Pages

Sunday 1 June 2008

Kisah (3) ~ Seorang student

Seorang student di sebuah institusi pengajian tinggi, mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia mahu struggle sehabis boleh dalam pengajiannya, supaya dapat score result yang gempak. Impiannya, semoga tamat pengajian nanti dia dapat peluang bekerja di sebuah double mega company. Dapat jawatan besar, gaji lumayan. Dia akan bekerja keras mengumpul wang. Setelah menemui calon isteri sempurna, dia akan mendirikan rumah tangga. Kemudian dia akan berusaha untuk naik pangkat ke jawatan tertinggi, supaya gajinya juga paling tinggi. Setelah mereka beroleh cahaya mata, dia pasti lebih berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Anak-anak akan ke sekolah terbaik, dengan harapan bila besar nanti mereka akan jadi orang berjaya sepertinya. Setelah cukup pengalaman, dia akan membuka syarikat mega sendiri. Sebagai CEO, dia akan terus berusaha untuk memajukan syarikatnya. Berusaha lagi, dan lagi, dan lagi...Setelah syarikatnya berjaya tersenarai di BSKL @ maybe Wallstreet, dia akan mengerah tenaga untuk mengekalkan kestabilan syarikatnya. Dan berusaha lagi, dan lagi, dan lagi....eh eh, tiba-tiba dia tersentap. lepas tu apa eh? Lepas penat-penat struggle nak masuk Wallstreet, aku matike? (~,-)

No comments: