Pages

Friday 9 May 2008

*inikah KITE? *

Seorang sahabat baik menghubungi, bercerita mengenai kehidupannya. Mulanya soal pelajaran dan perkara umum yang lain. Lama kelamaan menjurus kepada perkara biasa yang menjadi topik remaja; hubungan lelaki dengan perempuan…yang ajnabi pastinya..
Dulu dia pernah bercerita, temannya itu agak menghimpit hidupnya. Panggilan demi panggilan perlu dilayan, kemudian perlu memenuhi temujanji dalam kesibukan belajar dan jarak yang memisahkan. Mulanya berjarak sewaktu berjalan beriringan, tapi lama kelamaan temannya itu berdegil mahu berpegangan tangan. Sahabat ini yang malas nak cakap banyak terpaksa mengalah. Lalu dia bertanya, apa komen saya.

Sebenarnya saya agak malas untuk berbicara perihal perkara ini dengannya.Alasannya mudah; kita semua sudah sedia tahu apa yang hak dan apa yang batil, tapi nafsu manusia tetap cuba mencari akal untuk menghalalkan apa yang salah, untuk kepuasan diri sendiri. Padahal, bukan AdDeen (cara hidup) Islam yang perlu disesuaikan dengan kehendak kita, tapi kita yang perlu berusaha sesungguhnya untuk memenuhi tuntutan AdDeen…

Saya tidak bercakap banyak, sebab semuanya soal hati masing-masing, lagipun rasanya saya kurang layak untuk bercakap soal ini. Lalu saya hanya menyampaikan satu hadith Rasululullah Sollallahu`alayhiwasallam;

`Sesungguhnya menusukkan besi panas ke kepala seorang lelaki itu adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang perempuan yang bukan mahramnya.`
(Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Dia terdiam, kemudian menyatakan kekacauan hatinya. Saya cuma mendengar dan cuba menyelitkan ingatan di mana-mana yang patut, selebihnya fikirlah sendiri. Bila kami berhubung lagi kali ini, dia bercerita soal sahabat lain yang sibuk mencari pasangan, kerana bimbang tidak berteman tatkala melanjutkan pelajaran di luar negara. Bimbang bilamana pulang ke Malaysia nanti, sudah tak sempat mencari pasangan. Macamlah sudah sekonfemnyelah teman itu akan dikahwini kelak.

Mendengar ceritanya, saya longlai, sebak...Apa kejadahnyelah remaja-remaja di Malaysia sekarang. Teringat discussion board dalam halaqah online, usrah online dll yang suatu masa dilambaki isu couple dan cintan cintun ini. Hati berasa kesal. Kita semua memang dibesarkan dalam tarbiyyah jahiliyyah, yang lebih condong kepada perkara mungkar. Apa nak jadi dengan kita? Tatkala umat Islam lain disibukkan dengan tugas menyucikan nama Allah, tatkala saudara Islam lain berhadapan penyeksaan di bumi suci Palestin dengan penderitaan yang tak sudah-sudah selama 60 tahun, tatkala umat Islam lain berhadapan masalah keruncingan ekonomi yang teruk hingga kebuluran dan tertindas di bumi sendiri, kita masih tak sudah-sudah disibukkan dengan masalah……..couple…...

Apa nak jadi dengan kita?

Isu pergaulan bebas berleluasa, timbul pula soal berkawan baik antara lelaki dengan perempuan (kawanje bukan couple). Ramai yang cuba bertolak ansur dalam isu ini, cuba-cuba menyesuaikannya dengan keselesaan diri sendiri. Walhal tanpa kita sedari, percampuran bebas antara lelaki dengan perempuan inilah, yang menjadi punca kepada segala permasalahan sosial hari ini.

Apa nak jadi dengan kita?

Saudara kita ; umat Islam di penjuru lain dunia, sibuk membina tarbiyyah diri ke arah menjadi pejuang agama, sibuk mengatur strategi jihad di jalan Allah, kita lagho dengan isu remeh; couple,fesyen, assignment yang tak habis-habis, sibuk membazirkan nyawa dan tenaga di litar lumba haram. Saudara kita sibuk meningkatkan ilmu agama untuk membina ketakwaan dalam diri, kita tak sudah-sudah berborak perihal baju, kasut, movie, game, lelaki, perempuan etc.. Saudara kita ralit berteleku mencari ketenangan di tikar sembahyang bermunajat menagih cintaNya, kita ralit mencari hiburan yang extravaganza, clubbing, berpesta, kononnya untuk release tension. Saudara kita sibuk meningkatkan hafazan Kalamullah demi kecintaan padaNya, kita tak habis-habis dibuai lagu-lagu Barat berunsur cinta dunia yang membutakan hati….

Kitakah ini? Yang mengimpikan cinta dunia, mengimpikan cinta insan ajnabi? Kitakah yang mengimpikan result gemilang dan kerjaya cemerlang yang terbilang untuk mengumpul status duniawi? Yang mengimpikan harta bertimbun, banglo sebesar istana dengan swimming pool ibarat swimming pool sekolah sukan ? Kitakah ini yang mengimpikan kawan-kawan yang ramai, yang senantiasa ceria berkongsi ceritera-ceritera gembira dan gelak tawa dunia? Sedangkan semuanya akan hilang dengan mati yang pasti...

Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat. Maka tidak akan diringankan azabnya dan mereka tidak akan ditolong.
Al-Baqarah ( 2:86 )


Sedang mereka di sana mencintai Allah semata-mata, hidup dengan mencari syahid semata-mata, demi menggapai keredhaan Allah semata-mata……..

Kita?

Dan mereka tidak akan menginginkan kematian itu sama sekali, kerana dosa-dosa yang telah dilakukan tangan-tangan mereka. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang zalim.
Al-Baqarah ( 2:95 )

Sesungguhnya kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?
Al-An`am ( 6:32
)

Di mana nilai cinta Allah pada kita??

1 comment:

suraya sani said...
This comment has been removed by the author.