Pages

Thursday, 19 June 2008

harapanhamba

berharap pada seseorang, tapi hampa. kecewa. lain yang diharap lain pula jadinya. lain yang diduga, lain rupa-rupanya. sigh .
menggantung harap pada manusia, eh eh, lari terkocoh-kocoh pula. bila tak dipinta, ada. bila diperlu, hilang. sigh .


akukah yang silap ?
. sigh .
akhirnya, kembali padaNya



يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي
Wahai jiwa yang tenang ! Kembalilah pada Tuhan mu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaKu.
(Al-Fajr; 90:27-30)

oh aku yang silap rupanya, padan muka.
kembali menggunung harap padaNya, aku yang hina. dalam tutur doa, kugantung harap, takut jauh dariNya.
lantakla manusia, takde maknanya.


memaling ke belakang, eh eh, aku dikejar. benarlah, berharap pada bunga, bunga kan layu. berharap pada dunia, dunia kan hilang. berharap pada manusia, manusia tak sempurna. berharap pada Dia, itu yang hakiki. seperti udara yang kuhela, Kau selalu ada. la lalalala lalalala lala


hulurkan tangan, bersama-sama, mendekat padaNya . aku yakin, Dia akan berlari pada kita. Amin .


حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Cukuplah Allah bagi kami, dan Dia sebaik-baik pelindung
(Ali-Imran, 3:173 )

words you have to ponder

Tarbiyyah. Bukanlah satu perkataan yang boombastik bagi yang melaluinya. Mungkin bagi mereka yang masih belum berpeluang mendapat tarbiyyah, bunyinya agak alien, untuk orang-orang wara` sahaja... pernah seorang sahabah bertanya tentang program yang kami sertai. Dan dia memberitahu, rasanya di tempatnya juga ada program yang sama, tapi cuma disertai oleh budak-budak yang cam baik...hurm... tarbiyyah itu definisi kasarnya, satu proses pendidikan berterusan yang membentuk diri ke arah yang lebih baik. Maknanya kalau orang yang dah baik jadila semakin baik, dan yang masih kurang baik jadi bertambah baik... ia melibatkan semua orang, tak kira buruk baiknya kita.

Tarbiyyah itu sepatutnya suatu proses yang menembusi hati. Membuka akal dan minda, dan membersihkan jiwa. Membuatkan kita bersyukur sebab beroleh fikrah (pemikiran) baru, tapi sentiasa beringat-ingat. Sebab manusia yang mudah lupa memang selalu lupa dan perlu diperingatkan. Sebak-baik cara membentuk tarbiyyah diri ialah dengan duduk dalam satu bulatan (halaqah) yang kita panggil usrah dan saling ingat-mengingatkan.. tapi apa yang penting, tarbiyyah itu bukannya bila kita duduk di dalam usrah atau mendengar tazkirah semata-mata, tapi bila kita ambil ingatan yang diperoleh dari usrah dan tazkirah, lalu mengaplikasikannya di dunia luar...dan itulah tarbiyyah yang sebenar..

Melihat diri sendiri, tanyakan pada hati; apa sudah beroleh tarbiyyah kah kita? Apa kita insan baru yang lebih baik, atau masih diri yang lama, yang terperangkap dengan fantasi dunia... Apa sudah beroleh tarbiyyah kah kita? Beroleh tarbiyyah kah kita dalam ibadah? Beroleh tarbiyyah kah kita pada akhlak? Beroleh tarbiyyahkah kita dalam pergaulan?! Sudah tertarbiyyahkah tutur kata, adab bicara? Sudah tertarbiyyahkah kita dalam pekerjaan ukhrawi duniawi, dalam pelajaran ?! (ish3...YaAllah,ampuni daku yang lemah ini)... Sudah ditarbiyyahkah jiwa raga, seluruhnya? Islam yang syamil (lengkap menyeluruh) lagi kamil (sempurna) ini, sudah mutakamil (saling menyempurnai)kah dalam diri?! This beautiful ad-deen, is the perfect way of life;no other than this, for this shall we die.....

Renungkan, sudah tertarbiyyahkah kita? Tarbiyyah itu adalah bilamana kita tidak lagi mengambil diri kita sebagai satu individu, sebaliknya sebagai satu kumpulan (jemaah)... tarbiyyah itu bukannya duduk dengan sopan, tunduk terangguk-angguk di dalam usrah, dan kemudiannya kembali lagha dengan dunia.. tarbiyyah itu bukan bersiap-siap bersimpuh dalam halaqah, getting ready debating the next step to proceed the job, tapi kemudiannya balik bilik dan bersila membicarakan filem tu,lagu ni,orang tu,orang ni.. tarbiyyah itu bukan hanya mengingatkan dalam usrah, tapi sentiasa mengingatkan dalam dunia nyata.. dan tarbiyyah itu bukannya berasa bangga diri dan rasa cam bagus sebab kita beroleh tarbiyyah, sebab dengan itu sebenarnya kita lebih teruk daripada orang yang tak dapat tarbiyyah pun... tarbiyyah itu bukan hanya sekadar solat berjemaah,tapi apa yang diperoleh dari solat itu sendiri.....tarbiyyah itu sebenarnya hati.....

Dan usah sekali-kali menghakimi, sebab kita tak pernah layak menjadi al-Hakim.. kita ni bukannya baik sangat untuk dijamin sentiasa tetap di jalan ini, na`uzubillahiminzalik, dan kita bukannya baik sangat untuk dijamin beroleh syurga. Maka ingat-ingatkanlah diri kita sendiri.. dan jangan pernah menghakimi, sebab sekali orang yang dihakimi itu beroleh hidayahNya, dan dianugerahkan fikrah baru, sesungguhnya dia adalah jauh lebih baik daripada kita yang berpalit dosa ini... wollahua`lam bissawab

Refleksi untuk diri sendiri dalam kekeringan hati di musim exam ni.. Moga Allah sentiasa memandu hati kita, dan langkah kita, dan moga kita tidak termasuk golongan orang yang lalai dan lupa. YaAllah, moga kami beroleh husnul-khotimah ( pengakhiran yang baik). Amin yaRobbal`alamin...

Saturday, 7 June 2008

KONKLUSI : 4 kisah

4 kisah di bawah bukan sekadar titbit, untuk membuat anda gamam kerana tidak faham akan objektif kisahnya. Saya ingin menyimpulkan 4 kisah tersebut. Dalam keempat-empat cerita, terdapat unsur materialistik. Seorang engineer yang bekerja keras mencipta robot dan radio, seorang student yang belajar bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita dan kisah PakMat dan EncikAbu yang mahu mengubah nasib. Tapi jangan salah faham; saya tidak berniat untuk memperkatakan perihal sikap masyarakat yang mengejar kebendaan. Seorang yang realistik tidak akan menolak kepentingan wang ringgit dan harta benda pada zaman ini, tambah-tambah lagi kita yang hidup di bumi Malaysia bertuah ini (harga minyak baru naik) . Dan saya boleh faham kenapa ramai orang yang terpesong dengan meletakkan kekayaan dunia sebagai `ilah` yang perlu dikejar sepanjang hayat.

Apa yang ingin dipersoalkan ialah; apa matlamat akhir kita dari apa yang kita sedang kejar ? Bak falsafah Inggeris; always starts the first step with the end in mind. Mulakan langkah pertama dengan matlamat akhir sebagai destinasi.

Anda tahu, an-nafs (nafsu; jiwa; keinginan) manusia sangat besar. Jika tidak dibataskan, maka tidak terbataslah ia. Sebab itulah banyak kes yang mana millionaire sedia ada, masih terkejar-kejar harta yang lebih banyak, hingga berlakunya rasuah dan riba`, na`uzubillahiminzalik... walhal harta yang mereka ada sudah tak termakan. Saya bukan bercakap mengenai material, tetapi sikap manusia yang terlupa untuk meletakkan tujuan akhir hidup, sebab itu manusia tersebut tidak tahu di mana untuk berhenti, berehat, dan bersyukur.

Carilah matlamat hidup anda yang sebenar. Keluarlah dari kepompong yang telah lama dibentuk. Dulu, saya sendiri tak dapat mengecam apa sebenarnya tujuan saya dijadikan. Saya tak nampak tujuan hidup. Saya dari keluarga yang sederhana, jadi saya diajar untuk terus belajar sampai peringkat tertinggi hingga jadi orang berjaya. Tak ada orang bagitahu saya kenapa saya perlu wujud. Lalu, sayapun hidup mengikut flow yang tersedia. Saya ingat lagi masa masuk asrama tingkatan 1, saya sangat sangat homesick, menangis tiap-tiap hari. Dan saya ingat suatu hari, saya menangis pada seorang kawan. " Jahatla kerajaan ni,buat sekolah asrama penuh. Kita baru form 1. Kenapa nak pisahkan kita dari famili... Lepas duk asrama, nanti masuk u, lepas tu kerja, lepas tu kawin. Bila lagi nak duk ngan mak....." dan kawan saya itu ikut menangis..hohoho...kelakar.. tapi itulah masalahnya, tak ada sesiapa bagitahu kenapa sebenarnya saya perlu masuk asrama, selain sebab-sebab skema seperti disiplin, pelajaran, etc etc etc... dan ironinya, lepas keluar sekolah baru saya faham kenapa saya belajar di sekolah itu...hurm.. itupun selepas diberitahu.. hurm.. dan saya bersyukur dengan qada` dan qadar` Allah yang Maha Bijaksana...

Dalam hidup, kita perlu menetapkan satu tujuan akhir. Pentingnya meletakkan tujuan akhir, supaya kita sentiasa berada di atas landasan yang betul, tidak bengkok-bengkok dan akhirnya tersesat menuju pintu keluar yang salah. Carilah matlamat hidup yang sebenar. Jika kita hanya hidup berprinsipkan always goes with the flow ; yakni hidup je tanpa matlamat, jadila kita seperti robot dan jurutera dalam kisah di bawah. Kita bangun pagi, dan sekadar memenuhi semua rutin hidup dalam satu kitaran yang sama. Satu kitaran bodoh yang memerangkap tanpa kita sedar, sebab kita tak tahu bila atau di mana untuk berhenti dari menjalani kitaran yang sama, dan apa motif dan objektif kitaran tersebut.

Carilah tujuan anda hidup, dan tentukanlah yang mana satu ialah alat dan yang mana satu matlamat. Apakah harta benda dan material lainnya itu matlamat hidup, ataukah ianya alat untuk mencapai matlamat akhir. Kita yang hidup dalam kitaran hidup yang sama setiap hari, sebenarnya sama je dengan orang bukan islam, sebab kitaran hidup kita sama dengan mereka. Cuma yang membezakan kita adalah niat dan tujuan amal kita. Apakah kita belajar untuk berjaya seperti John dan Mei Ling, atau belajar untuk berjaya demi mencari keredhaan Allah. Apakah kita bekerja bersungguh-sungguh demi mengejar kesenangan dunia seperti Mutusamy dan Mary, atau kita bekerja mencari harta kerana memenuhi tuntutanNya, demi mencapai keredhaanNya semata-mata.

Sesungguhnya, di penghujung segalanya kita pasti akan bertemu dengan Dia yang menjadikan...
Wahai manusia ! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhan mu, maka kamu akan menemui-Nya.
(Al-Insyiqaq; 84:6)

Jangan di penghujung segalanya baru kita menyesal, dan baru kita sedar kenapa kita diwujudkan. Kerana saat itu cuma sesalan yang ada, diiringi derita dan air mata darah.

Sesunggungnya Kami telah memperingatkan kepadamu akan azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata, “Alangkah baiknya seandainya dahulu aku jadi tanah.”
(An-Nazi`at: 79: 40)

Tujuan tanah dijadikan ialah sebagai hamparan, tempat kita berpijak. Lalu beroleh ganjaranlah tanah itu setiap kali ia dipijak, kerana tanah itu telah menyempurnakan tanggungjawabnya. Bagaimana dengan kita? apa telah sempurna tanggungjawab kita?

‘YaAllah, redhaMu aku cari. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untukMu. Aku menuju mardhotillah.’

Wednesday, 4 June 2008

Kisah (4) ~ Seorang nelayan

PakMat ialah seorang nelayan. Dia tinggal di sebuah rumah kecil di tepi pantai bersama isterinya; MrsMat, dan beberapa orang anak mereka. Kehidupan mereka simple dan ala kadar. Setiap pagi PakMat turun ke laut dan pulang sebelum zuhur, kemudian menjemput anak-anaknya dari sekolah. Mereka makan dan solat bersama. Petang harinya, PakMat dan isterinya berbual-bual di anjungan rumah menikmati angin pantai sambil memerhatikan anak-anak mereka bermain-main bersama anak-anak nelayan lain. Meski hidup mereka sederhana, mereka tenteram.
Suatu petang seorang kenalan PakMat mengunjungi PakMat. Mereka duduk sambil menikmati kopi `o.

EncikAbu : Mat, aku datang ni membawa hajat.
PakMat : Hajat apa?
EncikAbu : Aku sebenarnya bosan hidup macamni. Hari-hari pergi laut, balik rumah makan, tidur. Bila nak kaya?
PakMat : Em...Jadi, apa kau nak buat?
EncikAbu : Aku nak ajak kau, kita join venture. Kita share beli bot laju, upah budak sorang dua. Baru dapat tangkap lagi banyak ikan. Takat guna sampan, duk kat laut tak balik-balik pun tak kaya jugak.
PakMat : Ooo macam tu ke? Boleh..boleh.. lepas dapat banyak ikan tu, kita nak buat apa?
EncikAbu : Kita kumpul duit sikit, lepas tu kita beli kapal pulak. Enjin lagi bagus. Lagi besar..boleh muat lagi banyak ikan. Kita upah lagi tiga empat orang jaga kapal. Lagi banyak untung.
PakMat : Ooo yeke.. Bagus jugak. Lepas dapat banyak untung tu kita nak buat apa pulak?
EncikAbu : Dapat untung tu kita boleh beli kapal yang lagi besar, tangkap lagi banyak ikan. Kita buka syarikat perikanan, jual ikan, jual produk ikan. Jadi tokey ikanla.. Haa, kau setuju tak Mat? Ni projek jangka masa panjang ni.
PakMat : Tapi, lepas dah ada syarikat ikan, ada kapal besar, kita nak buat apa pulak?
EncikAbu: Buat apa laginya. Masa tu mestila kita banyak duit. Boleh beli rumah besar, kereta besar. Boleh beli apa-apa yang kita nak. Boleh makan sedap-sedap. Boleh pegi melancong keliling dunia...
PakMat : Buat apa nak benda tu semua?
EncikAbu: Laa, barula kita boleh hidup senang-senang.. gembira, bahagia.

PakMat menghirup kopi `o yang dah jadi suam. Isterinya menghidangkan mereka sepinggan keropok lekor. PakMat makan keropok sambil memerhati anak-anaknya dan beberapa anak jiran bermain kejar-kejar dengan gembiranya di pasir pantai yang putih.. Dia mengeluh...

PakMat : Abu, Abu.... Kau tak nampakke? Itulah yang aku tengah buat sekarang..

Sunday, 1 June 2008

Kisah (3) ~ Seorang student

Seorang student di sebuah institusi pengajian tinggi, mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia mahu struggle sehabis boleh dalam pengajiannya, supaya dapat score result yang gempak. Impiannya, semoga tamat pengajian nanti dia dapat peluang bekerja di sebuah double mega company. Dapat jawatan besar, gaji lumayan. Dia akan bekerja keras mengumpul wang. Setelah menemui calon isteri sempurna, dia akan mendirikan rumah tangga. Kemudian dia akan berusaha untuk naik pangkat ke jawatan tertinggi, supaya gajinya juga paling tinggi. Setelah mereka beroleh cahaya mata, dia pasti lebih berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Anak-anak akan ke sekolah terbaik, dengan harapan bila besar nanti mereka akan jadi orang berjaya sepertinya. Setelah cukup pengalaman, dia akan membuka syarikat mega sendiri. Sebagai CEO, dia akan terus berusaha untuk memajukan syarikatnya. Berusaha lagi, dan lagi, dan lagi...Setelah syarikatnya berjaya tersenarai di BSKL @ maybe Wallstreet, dia akan mengerah tenaga untuk mengekalkan kestabilan syarikatnya. Dan berusaha lagi, dan lagi, dan lagi....eh eh, tiba-tiba dia tersentap. lepas tu apa eh? Lepas penat-penat struggle nak masuk Wallstreet, aku matike? (~,-)