Pages

Tuesday, 3 February 2009

Akidah orang Arab dan sesetengah di kalangan kita kini

" Kebanyakan orang Arab menyahut seruan Nabi Ismail a.s. ketika baginda mengajak mereka kepada agama Islam. Mereka menyembah Allah dan mengesakan-Nya serta mengamalkannya ajaran agamaNya. Setelah berlalu masa yang panjang mereka mulai lupa sebahagian dari ajaran-ajaran itu.

Namun mereka masih tetap berpegang teguh dengan akidah tauhid dan beberapa syiar agama Nabi Ibrahim sehinggalah tiba zaman Amru’ bin Luhay iaitu pemimpin Bani Khuza’ah. Amru’ bin Luhay terkenal sebagai seorang yang banyak melakukan kebaikan, bersedekah dan amat memelihara hal-hal agama. Dengan keperibadiannya itu, dia disayangi oleh manusia dan mereka mematuhinya kerana menyangka bahawa dia adalah ulama besar dan wakil termulia.

Kemudian, Amru’ bertolak ke Syam. Di sana dia melihat penduduk Syam menyembah berhala. Dia menganggap apa yg dilihatnya itu sebagai sesuatu yang baik dan menyangka ianya adalah suatu kebenaran memandangkan Syam adalah tempat para rasul dan penurunan kitab-kitab. Apabila kembali ke Mekah, dia membawa berhala Hubal bersamanya dan meletakkannya di dalam Kaabah. Dia mengajak penduduk Mekah supaya mensyirikkan Allah, lalu mereka menyahut ajakannya. Tidak lama kemudian, penduduk Hijaz turut mengikut jejak penduduk Mekah disebabkan penduduk Mekah adalah penguasa Kaabah dan penduduk Tanah Haram. ……………

[bersambung]…

Diceritakn bahawa Amru bin Luhay dapat melihat jin di mana jin telah memberitahunya bahawa berhala-berhala kaum Nuh iaitu Wad, Suwa Yaghuth dan Nasr tertanam di Jeddah. Lalu dia pun datang dan mencarinya. Setelah ditemuinya, dia membawa berhala2 itu ke Tihamah.
……..Begitulah bagaimana kesyirikan dan penyembahan berhala telah menjadi mercu tanda terbesar dalam agama orang2 jahiliah yang mendakwa kononnya mereka adalah pengikut agama Nabi Ibrahim……..
[dipetik dari Ar-rahig makhtum karangan Said ramadhan al-Butti] "


1) Dari kisah di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa apabila kita menjadi contoh yang baik, kita akan dipandang sebagai orang yang tampak berpengetahuan dan patut dijadikan pedoman bagi masyarakat sekeliling. Amru bin Luhay telah memesongkan akidah orang-orang Arab yang meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya. Apabila satu perubahan dilakukan, pengikut-pengikutnya hanya menerima dan mematuhi tindak laku tersebut tanpa usul periksa walhal perkara yang dilakukan itu adalah nyata sangat asing bagi mereka.

Pada zaman sekarang ini pun perkara sebegini tetap terjadi. Adalah wujud juga ulama’ –ulama’ yang disegani. Tetapi dijadikan seperti Amru bin luhay. Barang apa sekali yang diajar menjadi pedoman dan perkara yang wajib ditunaikan. Walaupun perkara tersebut adalah bidaah semata-mata, tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Itulah padahnya kita jika mengikut membabi buta. Akhirnya diri sendiri yang padah. Tersesat, tersungkur. Diharapkan dapat petunjuk ke jalan Allah, tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Terjadilah ajaran sesat akibat terlalu taksub kepada ulama atau ustaz2. Inilah dia sedikit sebanyak perkara yang sama terjadi bagi ajaran2 al-arqam, ayah pin dan khurafat syirik yg lain2.

Sebagai seorang muslim, yang menyerah diri kepada Allah semata-mata, perlulah kita mempersiapkan diri dengan satu peringatan. Setiap individu berkemungkinan akan melakukan kesalahan. Tiada yang sempurna untuk dijadikan pedoman melainkan nabi Muhammad s.a.w. kita sudah ada contoh terbaik iaitu Rasulullah, jadi mengapa perlu kita mengambil contoh dari orang lain? Perkara2 wajib dan sunnah pun belum habis kita tunaikan, mengapa yang bidaah perlu kita utamakan?

Tak kiralah tok aji ka, tok guru ka, pakai serban lilit2 kepala ka, atau dah mengaji sampai ke negeri pak arab sana. Kalau ajaran atau perkataannya itu telah bercanggah dengan agama Islam, tak usah lah diikut. Apatah lagi dijadikan fatwa. Kaji dulu, jangan terima bulat2. Kita diberi wahyu, diberi akal pula tu. Janganlah sia-siakannya.

Kesimpulan

Nyata sekali di sekeliling masyarakat kita, penuh dgn khurafat, syirik dan bidaah. Imam Hassan al-banna telah menggariskan 20 usul pegangan bagi seorang Muslim untuk memperjelaskan lagi bagi setiap individu-invdividu yang hidup di zaman yang penuh dengan anasir-anasir yang carca merba. Ajaran2 sesat di sekeliling, pengaruh budaya barat, perpecahan dan perbalahan antara umat Islam sendiri dan permasalahan umat yang tiada henti. Untuk memudahkan lagi agar pegangan muslim itu tampak jelas dan tidak mudah dikelirukan dan dipesong, adalah disyorkan kita mendalami dan memahami dasar2 usul 20 yang dikemukakan oleh Imam Hassan al-banna. Penulis dan rakan-rakan penulis amat bersetuju dan sukahati jika ada di antara pembaca yang sudi untuk mempelajari usul 20 ini.


Untuk pengetahuan pembaca2, usul yang kesebelas adalah perkara yang berkait rapat dengan perkara yang dibincangkan kali ini.

"Usul ke-11; Semua bidaah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan. Ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk daripada bidaah itu sendiri. "

Penulis bercadang untuk menulis kesemua usul 20 berkenaan tetapi telah dibatalkan niat tersebut apabila terfikir bahawa entry ini akan menjadi sgt panjang. Adalah disyorkan agar dapat mendalami kesemua usul berkenaan dan mendalaminya dengan orang-orang yang telah lebih alim(berpengetahuan) dalam bidang agama dan telah mengkaji kesemua usul ini. Penulis sekadar dapat membincangkan apa yang penulis sudah betul-betul yakin dan dapat dikongsi bersama pembaca walaupun masih perlu mengkaji dan mendalami kesemua usul 20 ini.

No comments: