May 27, 2010
Empat istilah yang sengaja menyusahkan pembaca bagi yang tidak faham bahasa Arab. Tapi ia baik untuk menggambarkan 4 bentuk manusia muslim pada hari ini.
Muharrik ialah penggerak. Mutaharrik adalah yang bergerak tetapi tidak semestinya penggerak. Syibhul Mayyit adalah hampir mati atau menyerupai mati tapi tidak mati. Mayyit adalah mati.
Untuk apa term-term pelik ini? Ia menggambarkan bentuk-bentuk kita muslim hari ini. Ada yang menggerakkan orang lain, tidak rela melihat muslim lain hanya diam tidak bergerak, cuba menggerakkan walaupun ia sukar.
Ada yang hanya bergerak. Bergerak bila di gerakkan dan tidak mampu atau tidak berusaha untuk menggerakkan orang lain.
Ada yang hidup tetapi seolah-olah mati. Ia tidak bergerak walaupun cuba digerakkan. Apatahlagi akan bergerak sendiri. Setelah digerakkan, ia tetap tidak bergerak. Tapi yang pasti ia masih hidup kerana nadinya masih ada, dadanya masih bergerak-gerak dan sesekali ia berpusing ke sana kemari.
Yang mati semua di fahami. Ia tidak ada nafas lagi. So tidak ada gunanya digerakkan kerana ia tidak akan bergerak.
Ketika subuh di asrama atau di rumah-rumah, kita akan dapati ketiga-tiga bentuk di atas. Tetapi kita tidak akan jumpa bentuk keempat tentunya kecuali di hospital. Ada orang yang yang bangun dan menggerakkan orang lain untuk bangun subuh. Ada orang yang bangun sendirian sahaja atau bangun bila digerakkan, tetapi ia tidak menggerakkan orang lain. Ada orang yang tidak bangun-bangun walaupun disimbah sebaldi air….
Tetapi kita tidak berbicara tentang subuh atau zuhur atau solat-solat lain. Kita berbicara tentang soal yang lebih besar. Tentang al-muddathir dan bukannya al-muzzamil, walaupun kedua-duanya adalah besar.
(2010), "Muharrik, Mutaharrik, Syibhul Mayyit dan Mayyit",Muntalaq Langkah bermula di sini, May 27,2010. [Online]. Available: http://muntalaq.wordpress.com/. [Accessed:01.06.2010]
Saya.....
Bukan muharrik....
Apakah mutaharrik? Hurmmmmm.... Ataukah syibhul mayyit? .....
Yang pasti tak mahu mayyit.
Hurmmmmmmm.......................................................................
1 comment:
mksh mbk utk pnjelasan keempat istilah diatas. mungkin bisa disusul wacana ttg motivasi mnjd seorang muharrik. hehe
Post a Comment