Pages

Tuesday, 17 February 2009

kekeliruan kalimah atau aqidah?

malam ini siaran tv tempatan menyiarkan forum yg membahaskan sama ada wajar atau tidak penggunaan kalimah Allah dibenarkan di kalangan penganut agama kristian. persoalan yang dianggap sensitif bagi sebilangan umat islam di malaysia.

saya berpendapat bahawa isu ini yg telah lama dibincangkan. terkadang berase penat pulak bila asyek2 isu ni. saya pulak terfikir, adakah wajar isu ini dibincangkan terlalu lama dan terlalu detail? Pada mulanya timbul isu ini, saya juga agak risau. Tetapi sebenarnya terlindung suatu hikmah di sebalik penggunaan kalimah ini. Percayalah....

sebenarnya, Alhamdulillah... umat islam di malaysia nampaknya peka dgn isu2 berkaitan aqidah. Alhamdulillah.. kerana mereka risaukan generasi akan datang bakal keliru dgn agama ini.

Saya rasa ramai di antara kita, antara ingat ataupun tidak, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., orang-orang bukan Islam juga merujuk perkataan Allah sbg Tuhan mereka. Mereka tidak mengesakan Tuhan, walhal penyembahan berhala secara berleluasa adalah suatu situasi masyarakat Arab ketika itu. Dan wajar juga saya peringatkan warga pembaca semua, yang kebanyakan masyarakat Arab ketika itu masih berpegang kepada kewujudan Tuhan yang perlu ditauhidkan kesan daripada ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. buktinya, mereka masih mengerjakan haji dan mengganggap Kaabah adalah tempat suci bagi orang yang percaya kepada Allah. Sila rujuk teks di bawah;

"" Kebanyakan orang Arab menyahut seruan Nabi Ismail a.s. ketika baginda mengajak mereka kepada agama Islam. Mereka menyembah Allah dan mengesakan-Nya serta mengamalkannya ajaran agamaNya. Setelah berlalu masa yang panjang mereka mulai lupa sebahagian dari ajaran-ajaran itu.

Namun mereka masih tetap berpegang teguh dengan akidah tauhid dan beberapa syiar agama Nabi Ibrahim sehinggalah tiba zaman Amru’ bin Luhay iaitu pemimpin Bani Khuza’ah. Amru’ bin Luhay terkenal sebagai seorang yang banyak melakukan kebaikan, bersedekah dan amat memelihara hal-hal agama. Dengan keperibadiannya itu, dia disayangi oleh manusia dan mereka mematuhinya kerana menyangka bahawa dia adalah ulama besar dan wakil termulia."

Petikan dari kitab Ar-rahiq al-makhtum karangan Safiyy ur Rahman al mubarakfuri

Setelah Rasulullah diutuskan, wahyu2 Allah utk disampaikan sebagai peringatan kepda kita umat Nabi Muhammad s.a.w.(yakni semua yang hidup di atas muka bumi ini setelah nabi diutus), adalah sebagai penjelasan yakni Allah yang hanya layak disembah.

Allah juga menegaskan kepada kita semua dalam surah al-Ikhlas bahawa Dia tidak memperanakkan dan juga tidak diperanakkan.

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia".
(surah ke-112;al-Ikhlas; 1-4)

Say: He is Allah, the One! (1) Allah, the eternally Besought of all! (2) He begetteth not nor was begotten. (3) And there is none comparable unto Him. (4)

(Chapter 112; al-Ikhlas)
Ini adalah satu usaha untuk membersihkan semula anggapan dan kesesatan umat2 yang telah memecahbelahkan dan memesongkan ajaran Nabi Isa a.s.

Apa jadi kalau kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam?

Jikalau kita mengharamkan semua orang menganggap Tuhan itu Allah, ianya sama seperti menganggap bahawa Tuhan untuk orang Islam sahaja ialah Allah, tetapi Tuhan bagi orang lain bukan Allah. Ianya seperti menganggap bahawa Tuhan orang islam sahaja Allah, tetapi Tuhan agama-agama lain bukan Allah. Habis tu ada Tuhan lain ke? TIDAKKKKK!!!

Kita perlu ingat Tuhan hanya satu, dan Allah adalah Tuhan kepada setiap makhluk.

Macam mana dengan anak-anak kita nanti?

Kita risau akan generasi masa hadapan akan keliru dengan agama-agama yang menggunakan perkataan Allah sebagai Tuhan yang sama lantas terus beranggapan bahawa semua agama adalah sama. Satu jalan penyelesaian kepada ini adalah dengan mendidik anak dari kecil bahawa Tuhan adalah satu. Bukan tiga, dan bukan pula disembah dengan perantaraan.

Dengan tertanamnya aqidah yang kuat yakni kepercayaan kepada Tuhan hanya ada satu dan bukan dua atau tiga, tidak beranak dan tidak diperanakkan sudah tentu mana-mana individu sudah pasti dengan perbezaan kepercayaan agama-agama yang berlainan. Tekanlah perkara ini dari kecil dan dalam masa yang lama, sebab Allah juga yang menurunkan wahyu berkisarkan aqidah dan pentauhidan Allah semata-mata semasa peringkat awal penurunan wahyu di Mekah. Selama 13 tahun di Mekkah, muslim sangat kuat terpahat di jiwa kalimat 'Ahad,Ahad,Ahad'.

Apa hikmah yang disebutkan pada awalnya tadi tu ye?

Hikmahnya, cuba anda fikir, berapa ramai yang menjadi curious, bila terdengar bahawa Kristian dan Islam menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan? Berapa ramai yang akan demand the explanantion between this two religion? Lebih ramai yang berminat untuk tahu siapa Allah sebenarnya bukan?..... Fikir-fikirkan.....

No comments: