Pages

Wednesday 18 February 2009

Ramai Manusia...

Sepanjang cuti semester, kerja kita hanyalah duduk di rumah. Kadang-kadang pergi juga ke pejabat. Oleh kerana sekarang ini musim sukan di sekolah-sekolah rendah, ada juga tempahan dibuat untuk kita jahit nama di baju sukan cikgu-cikgu. Bila melihat senarai nama cikgu, ada macam-macam jenis nama. Namun, rasa kerdil pula apabila melihat nama-nama itu.

Apa yang kita terasa kerdilkan -sepanjang hidup, kita melangkah dengan penuh yakin di atas muka bumi seolah-olah kita ini hidup selama-lamanya. Seolah-olah bumi ini kita seorang yang punya. Sedangkan ramai lagi orang yang tinggal di muka bumi ini. Teramat banyak jumlahnya yang tidak kita kenali walaupun hanya di dalam pekan sendiri sahaja.

Bila kita baca nama-nama itu, hanya nama yang kita tahu. Entah bagaimana rupanya, umurnya, sikapnya. Ramainya manusia di atas muka bumi ini.

Contohnya kita tahu tentang Cikgu Sazali hanyalah apabila dialognya diceritakan oleh Cikgu Fatimah, "Semasa Cikgu Fatimah mula bekerja di sekolah ini, saya masih di kelas tadika." Baru kita dapat tangkap suatu sifat manusia yang bernama Cikgu Sazali dan Cikgu Fatimah. Kalau tidak, Cikgu Sazali, Cikgu Fatimah, Cikgu Abdullah mahupun Cikgu Puteri hanyalah manusia-manusia terpacak yang tidak kelihatan perbezaan fizikal mereka. Hanya ada hanyalah bayangan jasad berbentuk kepala, badan, tangan, dan kaki yang sama dan hanya dibezakan dengan tag nama masing-masing.

Kita tidak kenal mereka. Kita terfikir -hebatnya Yang Maha Kuasa. Mencipta, Menguruskan setiap makhluk di seluruh alam daripada sistem luar sampailah ke sedalam-dalamnya hati. Subhanallahil'azim.

Ramainya manusia. Yang bakal datang berbondong-bondong di hari akhirat. Daripada sebesar-besar manusia sejak zaman adam sehinggalah manusia bersaiz kecil di akhir zaman. Semuanya berkumpul di bumi yang sama. Berhimpit-himpit dengan manusia yang mempunyai ibu jari kaki yang sama besar dengan badan kita atau manusia berpakaian tentera Rom ala-ala dalam filem atau manusia hodoh atau yang tanpa kepala atau bermacam-macam lagi jenis manusia dengan cara kebangkitan mereka sendiri. Semua manusia dari awal zaman berhimpit dalam satu tempat bersaiz dunia dalam satu masa. Sesak.

Hanya Allah tempat berlindung.

p/s: Terima kasih mesin jahit.

Tuesday 17 February 2009

kekeliruan kalimah atau aqidah?

malam ini siaran tv tempatan menyiarkan forum yg membahaskan sama ada wajar atau tidak penggunaan kalimah Allah dibenarkan di kalangan penganut agama kristian. persoalan yang dianggap sensitif bagi sebilangan umat islam di malaysia.

saya berpendapat bahawa isu ini yg telah lama dibincangkan. terkadang berase penat pulak bila asyek2 isu ni. saya pulak terfikir, adakah wajar isu ini dibincangkan terlalu lama dan terlalu detail? Pada mulanya timbul isu ini, saya juga agak risau. Tetapi sebenarnya terlindung suatu hikmah di sebalik penggunaan kalimah ini. Percayalah....

sebenarnya, Alhamdulillah... umat islam di malaysia nampaknya peka dgn isu2 berkaitan aqidah. Alhamdulillah.. kerana mereka risaukan generasi akan datang bakal keliru dgn agama ini.

Saya rasa ramai di antara kita, antara ingat ataupun tidak, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., orang-orang bukan Islam juga merujuk perkataan Allah sbg Tuhan mereka. Mereka tidak mengesakan Tuhan, walhal penyembahan berhala secara berleluasa adalah suatu situasi masyarakat Arab ketika itu. Dan wajar juga saya peringatkan warga pembaca semua, yang kebanyakan masyarakat Arab ketika itu masih berpegang kepada kewujudan Tuhan yang perlu ditauhidkan kesan daripada ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. buktinya, mereka masih mengerjakan haji dan mengganggap Kaabah adalah tempat suci bagi orang yang percaya kepada Allah. Sila rujuk teks di bawah;

"" Kebanyakan orang Arab menyahut seruan Nabi Ismail a.s. ketika baginda mengajak mereka kepada agama Islam. Mereka menyembah Allah dan mengesakan-Nya serta mengamalkannya ajaran agamaNya. Setelah berlalu masa yang panjang mereka mulai lupa sebahagian dari ajaran-ajaran itu.

Namun mereka masih tetap berpegang teguh dengan akidah tauhid dan beberapa syiar agama Nabi Ibrahim sehinggalah tiba zaman Amru’ bin Luhay iaitu pemimpin Bani Khuza’ah. Amru’ bin Luhay terkenal sebagai seorang yang banyak melakukan kebaikan, bersedekah dan amat memelihara hal-hal agama. Dengan keperibadiannya itu, dia disayangi oleh manusia dan mereka mematuhinya kerana menyangka bahawa dia adalah ulama besar dan wakil termulia."

Petikan dari kitab Ar-rahiq al-makhtum karangan Safiyy ur Rahman al mubarakfuri

Setelah Rasulullah diutuskan, wahyu2 Allah utk disampaikan sebagai peringatan kepda kita umat Nabi Muhammad s.a.w.(yakni semua yang hidup di atas muka bumi ini setelah nabi diutus), adalah sebagai penjelasan yakni Allah yang hanya layak disembah.

Allah juga menegaskan kepada kita semua dalam surah al-Ikhlas bahawa Dia tidak memperanakkan dan juga tidak diperanakkan.

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia".
(surah ke-112;al-Ikhlas; 1-4)

Say: He is Allah, the One! (1) Allah, the eternally Besought of all! (2) He begetteth not nor was begotten. (3) And there is none comparable unto Him. (4)

(Chapter 112; al-Ikhlas)
Ini adalah satu usaha untuk membersihkan semula anggapan dan kesesatan umat2 yang telah memecahbelahkan dan memesongkan ajaran Nabi Isa a.s.

Apa jadi kalau kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam?

Jikalau kita mengharamkan semua orang menganggap Tuhan itu Allah, ianya sama seperti menganggap bahawa Tuhan untuk orang Islam sahaja ialah Allah, tetapi Tuhan bagi orang lain bukan Allah. Ianya seperti menganggap bahawa Tuhan orang islam sahaja Allah, tetapi Tuhan agama-agama lain bukan Allah. Habis tu ada Tuhan lain ke? TIDAKKKKK!!!

Kita perlu ingat Tuhan hanya satu, dan Allah adalah Tuhan kepada setiap makhluk.

Macam mana dengan anak-anak kita nanti?

Kita risau akan generasi masa hadapan akan keliru dengan agama-agama yang menggunakan perkataan Allah sebagai Tuhan yang sama lantas terus beranggapan bahawa semua agama adalah sama. Satu jalan penyelesaian kepada ini adalah dengan mendidik anak dari kecil bahawa Tuhan adalah satu. Bukan tiga, dan bukan pula disembah dengan perantaraan.

Dengan tertanamnya aqidah yang kuat yakni kepercayaan kepada Tuhan hanya ada satu dan bukan dua atau tiga, tidak beranak dan tidak diperanakkan sudah tentu mana-mana individu sudah pasti dengan perbezaan kepercayaan agama-agama yang berlainan. Tekanlah perkara ini dari kecil dan dalam masa yang lama, sebab Allah juga yang menurunkan wahyu berkisarkan aqidah dan pentauhidan Allah semata-mata semasa peringkat awal penurunan wahyu di Mekah. Selama 13 tahun di Mekkah, muslim sangat kuat terpahat di jiwa kalimat 'Ahad,Ahad,Ahad'.

Apa hikmah yang disebutkan pada awalnya tadi tu ye?

Hikmahnya, cuba anda fikir, berapa ramai yang menjadi curious, bila terdengar bahawa Kristian dan Islam menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan? Berapa ramai yang akan demand the explanantion between this two religion? Lebih ramai yang berminat untuk tahu siapa Allah sebenarnya bukan?..... Fikir-fikirkan.....

Saturday 14 February 2009

The Sense of Belonging

Susah betul nak merasa 'the sense of belonging' dalam Islam. Padahal dalam bab-bab lain, hal yang tidak sepatutnya merasa 'the sense' itu muncul pula.

Dalam agama, ramai yang saling mencemburui kerana melihat tahap iman dan taqwa orang lain yang jauh lebih baik. Contohnya, mencemburui ramai 'makcik' di sini yang hebat-hebat dan mantap-mantap especially di sekitar Kuala Lumpur ini. Baguslah perasaan cemburu itu ada. Dalam kata lain masih kuat perasaan cinta beragama.

Namun, selalunya ada yang merasa rendah diri kerana tidak menjadi yang utama dan hebat. Contohnya, ada yang segan mengikuti program untuk jadi fasi kerana tidak mempunyai kebolehan bercakap atau berkomunikasi. Dalam kata lain, tidak terasa 'the sense of belonging' dalam aktiviti kerana tidak menjadi orang yang bercakap di hadapan atau dalam kumpulan.

Yang peliknya, dalam bab lain, manusia ni cepat pula merasa 'the sense of belonging' tu. Contohnya, merasa semangat menonton rancangan TV kanak-kanak kerana hosnya merupakan kawan kepada kawan kawan anda. Aish, jauh betul kaitan tapi 'the sense of belonging' dalam rancangan itu ada kerana dia kenal dengan hos itu.

Tapi, dalam agama, susah nak merasa 'the sense of belonging' itu sedangkan tanpa driver, pemberi duit infak, pembentang tikar, pembancuh teh, atau tangan yang menekan suis kipas sekalipun, sesuatu aktiviti itu tidak sempurna. Kelancaran sesuatu aktiviti itu tidak hanya bergantung kepada penyampai yang bercakap di hadapan.

Dari sudut lain mungkin ada kebaikan sebenarnya. Mungkin kita susah nak merasa 'the sense of belonging' dalam bab agama sebab kita semua memang meletakkan matlamat untuk jadi yang terbaik. Contohnya, bermatlamat untuk bercakap di hadapan. Bagus.

Cuma kita kena sedar bahawa banyak program tak berapa jalan kerana tidak ada perasaan 'belonging' dalam program. Takkan nak harapkan penyampai sahaja yang menjayakan program?


**Perkataan 'makcik' itu merujuk kepada kata ganti yang comel untuk manusia perempuan.

Tuesday 3 February 2009

Akidah orang Arab dan sesetengah di kalangan kita kini

" Kebanyakan orang Arab menyahut seruan Nabi Ismail a.s. ketika baginda mengajak mereka kepada agama Islam. Mereka menyembah Allah dan mengesakan-Nya serta mengamalkannya ajaran agamaNya. Setelah berlalu masa yang panjang mereka mulai lupa sebahagian dari ajaran-ajaran itu.

Namun mereka masih tetap berpegang teguh dengan akidah tauhid dan beberapa syiar agama Nabi Ibrahim sehinggalah tiba zaman Amru’ bin Luhay iaitu pemimpin Bani Khuza’ah. Amru’ bin Luhay terkenal sebagai seorang yang banyak melakukan kebaikan, bersedekah dan amat memelihara hal-hal agama. Dengan keperibadiannya itu, dia disayangi oleh manusia dan mereka mematuhinya kerana menyangka bahawa dia adalah ulama besar dan wakil termulia.

Kemudian, Amru’ bertolak ke Syam. Di sana dia melihat penduduk Syam menyembah berhala. Dia menganggap apa yg dilihatnya itu sebagai sesuatu yang baik dan menyangka ianya adalah suatu kebenaran memandangkan Syam adalah tempat para rasul dan penurunan kitab-kitab. Apabila kembali ke Mekah, dia membawa berhala Hubal bersamanya dan meletakkannya di dalam Kaabah. Dia mengajak penduduk Mekah supaya mensyirikkan Allah, lalu mereka menyahut ajakannya. Tidak lama kemudian, penduduk Hijaz turut mengikut jejak penduduk Mekah disebabkan penduduk Mekah adalah penguasa Kaabah dan penduduk Tanah Haram. ……………

[bersambung]…

Diceritakn bahawa Amru bin Luhay dapat melihat jin di mana jin telah memberitahunya bahawa berhala-berhala kaum Nuh iaitu Wad, Suwa Yaghuth dan Nasr tertanam di Jeddah. Lalu dia pun datang dan mencarinya. Setelah ditemuinya, dia membawa berhala2 itu ke Tihamah.
……..Begitulah bagaimana kesyirikan dan penyembahan berhala telah menjadi mercu tanda terbesar dalam agama orang2 jahiliah yang mendakwa kononnya mereka adalah pengikut agama Nabi Ibrahim……..
[dipetik dari Ar-rahig makhtum karangan Said ramadhan al-Butti] "


1) Dari kisah di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa apabila kita menjadi contoh yang baik, kita akan dipandang sebagai orang yang tampak berpengetahuan dan patut dijadikan pedoman bagi masyarakat sekeliling. Amru bin Luhay telah memesongkan akidah orang-orang Arab yang meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya. Apabila satu perubahan dilakukan, pengikut-pengikutnya hanya menerima dan mematuhi tindak laku tersebut tanpa usul periksa walhal perkara yang dilakukan itu adalah nyata sangat asing bagi mereka.

Pada zaman sekarang ini pun perkara sebegini tetap terjadi. Adalah wujud juga ulama’ –ulama’ yang disegani. Tetapi dijadikan seperti Amru bin luhay. Barang apa sekali yang diajar menjadi pedoman dan perkara yang wajib ditunaikan. Walaupun perkara tersebut adalah bidaah semata-mata, tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Itulah padahnya kita jika mengikut membabi buta. Akhirnya diri sendiri yang padah. Tersesat, tersungkur. Diharapkan dapat petunjuk ke jalan Allah, tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Terjadilah ajaran sesat akibat terlalu taksub kepada ulama atau ustaz2. Inilah dia sedikit sebanyak perkara yang sama terjadi bagi ajaran2 al-arqam, ayah pin dan khurafat syirik yg lain2.

Sebagai seorang muslim, yang menyerah diri kepada Allah semata-mata, perlulah kita mempersiapkan diri dengan satu peringatan. Setiap individu berkemungkinan akan melakukan kesalahan. Tiada yang sempurna untuk dijadikan pedoman melainkan nabi Muhammad s.a.w. kita sudah ada contoh terbaik iaitu Rasulullah, jadi mengapa perlu kita mengambil contoh dari orang lain? Perkara2 wajib dan sunnah pun belum habis kita tunaikan, mengapa yang bidaah perlu kita utamakan?

Tak kiralah tok aji ka, tok guru ka, pakai serban lilit2 kepala ka, atau dah mengaji sampai ke negeri pak arab sana. Kalau ajaran atau perkataannya itu telah bercanggah dengan agama Islam, tak usah lah diikut. Apatah lagi dijadikan fatwa. Kaji dulu, jangan terima bulat2. Kita diberi wahyu, diberi akal pula tu. Janganlah sia-siakannya.

Kesimpulan

Nyata sekali di sekeliling masyarakat kita, penuh dgn khurafat, syirik dan bidaah. Imam Hassan al-banna telah menggariskan 20 usul pegangan bagi seorang Muslim untuk memperjelaskan lagi bagi setiap individu-invdividu yang hidup di zaman yang penuh dengan anasir-anasir yang carca merba. Ajaran2 sesat di sekeliling, pengaruh budaya barat, perpecahan dan perbalahan antara umat Islam sendiri dan permasalahan umat yang tiada henti. Untuk memudahkan lagi agar pegangan muslim itu tampak jelas dan tidak mudah dikelirukan dan dipesong, adalah disyorkan kita mendalami dan memahami dasar2 usul 20 yang dikemukakan oleh Imam Hassan al-banna. Penulis dan rakan-rakan penulis amat bersetuju dan sukahati jika ada di antara pembaca yang sudi untuk mempelajari usul 20 ini.


Untuk pengetahuan pembaca2, usul yang kesebelas adalah perkara yang berkait rapat dengan perkara yang dibincangkan kali ini.

"Usul ke-11; Semua bidaah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan. Ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk daripada bidaah itu sendiri. "

Penulis bercadang untuk menulis kesemua usul 20 berkenaan tetapi telah dibatalkan niat tersebut apabila terfikir bahawa entry ini akan menjadi sgt panjang. Adalah disyorkan agar dapat mendalami kesemua usul berkenaan dan mendalaminya dengan orang-orang yang telah lebih alim(berpengetahuan) dalam bidang agama dan telah mengkaji kesemua usul ini. Penulis sekadar dapat membincangkan apa yang penulis sudah betul-betul yakin dan dapat dikongsi bersama pembaca walaupun masih perlu mengkaji dan mendalami kesemua usul 20 ini.

Monday 2 February 2009

Nasihat Orang Tua

Ada kisah tentang ibu bapa yang bimbang tentang masa depan satu atau dua orang daripada anak-anak mereka. Ini terutamanya apabila perkembangan kehidupan anak mereka itu lembab berbanding adik beradiknya yang lain.

Ada yang risau apabila kesemua anak-anak mereka berjaya masuk ke universiti dan kolej kecuali seorang atau dua.

Paling merisaukan apabila kesemua anak-anak mereka menjadi orang yang baik dan berakhlak mulia kecuali seorang atau dua.

Persoalan mula timbul kerana anak-anak mereka dibesarkan dengan cara yang sama, makanan yang sama, bersekolah di sekolah yang sama, berkawan dengan kawan-kawan yang sama. Pendek kata, tidak ada istilah pilih kasih atau selisih dalam layanan untuk setiap anak.

Jadi, di mana silapnya?

Pada ketika ini, muhasabahlah kembali diri di dalam pekerjaan-pekerjaan yang kita lakukan. Apakah makanan yang diberi kepada anak itu datang dari sumber yang halal dan diredhai. Fikirkan kembali waktu-waktu kita membesarkan setiap anak. Terutamanya ketika membesarkan anak yang 'lain daripada yang lain'. Apakah rezeki kita pada ketika itu cukup bersih. Apakah kita cukup berintegriti dalam kehidupan?

Halusnya Integriti

Ada yang bekerja tidak cukup masa -masuk pejabat lambat, keluar awal, ponteng dsb. Fikirkan kembali tentang duit gaji yang kita terima. Apakah halal bagi kita memakan wang gaji untuk kerja 8 jam sehari sedangkan usaha kita tidak sejauh itu?

Ada yang menggunakan duit orang lain untuk kepentingan sendiri. Contohnya sesetengah pemimpin menggunakan duit rakyat untuk kemewahan berdasarkan pangkat. Kereta mewah, rumah mewah, isteri mewah. Sedangkan rakyat tunggu giliran masuk rancangan amal tv 'Bersamaku'.

Student yang memegang biasiswa. Duit biasiswa yang kita gunakan untuk shopping sakan, jalan-jalan dsb -apakah kita meletakkan hak duit itu pada tempatnya? Pen yang kita beli dengan duit scholar itu digunakan untuk menulis surat cinta. Apakah status setiap titisan dakwat dalam pen itu? Digunakan pada tempatnya atau tidak?


p/s: Pada zaman pemerintahan Islam dahulu, ada gabenor yang layak terima zakat berbanding rakyat sebab hidupnya lebih susah. Bagus kan pemimpin yang berintegriti seperti itu?