Pages

Sunday 4 May 2008

A.M.A.N.A.H


Katakanlah, “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.”
Al-An`am ( 6: 162 )


Berjalan-jalan bersama sahabat-sahabat, tak terasa seperti mahu bercakap perihal kasut, baju dll. Juga tidak soal pelajaran yang begitu menjadi fokus mereka. Justeru, lebih senang mendiamkan diri. Saya melihat, orang ramai yang begitu khusyuk membelek baju, kasut dll. Saya melihat begitu ramai orang berbaris di J.co dan Jusco bakery. Saya melihat gambar-gambar lucah terpampang di mana-mana sebagai teknik marketing. Saya asyik memerhatikan gelagat manusia. Lalu terfikir sendiri, apa matlamat hidup mereka ini?

Bekerja keras demi mendapatkan banyak wang hanya untuk membeli baju, kasut, dll yang cantik-cantik dan mahal-mahal?
Bekerja keras demi mendapatkan banyak wang hanya untuk makan makanan yang sedap-sedap macam J.co dan kek?
Menjadi hamba duniawi, obses dengan fesyen, trend, kesenangan dunia?
Atau belajar bersungguh-sungguh demi untuk mendapatkan kerja yang bagus, lalu bekerja keras demi untuk membeli kasut, baju, dll, dan untuk makan makanan yang sedap-sedap lalu obses dan menghambakan diri dengan dunia?
Ahh..aku kebingungan..

Persoalannya, apa sebenarnya matlamat hidup kita?
Tanya seorang ustaz kepada seorang sahabat, “ Berdosa tak kalau kamu ponteng kelas, tak belajar sungguh-sungguh?”
Pantas sahabat itu menjawab, “ Eh, berdosalah ustaz. MARA dah hantar kitorang kat sini, belajar tu amanahla. Mana boleh ponteng-ponteng.”
“ Kalau macam tu, apa amanah Allah hantar kamu atas muka bumi ni?”
Sahabat itu lantas terdiam.

Begitulah kita, selalu kabur tentang yang hak, hanya mentafsir sesuatu dari permukaannya. Kita ibarat orang yang memetik suis lampu, dan lampu itupun bernyala. Lalu kita dipanggil orang yang membuka lampu. Padahal, kita lupa bagaimana halnya tenaga elektrik itu dijana di pusat janakuasa, dialirkan ke kawasan kediaman melalui sistem-sistem yang kompleks, sehingga sampai kepada mentol lampu, lantas dialirkan ke dalam filamen sehinggalah lampu itu dapat menyala. Kita lupa apa-apa rezeki yang kita dapat itu segalanya dari Allah. Sedangkan jasad ini sendiri adalah milik Allah, pinjaman semata-mata, apa lagi rezeki lain yang nyata.
Sedarlah, kewujudan kita di dunia ini adalah amanah yang sangat besar.

Al-Baqarah (2: 30)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “ Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Carilah matlamat hidup anda wahai para khalifah, samaada untuk menyucikan nama Allah di muka bumi, atau menjadi manusia yang berbuat kerosakan semata-mata. Samaada untuk mengotakan tanggungjawab khalifah sebagaimana yang diamanahkan, atau lagho dengan dunia yang memakai make-up ini. Wallahua`lam bissawab.

1 comment:

Faizudin said...

Correction: Jusco Bakery
--> La Boheme