Pages

Thursday, 4 August 2011

Ramadhan 4

Bismillah,

Teman lelaki - teman lelaki saya.

Satu Tingkatan 2, satu Tingkatan 1. Semasa saya mula tinggal di asrama, mereka berusia 4 tahun dan 3 tahun. Salah satu yang menjadikan saya homesick amat ialah - tidak dapat melihat mereka membesar di hadapan mata. Setiap dua minggu berjumpa, saya akan, "Mari kakak ukur tinggi. Macam dah makin tinggi." Psiko. Kanak-kanak kan cepat membesar.

Sekarang juga setiap kali pulang kampung selepas beberapa bulan mereka selalu mahu ukur tinggi - sudah berapa rendah saya berbanding mereka. Psiko. Kemudian mahu compare muscle juga.

Walaupun telah lebih tinggi, saya tetap rasa mereka itu budak-budak kecil saya. Hingga bila tiba satu masa bila mahu mencium pipi mereka, saya dapat rasa ketidakrelaan mereka. Kemudian, saya akan minta kebenaran terlebih dahulu, "Boleh kakak cium pipi?" Mula-mula, "Boleh. Sebelah je." Kemudian, "Malulah orang nampak." Kemudian,"Tak payahlah. Aa dah besar."

Kemudian saya sedar mereka telah besar dan saya perlu membiarkan mereka dengan keremajaan mereka.

Hari itu adik perempuan menelefon menceritakan perihal Aa yang memanjat pokok rambutan dan termenung di atasnya. Habislah saya bimbang memikirkan masalah kecelaruan emosi remaja. Bila saya bercakap dengannya katanya, "Biasa je Kakak. Tak ada aktiviti menarik. Kena cari aktiviti mencabar." -_-

Kemudian saya sedar mereka telah besar dan saya perlu membiarkan mereka dengan kedewasaan mereka.

Kakak juga melepaskan saya apabila saya berkata kepadanya, "Kakak, saya tak ada hati." Sebelumnya saya beralasan-beralasan.

Ini fasa kehidupan. Apabila seseorang itu telah dapat menyatakan dengan jelas pendiriannya dan apa yang ia mahukan, ia telah berada di fasa seterusnya yang lebih dewasa, dan kita tidak perlu bimbang-bimbang lagi.

"Saya mahu .. err.. er .."

Selalunya kalau sesuatu itu kita sudah betul berusaha dan berdoa, jika masih tidak boleh, maka lebih baik lepaskan saja. Tapi, projek ... Jadi sayapun bergelandangan meminta orang lain juga tolong mendoakan saya. Mungkin doa kamu lebih makbul, dan saya akan berusaha T_T


"Saya mahu redha Allah."

No comments: