Pages

Sunday 14 September 2008

Kisah Ramadhan Saya +_+

(1) Sakit kepala…
Programming yang menyesakkan jiwa. Semacam satu impak, programming meng`effect` kehidupan. Bagi orang yang mempunyai tahap ke`pick up`an yang rendah, peng`hadam`an yang slow dan ke`ego`an yang tinggi, lab digital system menyesakkan jiwa amat…. Tak tau apa yang perlu dikomen … kadang terasa lemah amat, rasa tak mampu lagi, dan mahu berhenti. Duduk sejenak, tapi lepas tu kena cepat-cepat bangun balik. Kalau ditanya kenapa tak siap kerja, takkan nak dijawab;
“I gave myself time to sit and reflect, I bermeditasi.” Siapalah yang faham…..

Kesan programming; dilanda stress. Kepala dua hari sakit tak berhenti, lenguh tengkuk dan belakang yang tak hilang walaupun baring, hilang selera makan waktu sahur dan berbuka, dan hilang selera bercakap.

(2) Surah Ah-Nahl
Surah Lebah. Saya sedang membaca Surah Lebah sekarang. Dalam `kekurang upaya`an saya perlu teruskan bacaan, supaya dapat khatam on time. Tak saya sedar selama ini, surah ini rupanya sangat-sangat cantik. Kenapalah boleh terlepas pandang surah yang cantik ni….. Dalam Surah Lebah, Allah bercerita tentang bukti-buktiNya yang jelas, yang tak terfikir kalau tak diceritakan, walaupun bukti itu di depan mata.

[i] Haiwan ternak
Dia menciptakan haiwan ternak untuk manusia. Pada haiwan ternak itu ada bulu yang menghangatkan, ada makanan, dan haiwan tersebut diperintahkan membawa beban yang tak sanggup diangkut manusia. Dia memberikan perasaan gembira kepada seorang penggembala dengan haiwan ternak yang dimiliki. Dia menciptakan kuda dan keldai, juga kacukan kuda+keldai=bagal.

[ii] Dia menurunkan air dari langit sebagai minuman dan untuk menyiram tumbuhan. Dari tumbuhan yang dimakan, Dia menjadikan dalam perut haiwan itu susu yang murni yang mudah diminum, yang berada antara darah dengan kotoran. Dia menumbuhkan pelbagai tanaman dan buah-buahan, seperti zaitun,kurma,anggur. Dan dari kurma dan anggur itu, manusia membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik.

[iii] Dia menundukkan malam,siang,matahari dan bulan agar disesuaikan dengan fitrah manusia. Dia mengendalikan bintang-bintang sebagai petunjuk jalan bagi manusia.

[iv] Dia menundukkan lautan untuk manusia, supaya manusia dapat makan daging yang segar, memperoleh perhiasan untuk dipakai, dan perahu dapat belayar padanya untuk mencari kurniaNya

[v] Dia memerintahkan lebah untuk bersarang dan mengumpulkan madu, agar manusia beroleh khasiatnya

.…dan banyak lagi, bacalah sendiri. Surah ini mengandungi bukti nyata yang cantik perumpamaannya. Kita jarang terfikir tentang haiwan yang membawa beban untuk manusia, tentang ikan dan mutiara dari laut, tentang susu yang dijadikan pada haiwan mamalia, tentang penciptaan bintang sebagai petunjuk, tentang semuanya, bahawa semuanya adalah rahmat dari Allah semata-mata untuk kita ….

(3) Stress
Kenapa stress? Dari membaca bukti-bukti kekuasaan dan sifat Maha Penyayang Allah Taala dalam Surah An-Nahl, tiba-tiba soalan ini menerpa diri sendiri; `Betulkah aku beriman pada Tuhan? Setakat mana keyakinanku akan hari Qiamah ?
Tanyakanlah pada diri sendiri, apakah kita benar-benar beriman ??

Kalau aku beriman, kenapa aku boleh stress macamni? Kenapa?
Bukankah ujian itu dari Allah? Tidak cukup yakinkah aku padaNya ?

Saya pernah menghadiahkan ayat Al-Quran ini buat seorang sahabat. Bunyinya :

[Surah Hud, 11:10-12]
11) Dan jika Kami berikan rahmat Kami kepada manusia, kemudian (rahmat) itu kami cabut kembali, pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih.
10) Dan jika Kami berikan kebahagiaan kepadanya setelah ditimpa bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata, “Telah hilang bencana itu dariku.” Sesungguhnya dia sangat gembira dan bangga,
12) kecuali orang-orang yang sabar, dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh pahala ampunan yang besar.

Satu lagi kiasan yang cukup cantik. Bahawasanya manusia mudah lupa dan tidak bersyukur dengan apa yang diperoleh, dan merasa sangat gembira bila mendapat keuntungan dan kegembiraan. Ironinya, hanya orang-orang yang sabar yang bersyukur dan berterima kasih dengan ujian yang dianugerahkan Allah… dan ironinya lagi, jika aku mahu jadi orang yang sabar, aku patut bergembira dengan ujian yang ditempuh, bukan gembira apabila ujian itu telah ditarik balik oleh Allah ! Ironi paling pedas, pandai aku bercakap.. Nasihatkan orang konon… Cakap memang mudah, menelannya sendiri, Wollahua`lam…..

Masih nipis rupanya iman di dada, lupa setiap usaha itu ada balasannya. Bukannya hanya bila programming ku menjadi, barulah aku beroleh pahala…lupa…. Terbazirnya masa bila membuat kerja tanpa ehsan; yakni perasaan ikhlas semata-mata kerana Allah, dengan keyakinan bahawa Dia sentiasa memerhatikan sepanjang masa…. Oooh ruginya...

(maksudnya)
Stress --> Kurang iman --> tidak beriman --> tak bersyukur --> kufur ni`mat --> kufur ?! na`udzubillahiminzalik…. YaAllah ampunkan aku, jauhilah…….


(4) ½ darinya…..
Tetamuku, sudah menginjak separuh masa… sekarang hampir separuh masa kedua. Aku?
Masih terbangak-bangak* membuat programming dan mengimbau kenangan Warman yang `indah` (maaf ini bukan sesi meluahkan perasaan). Sigh . hidup yang penuh episod duka (ini hiperbola).
Maaf, bukan aku menolak perlunya bersusah payah siapkan quotation programming; jauh sekali, bukan juga menolak perlunya meng`reflect` pahit manis Warman sebagai tauladan masa depan. Tapi dari episod-episod kehidupanku, aku tertanya-tanya, tercapaikah `TAQWAA` hasil dari puasaku?

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwaa.
[Al-Baqarah; 2:183]

Kalau sudah tercapai, pastinya aku tak menjadi stress begini. Kalau aku sudah beroleh taqwaa yang cukup, pastinya aku buat programming bukan kerana takut pada Mr Albert (tutor yang baik) atau Dr Nader (lecturer yang 2x baik), tapi buat kerana takutkan Allah semata-mata, kerana siapkan kerja itu amanah dariNya. Kalau betul aku bertaqwaa, pastinya aku tak putus asa dan rasa down, kerana orang yang bertaqwaa itu betul-betul menggantungkan pengharapannya pada Allah semata-mata, tiada dua @ tiga tempat untuk meminta… Aku??

Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwaa.
[Al-Hujurat: 49-13]

Aku perlu lebih usaha untuk jadi manusia yang lebih bertaqwaa. Tanpa taqwaa, hinalah aku…


Hampir separuh Ramadhan berlalu, aku masih gagal mengatur hidup sebaiknya; waktu mana untuk urusan peribadi, mana untuk study, mana untuk Ibadahku…ai… apa silapnya puasaku? Masih belum cukupkah anggota, dan paling pentingnya; jiwa, berpuasa?
Jawapannya; mestilah belum.


Tahajjud aku cukup liat, tunggang-langgang. Sahur boleh pulak aku bangun, dan bersahur dengan bersemangatnya… Sigh … ironinya lagi, sekarang dah pukul 1 lebih, dan aku masih belum tidur. Konon nak bangun tahajjud….. YaAllah permudahkanlah, permudahkanlah YaAllah, YaAllah…moga dipermudahkan………. Ameen….


Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.

[Al-Baqarah; 2:112]


Di Bulan Ramadhan al-Mubarak ini, aku berazam untuk menyiapkan assignment programming dengan senyuman (Tak siappun tak apa, asal usaha sedaya upaya) .


P/s : Kisah Ramadhan Saya bukan diceritakan sekadar cerita semata-mata. Ambillah kisah dari Ramadhan saya, untuk merefleks Ramadhan anda pula, semoga kita sama-sama tergolong dalam golongan orang yang bertaqwaa, insyaAllah.

*Perkataan yang tidak pasti kesohihannya, barangkali tidak wujud dalam Kamus Dewan

No comments: