Pages

Thursday 29 May 2008

Kisah comel (1) ~ robot cute


Seorang jurutera mencipta sebuah robot yang cute seperti dalam gambar. Robot ini mempunyai keupayaan yang unik; ia mampu mengecas dirinya sendiri kerana ia telah dibekalkan dengan sensor yang dapat mengenalpasti plug elektrik. Lalu bermulalah kehidupan robot ini. Ia dilepaskan dan bergerak beberapa kilometer, sehingga ia menemui plug untuk mengecas baterinya yang cuma tinggal satu bar saja lagi. Setelah bateri penuh, ia kembali menyambung perjalanannya beberapa kilometer lagi dalam usaha mencari plug untuk recharge lagi sehingga bateri penuh. Kemudian, robot cute ini kembali menyambung perjalanan mencari plug, dan bila bateri hampir habis ia mengecas dirinya lagi. Kemudian, robot cute ini kembali menyambung perjalanan mencari plug, dan bila bateri hampir habis ia mengecas dirinya lagi. Kemudian, robot cute ini kembali menyambung perjalanan mencari plug, dan bila bateri hampir habis ia mengecas dirinya lagi. Kemudian....(baca seperti di atas sebanyak 800x) akhirnya, robot cute inipun rosak dan tidak dapat bergerak lagi.
rasanya kalau-kalaula robot ni boleh berfikir apalah agaknya komen si robot. maybe ia akan cakap:
"Woi mr engineer, wat ape ko cipta aku in the first place ha? aku hidup sia-sia, matipun sia-sia."
('_')
...to be continued...

No comments: