Pages

Sunday, 4 April 2010

Mahu menjadi yang lebih baik !


-->
Kami yang selalu berada di belakang selalu saling bertanya; “Bila pula akan sampai giliran kita berada di depan macam tu?”
MashaAllah !
Sisters itu sangat hebat. Butir kata dan tingkahnya penuh himmah (semangat).
Sisters itu sangat lembut dan penyayang. Gerak lakunya berisi cinta dan tertib.
Sisters itu laksana kupu-kupu; yang indah dipandang dalam segala kesempurnaan.
Sampai bila kita akan terus begini ?

Ini jalan yang panjang dan penuh liku. Tetapi ada masanya bila kita berhenti sejenak untuk bermuhasabah, kita akan sedar bahawa kita masih belum sampai ke liku yang berikutnya. Oleh kerana langkah kita terlalu sempit dan penuh hati-hati, kita masih juga berada di takuk yang sama.
Di dalam jalan ini, kita akan semakin terbiasa dengan segala susah payah dan pengorbanan, hingga sampai masanya semua itu menjadi kebiasaan dan recah kehidupan.
Di daurah kali ini, yang sangat menyentuh aku ialah melihat wajah kakak-kakak kami. Melihat mereka yang telah berada dalam tarbiyah selama kurang lebih 10 tahun, aku berasa bahawa mereka itu adalah lebih pemuda daripada kami yang lebih muda daripada mereka. Sifat rijal itu ada empat yakni :
i. Berkeyakinan tinggi – mendapat fahanam yang bersih tentang perkara haq kerana mempunyai fikiran yang sangat bersih dan rasional, lantas meyakininya
ii. Berani – mempunyai keberanian untuk menegakkan yang haq dan menolak yang batil
iii. Hamasah (bersemangat) – semangat yang berkobar-kobar untuk merealisasikan idealisme
iv. Ikhlas – perjuangan hanya berteraskan keredhaan Allah dan bukan untuk kepentingan lain

Dengan merujuk kepada sifat-sifat rijal ini, aku berasa seperti seorang tua yang sudah kurang bermaya. Sudahlah asyik penat dan mengantuk walhal aku masih seorang bujang yang tidak mengandung atau ada tanggungan keluarga, lagi tidak bersemangat dan tidak juga idealistik.
Aku sangat kagum pada mereka – bila perlu bercakap mereka bercakap dengan pengisian yang berat, basah dan mengesan. Bila disuruh melakukan suatu kerja mereka pantas menyahut dengan penuh amanah tanpa sebarang komen atau keluhan. Bila disuruh bermain mereka bermain dengan ‘all out’ tanpa perlu menjaga kredibiliti atau kemachoan.
Sentiasa saja dalam sesi melaporkan gerak kerja dan membuat plan hala tuju, aku dikagumkan lagi dengan semangat mereka. Aku yang selalu letih lesu ini ‘wonder’ lagi – Macam manalah kakak ini masih begitu bersemangat? Selepas lebih 10 tahun, bagaimana semangat mereka masih berkobar-kobar tanpa dilunturkan oleh waktu? Betapa aku yang baru setahun jagung bekerja pada jalan ini selalu lupa akan matlamat gerakan, sehingga aku hanyut dalam rutin yang kononnya sebuah perjuangan.
Seperti kata sister itu, ‘Adik-adik yang baru biasanya sangat bersemangat, bila minta refleksi panjang berjela dengan kata-kata bombastik dan puitis bersajak-sajak. Tetapi adik-adik yang dah lama ni, biasanya sudah tak excited lagi.’
Tapi kakak, macam manu kamu boleh terus-menerus berasa ‘excited’ ?
Aku ‘wonder’ lagi – betapa mereka menaruh perhatian dan memerah fikiran untuk membuat perancangan, layaknya seperti sebuah persidangan untuk merancang strategi melancarkan bisnes jutaan ringgit – walhal mereka tidak di`assign` dengan sebarang pangkat atau jawatan, walhal tiada yang memantau, walhal tiada apa yang akan mereka peroleh daripadanya. Aku `wonder`, betapa tingginya keikhlasan mereka, yang seikhlasnya hanya mengharapkan balasan daripada Allah semata-mata.
Dalam refleksi aku, aku melihat mereka adalah dae’i sepenuh masa, yang seluruh fikiran, tenaga, masa dan harta dipusatkan pada gerak kerja. Sedangkan aku? Alhamdulillah insyaAllah Muslim sepenuh masa, tapi masih lagi dae’i sambilan. Aku letakkan banyak kepentingan diri sebagai penghalang, aku tidak all out, dan aku bekerja seadanya. Sehingga aku selalu terfikir, andai pekerja Islam itu ramainya seperti aku, sampai bila pun Islam tidak akan tertegak.
Kata kakak, 'Daripada 10 orang, mungkin hanya 2 yang akan terus tsabat.' itu sangat mengesankan dan membimbangkan diri-diri kami. Sungguh Tuhan, kami tak mahu tertapis.
‘Ya Allah Ya Tuhan kami, dalam jalan yang panjang dan penuh liku ini, kau tetapkanlah kami pada menyembah dan megesakanMu. Benarkan kami untuk terus belajar dan belajar, untuk terus menjadi yang lebih baik. Pada setiap tingkat tapisanMu, tambahkan kekuatan bagi kami, dan jangan Kau tapis kami Ya Allah. Tetapkanlah kami pada jalanMu sehingga hujung nyawa kami, dan matikanlah kami pada jalanMu Tuhan.
Amin Ya Robbal ‘Alamin.’

Mari tingkatkan mutaba’ah amal. Mari mendekatkan diri pada Allah. Andai aku seorang Julaybib, aku tak mahu menjadi Julaybib kerana kurangnya potensi diri, tetapi aku mahu jadi Julaybib yang tinggi iman dan tinggi rasa rendah hati.
Mari berusaha menjadi dae'i yang lebih baik !


No comments: