Pages

Thursday 1 May 2008

Al-Qalbu


Alangkah susahnya mendidik hati,

Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan,

Menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan.

Alangkah susahnya mendidik hati,

bila dipuji sombong menghiasi diri,

bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati,

bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai..

Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..."

Rasulullah saw bersabda "Seseorang yg tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran) pun dalam hatinya adalah umpama sebuah rumah yg kosong" (Riwayat At Tarmizi)

Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran." (Riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

PETUA MENCUCI HATI

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a.

Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah,jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur.

Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosadi- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat

Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran

Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari

Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif

Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.Katakanlah: "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa

Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati

Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan

Jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin

Ini akan membawa kepada keinsafan diri

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb).

Jangan dengar orang mengumpat.

diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr.Haji Fadzilah Kamsah

No comments: