Pages

Friday 30 May 2008

Kisah (2) ~ seorang engineer

mr engineer yang sama, yang mencipta robot tersebut, bekerja di sebuah hi-tech company. setiap hari, dia terpaksa keluar rumah sebelum subuh untuk mengelak traffic jam. dia menggunakan kereta untuk ke pejabat dan terpaksa mengisi petrol 3 4 kali seminggu. dia bekerja untuk mendapatkan gaji, supaya dia dapat makan makanan yang elok supaya sihat, supaya dia boleh pergi kerja. dia bekerja untuk mendapatkan pakaian yang elok, supaya dia dapat pergi kerja dengan pakaian yang elok. dia bekerja untuk memenuhi keperluan dan keinginan lainnya seperti rumah yang selesa, supaya dia dapat berehat dengan selesa selepas penat bekerja. dia memerlukan wang gaji untuk mengisi petrol keretanya, supaya dia dapat membawa kereta itu pergi kerja. dia balik rumah menjelang tengah malam dan terus tidur supaya bertenaga keesokan harinya untuk pergi kerja lagi. mr engineer ini terpaksa bekerja keras hingga tension untuk mencipta sebuah radio seperti dalam gambar, supaya orang yang tension bekerja dapat dengar radio tersebut...
...to be continued...

1 comment:

TyRoX SaN said...

weeee.

dah jumpa pun blog auni