Pages

Monday, 1 August 2011

Ramadhan 1

Adakah kamu membaca ini?

Wa qul lil hamd, dan ucapkanlah kesyukuran. Alhamdulillah hari ini hari pertama kita berpuasa, dan sekejap sahaja lagi sudah akan masuk waktu Maghrib dan kita sudah dapat berbuka.

Ada dua kegembiraan bagi orang-orang yang berpuasa. Pertama ialah ketika berbuka puasa. Kedua ialah ketika ia menghadap Tuhannya. [Hadith Riwayat Muslim]

Kegembiraan pertama kita akan tiba sekejap lagi. Tidak mudahpun berpuasa. Saya peminum tegar kopi; puasa sunat satu cabaran besar bagi saya. Apabila mula berpuasa, saya mengalami dekafeinasi dan terhidrat hingga pening kepala berputar-putar. Tapi tak apa, ia cuma efek sementara.

Di antara tanda kebaikan agama seseorang ialah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna bagi dirinya. [Hadith Riwayat Tarmizi]

Puasa menjadikan saya kuat kerana kebanyakan masa saya akan ingat saya sedang berpuasa lantas ingat kepadaNya. Jika telah ingat kepadaNya maka saya tidaklah membuat perkara-perkara lagho seperti browsing berlama-lama dan menonton tv sahaja, atau malas buat kerja.

Alhamdulillah saya rasa hari ini adalah lebih teratur dan produktif daripada semalam. Semoga saya mampu mengekalkan keteraturan ini sehingga ke penghujung Ramadhan, seterusnya ke penghujung semester pengajian dan sehingga ke Ramadhan yang seterusnya. Amin.

Pada Ramadhan, tadabbur ayat-ayat Allah adalah lebih menyentuh jiwa.

Jangan sekali-kali engkau tujukan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah Kami berikan kepda mereka, dan jangan engkau bersedih hati terhadap mereka dan berendah hatilah terhadap orang yang beriman. [Al-Hijr:88]


Cikgu saya bertanya, "So you are finishing this semester?"

Saya sengih dan berfikir sebentar sebelum menjawab, "In God's will."

Kemudian ia slam saya. Katanya ia ada masalah dengan kata-kata itu. Katanya, "God's will always gives you the best. It is only up to you, and me whether we can afford it. I have problem with that sentence."

Saya gelak dan minta maaf.

Saya katakan padanya, "That's not what I mean by that sentence, Sir. I mean I will struggle, but the rest is in God's hand."

Kemudian katanya,

"Why is that human being when something is not within control, he leaves it into God's hand. But for things he needs to work on by himself, God does not appear there."

Saya mahu teruskan lagi tapi saya sedang mengalami efek dekafeinasi dan berpusing-pusing. Nantilah saya email pada dia.


InsyaAllah dah nak masuk waktu berbuka ...

No comments: