremukkan.

Akibat keranapan ini, mengambil contoh di Australia, bunuh diri adalah faktor external tertinggi yang meyebabkan kematian. Faktor lainnya adalah kemalangan jalan raya, dibunuh, dan mati lemas. Negara tersebut terus mengalami krisis bunuh diri di kalangan rakyatnya yang semacam menjadi satu trend. Antara fakta yang dihighlight :

> 2,683 people took their own lives in Australia during 1998.
> Which means an average of seven suicides per day.

> For every completed suicide there are over 30 attempts.
> Therefore there are over 210 people a day attempting suicide.

> 2,150 of these suicides were males.
> Male suicides outnumber female suicides by a ratio of 4:1.
>Homosexuality issues may be involved in up to one third of young men under 24 who suicide

> The four most common methods of suicide among men are: firearms (27%), hanging (26%), carbon monoxide (20%) and poisonings (19%).

> The most common methods among women are: hanging, poisonings, carbon monoxide and firearms.

Ironiknya, sebuah negara maju yang serba hebat seperti Australia, mengalami krisis kekurangan generasi muda akibat masalah bunuh diri.

Pengajarannya, rawatlah hati anda.

Sabda Baginda Rasulullah Sollalohu`alayhiwasallam :

Ketahuilah ! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah ! Itulah yang dikatakan hati.
Riwayah Bukhari dan Muslim [Hadith ke-6 drpd Hadith 40 Imam Nawawi]

No comments: