Bismillah,
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)”
Surah Az-Zukhruf ayat 67.
Kalau diikutkan keinginan nafsu manusiawi kita, macam-macam kriteria ideal yang kita letakkan pada orang-orang di sekeliling kita. Keluarga yang begini-begini. Kawan-kawan yang begini-begini. Pasangan yang begini-begini. Tetapi seperti kereta yang tidaklah mengetahui tentang dirinya sebagaimana jurutera mengetahui dan mengenalinya, maka Allah yang lebih tahu dan kenal akan diri kita mengutuskan insan-insan terbaik untuk berada di sekeliling kita.
As per said; 'Destiny determines who you meet in life. Heart decides who stays.'
Saya perlu kerana saya cinta. 'I need because I love'.
Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih 63.
Pre-friendship day :D

Teman susah dan senang, buruk dan baik.
Walau ada masa tidak sefahaman, ada masa yang mengguris, ada masa membawa diri tetapi jika bukan kamu, tidak tahulah bagaimana saya menghadapi tahun-tahun kebelakangan ini.Terima kasih untuk kebersamaan, pengorbanan, kesetiaan, kesediaan, penerimaan, pemahaman, ketahanan dan terima kasih untuk segalanya.
Saya perlu kerana saya cinta. 'I need because I love'.
Teman perjuangan. Niqabis, Bersih 2.0 . Sumber dari Al-Jazeera in English. Bukan saya walaupun baju sama dan saya harap itu saya :)
"Tidak sempurna iman seseorang kamu itu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” ( Al-Bukhari dan Muslim)
Susahnya mahu mengasihi orang lain seperti mengasihi diri sendiri .... Iman yang tidak sempurna.
Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih 63.
Pre-friendship day :D
No comments:
Post a Comment