Pages

Friday 1 August 2008

semampunya !

Bertafakur sejenak, memikirkan jalan kami. insyaAllah setiap kami akan berpergian, menyempurnakan amanah masa hujung minggu ini. Semoga Allah meredhai dan menetapkan jalan yang terbaik buat setiap kami.

Tanggungjawab. Banyak sungguh. Bukan sekadar menjadi anak soleh, atau pelajar soleh, atau teman soleh, bahkan lebih dari itu. Yang terutamanya, dalam setiap anak soleh, pelajar soleh dan teman soleh, moga ada diri muslim soleh, yang tunduk dan patuh pada Rab-nya. insyaAllah.

Catitan ini adalah catitan kekesalan sebenarnya, menebus harga dosa hamba yang mementingkan diri. Setiap tanggungjawab itu adalah anugerah dan ujian, tanggungan yang perlu ditunaikan sesempurna yang termampu. Sesungguhnya Allah tak akan menguji hambaNya, kecuali dengan apa yang termampu ditanggung oleh mereka sahaja. Sebabnya; Dia lah Yang Maha Pengasih.

Terhimpit dengan tugas hakiki, dan juga tugas duniawi, diri cepat leka. Lupa tanggungjawab ank soleh, lupa tanggungjawab teman soleh, lupa tanggungjawab blogger soleh. Sepatutnya, setiap tanggungjawab ditunaikan dengan apa yang termampu.

Jika tak mampu memberi ceramah, maka ringankanlah hati dan diri untuk hadir ke ceramah.

Jika tak mampu menjadi pemimpin yang berwibawa, maka jadilah pengikut yang setia pada seorang ketua yang berwibawa.

Jika tak mampu menjadi pelajar terbilang, maka jadilah pelajar gemilang, atau cemerlang.

Jika tak mampu berdakwah dan mempengaruhi pada kebaikan, maka jangan pula banyak bicara dan mengadu domba.

Jika tak mampu menulis khutbah, maka tulislah sepotong ayat nasihat.

Jika tak mampu memberi pengisian blog yang mantap, maka tulislah barang sepotong dua kata-kata peringatan.~~~

Peringatan kali ini :

Wahai Kawan-kawan, aduhai diri sendiri, lakukanlah setiap tanggungjawab dengan sebaiknya, dengan apa yang termampu oleh kudrat anugerah Ilahi. Semoga jalan-jalan kita beroleh barakah. InsyaAllah. Selamat berjuang.

No comments: