"Aku nak kahwin cepat-cepat!" Begitulah kata-kata beberapa orang gadis yang pernah didengari aku secara langsung atau tidak langsung sepanjang aku berada di dunia tarbiyyah.
Ada pelbagai sebab kata-kata itu terpacul dari mulut mereka. Ia tidak akan diluahkan hanya kerana suka-suka apatah lagi daripada wanita yang mempunyai kefahaman dan fikrah agama yang tinggi. Untuk orang lain, biarlah dia teringin kahwin cepat disebabkan tertekan dan kecewa putus cinta. Maka, tidak hairanlah jika orang lain itu mula mengidam-idam supaya dia bertemu dengan orang sempurna sesegera mungkin, agar rasa kecewanya hilang buat selama-lamanya.
Tapi kisah begini bukan lagi menjadi persoalan buat perempuan-perempuan yang ada fikrah. Ini kerana mereka begitu istimewa, tidak lagi terjebak ke dalam dunia putus asa dan cinta monyet seperti zaman 'muda'. Bagi mereka perkara ini hanya hal remeh-temeh yang tidak perlu diambil kisah. Perempuan yang ada fikrah begitu mencintai Tuhan-Nya, sehingga dia terlupa untuk mencintai manusia kadang-kadangnya -melainkan cinta Tuhan itu jatuh kepada manusia yang istimewa seperti Rasulnya dan ibu bapanya. Perempuan ini begitu cinta kepada akhwatnya, sehingga terasa mustahil untuk berasa sunyi dan ditinggalkan. Penghidupannya terasa lengkap walaupun diuji dengan pelbagai dugaan, kerana dia yakin di sisinya ada Allah dan tentera-tentera-Nya yang menjanjikan kemudahan dan keamanan.
Namun, kadang-kadang ada sesetengah di kalangan mereka terlupa tentang hakikat cinta itu sehingga meletakkan hal perkahwinan yang suci itu sebagai suatu penyelesaian atau lebih jelas disebut sebagai jalan pintas bagi melarikan diri daripada masalah. Tidak, jangan begitu akhwatku. Jangan tuduh ikatan perkahwinan sebegitu.
Memang tepat sekali jika ada yang mengatakan bahawa perkahwinan itu suatu penyelesaian masalah. Bahkan, hidup kita kan dilengkapi sebanyak 50 peratus lagi, menjadikan ia sempurna dan melegakan. Namun, perkahwinan bukan penyelesaian untuk masalah yang belum selesai!
Mengapa begitu?
Ini kerana hakikatnya, dalam jalan yang penuh berliku dan panjang ini, pelbagai tahap bakal dilalui. Yang belajar akan bekerja, yang bekerja akan berkahwin, yang berkahwin akan menimang cahaya mata, etc. etc. Semua tahap ini membawa perubahan yang besar dalam kebiasaan hidup, lalu secara langsung menjadi penapisan manusia di sepanjang jalan yang panjang ini.
Kita mengharapkan perkahwinan menjadi suatu platform yang akan melajukan lagi gerakan kita di dalam jalan ini. Adalah menakutkan jika kita tertapis di platform ini dek kerana disibukkan dengan dunia baru berbanding sibuk di jalan ini. Antara sebab tapisan ini berlaku juga kerana niat asal menjadikan perkahwinan ini sebagai jalan melarikan diri daripada masalah.
Ada yang ditinggalkan ibu bapa sejak kecil dan alhamdulillah dia terjumpa sinar cahaya yang terang ke arah islam yang sebenar. Masalahnya, dia beria-ia mahu bernikah, dengan menceritakan kisah silamnya sebagai alasan dan petunjuk akan kesunyiannya. Maka, alhamdulillah jika masalahnya selesai dengan berkahwin. Kalau tidak?
Sebetulnya, dia perlu disedarkan dahulu bahawa masalahnya boleh selesai dengan islam. Kesunyiannya hanya bisa terlerai dengan islam, dengan merasa hadirnya cinta dan kasih sayang Tuhan di dalam diri. Dan juga setelah merasakan betapa indahnya ukhwah islam itu, barulah ia berhak membuat keputusan untuk bernikah. Semua masalah tidak selesai hanya dengan berkahwin walaupun pasangannya mempunyai fikrah islam. Bahkan ia mungkin menambah masalah atau melambatkan gerakan pasangannya!
Belajarlah untuk menyelesaikan masalah sendiri. Belajarlah untuk menghadapinya sendiri.
Perkahwinan bukan jalan pintas.
p/s: Tiada kaitan dengan awak ya, Yamini. Nasihat untuk diri sendiri :)
Get More Islamic Testi Here!
1 comment:
hahaha....
i've been there and grateful not the same person anymore. =)
Syukur alhamdulillah
thanks to akhawat yg sentiasa menyayangi dan care.
Mari berkorban duniawi kerana Allah kerana janjiNya lebih kekal.
Imam Nawawi tidak kahwin, Said Qutb juga tidak kahwin, Mus'ab jugak tidak kahwin. So apa salahnya wanita juga tidak. Jadi kita bebas memilih sesiapa sahaja yg kita suka utk hidup SELAMA-LAMANYA!(gatal tak..hahaha)
InsyaAllah.....
Kalau orang tanya siapa dan di mana soulmate kita, jawabnya? "Di Lauh Mahfuz lah"=p
Post a Comment